in

Rumah Tok Dalang

Nama aku Firdaus. Aku membesar di Kuala Lipis Pahang sebelum berpindah ke Kuala Lumpur pada usia aku 13 tahun. Ini kerana ayah aku seorang anggota polis dan berpindah randah tu perkara biasa bagi kami sekeluarga. Aku ada 5 orang adik beradik dan kesemuanya adalah lelaki manakala aku adalah anak bongsu. Biasalah anak bongsu ni dia punya manja lain sikit.

Rumah² di kampung aku ni agak jarak sedikit. Biasalah rumah kampung kan, tandas pon kat luar jadi kalau nak buang air kecil atau besar, kenalah berani sikit lagi² waktu malam. Biasanya ayah yg akan temankan kami kalau kami sakit perut ke atau nak terbuang air kecil tapi aku ni agak berani sikit dari adik beradik yg lain walaupun aku anak bongsu. Biasanya kalau aku nak ke tandas waktu malam aku hanya bertemankan lampu suluh je. Selalu juga lah adik beradik aku sakat aku, dorg cakap nanti jumpa jembalang lah ape lah tapi aku buat bodoh je..hehehe…

Sebelah rumah aku ni ada sorang pakcik ni, nama dia Tok Dalang (bukan tok dalang upin dan ipin ye). Dia sangat suka dgn budak². Kami dah anggap tok dalang ni macam atok kami sendiri. Kadang² kami adik beradik tidur kat rumah dia. Ye la sebab Tok Dalang ni pon duduk sorang je. Isteri dia dah lama meninggal dan dia tidak dikurniakan anak. Sebab tu la kot tok dalang ni suka budak²Ntapi yang sedihnya umur Tok Dalang ni tak panjang. Dia meninggal dunia akibat nahas jalan raya. Selepas dia meninggal dunia, rumah dia tu jadi tak terurus sebab Tok Dalang ni takde pewaris utk menjaga rumah dia. Makin lama rumah tu dipenuhi lalang dan agak menyeramkan.

2 minggu selepas Tok Dalang meninggal dunia, bermula lah perkara² misteri yang berlaku di kampung kami. Ada orang kampung pernah nampak Tok Dalang sedang mencabut rumput pada malam hari ketika baru pulang dari surau .Ada yang pernah nampak kelibat Tok Dalang di jendela rumahnya sambil melambaikan tangan. Macam tu jugak dengan keluarga aku. Ayah aku sendiri pernah nampak rumah Tok Dalang berlampu pada malam hari. Disebabkan rumah Tok Dalang hanya bersebelahan dengan rumah kami, macam² bunyi kedengaran bila tiba waktu tengah malam. Kadang² dengar bunyi seperti org sedang bertukang dalam rumah Tok Dalang tu. Uishh, rumah dah takde orang,habis siapa pulak yg bertukang kt rumah tu malam² hari?

Yang paling menakutkan adalah aku ingat lagi, malam tu malam jumaat sekitar jam 11 malam mcm tu, aku terasa sakit perut sangat². Entah apa yang aku makan tadi pon aku tak tahu la. Aku terus capai lampu suluh dan terus keluar utk ke tandas. Alhamdulillah hajat aku sampai. Lega sikit perut aku yang tadi memulas². Bila aku keluar je dari tandas tu, aku teringin nak suluh ke dalam rumah Tok Dalang. Entah apa yang buat aku berani sangat malam tu pon tak tau la.

Aku suluh ke kiri, ke kanan tak nampak apa pun. Tapi aku terdengar suara yang sayup² memanggil nama aku. Rasanya itu bukan suara ayah aku dan suara tu datang dari dalam rumah Tok Dalang. Terus meremang bulu roma aku. Mata aku melilau la nak cari siapa yang panggil tadi. Tengah aku mencari siapa yang panggil aku tadi, aku ternampak kelibat seorang lelaki tua dan bongkok. Aku terkejut bila tgk lelaki tua tu adalah Tok Dalang sambil membuat senyuman yang menakutkan. Dia perlahan² menuju ke arah aku. Aku cuba nak lari tapi kaki aku macam terkunci. Jantung aku pulak rasa nak tercabut bila tengok dia semakin dekat dan semakin menghampiri aku sambil berkata, mari lah tidur kat rumah Atok mari lah.

Tiba² aku dengar ayah aku melaungkan azan dengan sangat kuat. Aku toleh ke belakang, rupanya ayah aku ade kat belakang aku. Apa lagi aku terus peluk ayah aku sambil menangis. Bila aku toleh balik, kelibat lelaki tua yang menyerupai Tok Dalang tadi dah tak de. Lepas kejadian malam tu, seminggu jugak la aku demam panas. Lepas pada tu la, ayah aku buat jamban kat dalam rumah di bahagian dapur jadi tak payah kami nak keluar rumah utk ke tandas.

Bila aku dewasa baru aku tahu yang sebenarnya Tok Dalang ada membela hantu raya dan waktu dia nak meninggal tu sangat susah sampaikan ustaz kena cabut salah satu atap(bumbung) kat rumah dia. Sejauh mana kebenarannya hanya Allah yang maha mengetahui. Assalamualaikum.

Perkongsian daripada Azlan.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pengalaman Hijab Terbuka

SIX SENSE