in

Rumah JKR Berhantu

Asalamualaikum ekram…

Aku hafiz dari xemxxxx, xxrexxxxx,
aku ada satu cerita seram yang saya alami sendiri dahulu, dulu aku tinggal dikuartes kerajaan untuk kaki tangan kerajaan maklum laa ayah aku ni kerja JKR nak dijadikan cerita aku ada kebolehan melihat benda halus ni.

Setelah aku tinggal disitu untuk beberapa tahun tiba masa untuk aku berpindah ke rumah yg lebih baik dikawasan rumah yang sama cuma bertukar rumah saja lah..setelah seminggu aku tinggal disitu pada waktu mlm aku melihat ada 2 orang yang berada dalam ramah tapi aku memutuskan untuk tidak ceritakan pekara ini kepada ibu bapa aku,

Aku takut kalau aku cerita dia orang lagi takut, maka selang beberapa hari kemudian sepupu aku dan mak saudara aku datang kerumah untuk bermalam sehari dua lalu sepupu aku tegur aku..

“Dalam rumah kau ni ada orang lain yang tumpang ada lelaki dan ada perempuan yang lelaki tu aku tangok muka dia garang dan yang perempuan tu muka dia lembut macam baik je..”

Dalam nada merayu katanya,

“berubat lah sebelum benda yang tak elok terjadi”

Aku pun pelik benda yang sama macam aku nampak hari tu. Beberapa hari kemudian sepupu aku pun balik dan malam tersebut aku diganggu benda halus tu..masatu jam 3 pagi aku bangun dari tidur untuk ke tandas sebelum sampai ke tandas tu aku kena lalu dapur dulu dan secara tidak langsung aku melihat ibu aku sedang basuh pingan mangkuk didapur.

Aku bertanya dalam hati

“ehh apa hal ibu basuh pingan pukul 3 pagi ni !!”

Dan apa yang aku perasan muka ibu aku masa tu macam tak ada perasaan dia diam saja aku tegur pun tak ada respond..aku pun cakap ahh tak apa laa nak masuk tandas jap..dan aku keluar dari tandas tu pun ibu aku masih lagi berada di situ…dalam hati aku pun terlintas nak tengok dalam bilik ibu dan bapa ku alangkah terkejutnya aku melihat ibu bapa aku sedang tidur dan hati aku berkata siapa dekat dapur tu!!!

Aku didalam ketakutan perlahan-lahan pergi ke dapur melihat siapa kah itu…dan aku lihat tak ada orang yang berada disitu lalu aku berlari masuk ke bilik aku tutup pintu dan selimut kan badan aku dan dalam waktu yang sama aku terdengar orang memanggil nama aku 2 kali. Bukan tu ja, aku dengar juga bunyi orang menyangkul betul betul ditepi bilik aku. Aku pun apa lagi, aku baca surah2 yang aku ingat, walaupun aku takut tapi tetidur juga.

Keesokkan paginya ibu aku bertanya ada dengar orang cangkul tahan tak semalam dan aku cakap ada lalu aku ceritakan apa yang aku kena semalam.

Ayah aku berusaha panggil ustaz untuk berubat rumah tu dan uztaz tu cakap tak boleh buat apa2 kat sini memang tempat dia dah macam perkampungan dia dah, rupa2 nya baru lah aku tahu tapak rumah tu adalah tempat jepun dulu ada yang mati dekat situ, aku tak tahu laa cerita tu betul atau tak dan aku dengan keluarga aku duduk dekat situ buat macam tak ada apa2 yang berlaku dalam erti kata lain buat bodoh jee..betahun2 jugak aku duduk dekat situ macam2 keluarga aku kena ganggu tapi kami buat tak tahu saja…


itu saja yang boleh aku ceritakan sekian dari saya hafiz
terima kasih kupi kupi go teruskan lagi semoga sukses selalu..bye

Perkongsian dari Hafiz

What do you think?

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Misteri RNR Tasik Raban Perak

Kawan Aku Bukan Manusia