in

Rumah Kampung Berhantu

Kisah ini berlaku lebih kurang 2 tahun yang lepas dimana aku dan juga rakan-rakan aku kami pergi bercuti di sebuah rumah kampung rakan kami. Sampai saja disana kami melihat sebuah rumah kampung yang besar dan masih cantik luar dan dalam. Sekeliling rumah ni dipenuhi dengan pokok-pokok bunga dan lalang yang tumbuh meninggi. Kami pun terus masuk ke dalam rumah dan melakukan aktiviti masing-masing. Kami sepakat mahu menginap di rumah kawan kami ini selama 3 hari 2 malam. Sepanjang malam pertama disana semuanya baik dan tiada apa-apa yang pelik. Tapi masuk malam kedua mulalah gangguan-gangguan dirumah ini muncul. Ia bermula bila aku dan rakan-rakan pergi bermain futsal pada malam itu tetapi ada seorang rakan ku ini tidak ikut kami semua sekali kerana dia pening kepala dan mahu berehat saja dirumah pada malam itu. Sedang kami bermain futsal tiba-tiba aq menerima panggilan daripada kawan aq yang ada dirumah tadi. Aq pun angkat dan terdengar suara rakan ku ini seakan-akan ketakutan. Dia menyuruh kami pulang segera. Aq pun memberitahu rakan-rakanku yang lain untuk pulang awal menemani rakan aq dirumah berseorangan. Sampai saja di rumah dia pun menceritakan apa yang berlaku. Dia kata dia mendengar bunyi pintu diketuk berulang kali dengan kuatnya dan mendengar bunyi cakaran di dinding rumah serta melihat tingkap rumah yang terbuka tertutup walaupun tiada angin pada masa itu. Aq pun menenangkan dia. Setelah itu, aq pun pergi ke bilik mandi untuk mandi kerana badanku melekit kerana bermain futsal. Bilik mandi rumah kawan Aq ni terletak di luar rumah. Aq ni jenis pemberani sikit dan tanpa rasa takut aq pun mandi. Lepas sahaja mandi aq pun mahu naik semula ke dalam rumah. Dalam langkah aq untuk masuk kerumah itu Aq ternampak seakan-akan ada sosok tubuh seorang lelaki berkain pelekat sedang dalam posisi rukuk. Sosok itu betul-betul berada di bawah tangga pintu untuk aq masuk ke dalam rumah. Aq perhatikan benda itu yang hanya terlihat samar-samar rupanya kerana keadaan yang gelap di bawah tangga itu. Tiba-tiba sosok itu berpusing tepat menghala kearah aq dalam posisi ia masih rukuk. Aq pun terus lari menaiki tangga dan masuk ke dalam rumah tanpa melihat kearah bawah. Kawan aq yang didalam rumah tadi terkejut melihat aq tercungap-cungap. Aq pun berkongsi apa yang aq lihat tadi kepada semua rakan-rakan aq setelah mereka pulang. Ini menyebabkan mereka semua tidak mandi pada malam itu dan hanya mandi pada keesokan paginya.

Perkongsian Daripada Ali.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Karambunai Resort

Nenek Kebayan Pemilik Bunga Hutan