in

Saka Ular Yang Tidak BerTuan

Assalamualaikum wbt, Salam sejahtera salam satu Malaysia. Cerita yang saya akan ceritakan ini mungkin agak seram bagi korang semua yang tak tahu langsung pasal ular. Ceritanya bermula…

Pada pengetahuan korang semua, aku dah berpengalaman 4 tahun dalam bidang menangkap ular dan memelihara binatang-binatang buas dan berbisa seperti ular. Pada hari ini sudah genap 3 hari aku demam ye, demam guys ! Aku pon mcm tak percaya sebab kebiasaannya ular-ular sebelum ni yang aku tangkap tak ada lah sampai aku demam teruk sampai kena pergi jumpa Pak Ustaz.

Okey tarik nafas panjang-panjang sebab aku dah nk masuk cerita hari pertama kejadian berlaku dah ni.. Hari pertama hanya seperti biasa, aku bangun awal pagi lepastu kebiasaannya akan ada org call aku kalau ada ular atau burung hantu yang sesat masuk ke dalam rumah penduduk sekitar perumahan ni. Dah habis kerja apa semua dalam jam 2-3 mcmtu lah, aku rasa mcm hairan dan terkilan. Aku pon berkata dalam hati “kenapa harini rasa mcm ada sesuatu nak datang je kt aku.. phone pon sunyi sepi tak ada org call pon suruh tangkap ular. Pelik ni”.

Aku pon terus ke suatu tempat aku selalu lepak dengan kawan-kawan aku. Tiba-tiba dalam jam 4.20 ptg telefon aku berdering dan tertutup sndiri dan yang sangat membingungkan adalah nombor yg menelefon aku tadi adalah nombor ‘PRIVATE’. Aku pon menyumpah yg berbunyi “halah-halah nak telefon aku tapi dia letak pulak, yang peliknya nombor private. Geram pulak aku rasa. Kalaulah kawan aku yg saja mempermainkan aku dengan nombor privasi tadi, pasti dia akan kena dengan aku”. Aku ni berang sikit orangnya.

Kemudian, menjelang senja ada satu panggilan drpd nombor yg tidak dikenali. “Ring..Ring..Ring” aku pon angkat panggilan itu “Hello, ye..boleh saya bantu?”. Dia pon berkata dalam keadaan tergesa-gesa “Ajimbo, kau ajimbo kan?” aku pon jawab “ye saya” dia pon berkata dalam keadaan mengah dan seakan baru habis larian pecut 500 meter “Wei kau kena tolong aku, ade ular besar do kat belakang rumah aku, datang sekarang ! aku whatsapp location”. Aku pon cakap “Ok send sekarang. Jangan bagi dia kemana-mana atau jangan ada yg cuba untuk menangkapnya tanpa pengalaman”.

Selepas itu, aku pun sampai di rumah mangsa, mereka menjerit smbil berlari kearah aku “Woi ! haa nasib baik kau sampai awal, ular tu ada kat tepi busut bawah zen berkarat tu. kitorg x berani nk serang sebab panjang dia dalam 8 kaki”. Aku pon terus menghala ke busut itu dan apa yang aku nampak setelah aku mengangkat zen itu, terdapat ular King Cobra yg sangat besar dan sihat tubuh badannya. Siap je kerja aku menangkap ular itu, aku simpan dalam sebuah guni yg besar. Mereka mempelawa aku untuk minum air didalam rumah mereka kerana tengok aku berpeluh-peluh semasa selesai menangkap ular tersebut. Aku pun sudi lah, orang jemput kan.

Selesai je penangkapan Ular King Cobra tadi, aku pun pulang untuk beristirihat, sampainya dirumah “Alhamdulilah, rezeki hari ini. Penat woi”. Aku pon terus mandi dan selesai saja sembahyang aku terus tertidur. Tiba-tiba aku mendapat satu mimpi iaitu, aku bermimpi diri aku sedang menangkap seekor ular yg sebesar ular yg aku baru saja tangkap tadi , tanpa aku duga ada seekor lagi ular bersisik hitam dan berkilat menyerang aku dari bahagian kiri dan mematuk pada pergelangan tangan kiri aku dan aku tersedar. Hari pon sudah pagi.

Pada tengahari, aku pergi ke sebuah rumah Pak Ustaz di sebelah taman perumahan aku. Selepas aku menceritakan itu kepada Pak Ustaz, baru aku sedar yg badan aku sudah mulai panas dan menjadi semakin panas. Pak Ustaz berkata bahawa itu mungkin mimpi petanda Saka nak mencari waris baru. Aku pon meminta agar Pak Ustaz itu tadi agar mengubati aku dan setelah selesai, aku pon pulang dan semasa memandu kereta aku berkata dalam hati “Bismillahi Tawakkal tu ‘Alallah, semoga sahaja tiada apa-apa yang terjadi”.

Bangun je pagi, aku terus meluru kearah bilik simpanan binatang-binatang aku, dan apa yg aku nampak adalah… Ular King Cobra yg aku tangkap semalam sudah tiada, malah aku ke rumah si mangsa semalam, ternyata rumah itu memang sudah lama tidak berpenghuni kerana dikatakan penduduk setempat, rumah itu sangat keras kerana penghuni yg terakhir disitu adalah seorang dukun dan ada yg mengatakan penghuni lama juga ada membela segala macam jin dan jembalang untuk kepentingan sendiri. Terus terang aku kata, memang selepas itu aku cuak gila tapi apakan daya kita ini hanya hambaNya yg lemah. Selepas kejadian itu, aku sangat berhati-hati ketika menangkap ular buas dan memastikan dulu org menelefon itu memberi Salam Assalamualaikum.

Hari ini aku menulis cerita ini supaya korang semua berhati-hati dan menjaga tata tertib ketika berjumpa dengan ular yg berbisa ataupun binatang-binatang buas. Cubalah halau dulu sebelum dibunuh. Jika terpaksa dibunuh, Azanlah dulu dan bacalah Bismillah berserta Ayat Kursi kerana ada sesetengah binatang, mereka akan pergi dan keluar dari tempat itu dengan tenang setelah mendengar azan dan tidak akan datang lagi. Insyallah. Semoga kita semua dipelihara dan dilindungi daripada segala sihir yg jahat diluar sana.

Itu sahaja cerita daripada a.k.a Ajimbooo si pemburu binatang buas dari Pahang. Cerita yg diceritakan adalah benar terjadi kepada diri saya. Mahu percaya atau tidak adalah hak yang membaca. Saya hanya berkongsi. Terima kasih kepada admin kerana memilih cerita ini untuk dipaparkan, kongsi juga cerita ini kepada rakan dan ahli keluarga anda semua ye.

Semoga bermanfaat

Perkongsian daripada Aziem.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Aku Boleh Nampak Part 4 (End)

Siapa Yang Naik Tangga?