in

Rumah 99 Pintu

Peristiwa ni berlaku sewaktu bnyaknya rancangan tv realiti tentang pencarian@ pembongkaran entiti di tempat-tempat usang dan tempat yang dikatakan misteri,sehinggakan aku dan rakan-rakan sebaya aku terpengaruh untuk melakukan perkara yang sama. Sedangkan kami “kosong” tanpa berbekal ilmu didada. Ceritanya bermula apabila aku sendiri merancang untuk kesebuah banglo yang dikatakan sangat misteri dengan cerita-cerita yang menakutkan bagi penduduk setempat iaitu, rumah 99 pintu yang terletak di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Mulanya aku tertanya-tanya juga tentang nama 99 pintu tu. Tapi selepas aku masuk sendiri barulah aku faham kenapa namanya begitu.

Rumah 99 pintu ni besar. Sgt besar, dikelilingi oleh ladang kelapa sawit yg luas. Dahulunya sinilah markas orang british dan mugkin sebab itu ianya dibina besar sedemikian rupa. Aku telah merancang untuk pergi bersama 4 orang rakan aku yang berkongsi minat yang sama (suka layan benda-benda mistik) kami pergi pada waktu siang untuk membuat tinjauan sekitar kawasan rumah itu dahulu sebelum kami membuat explorasi pada malam hari. Kami pergi tu waktu dah nak gelap, jadi tak sempat nak melawat seluruh tempat tu. Suasana sekitar rumah tu sangatlah suram dan hanya bunyi angin dan geseran daun pokok kelapa sawit je yang kami dengar. Kami menuju kepintu masuk utama rumah tersebut dengan menaiki beberapa anak tangga.

Langkah pertama aku masuk ke rumah tu ja aku sudah di sambut oleh bayangan seakan orang tua india beruban yang sedang duduk di sebelah tangga usang menuju ke tingkat atas. Ia seakan memakai baju serta kain bewarna putih dan seperti menanti kedatangan kami. Malangnya bayangn itu hanyalah sepintas lalu dan aku tak pasti samada rakan aku nmpak apa yang aku nmpak tu. Kami bergerak mengelilingi rumah tersebut. Keadaan rumah sangat usang dan lantai ditingkat atas bnyak yang berlubang dan reput. Kalau berjalan dalam gelap sangat berpontensi untuk jatuh kebawah. Kalau tak berhati-hati la.

Rumah ni walaupon dikelilingi oleh ladang sawit tapi sekitar rumah tetap semak dengan pokok yang menjalar di dinding dan lalang yang tinggi-tinggi. Kami sempat masuk ke beberapa bilik yang dikatakan “kalau masuk pintu ni mungkin kluar pintu lain”. Menarik kan. Dalam rumah tu ada bnyak bilik2 kecil seakan bilik2 hotel, mugkin disitulah namanya diberi. Ada kisah yang mengatakan ada orang pernah hilang dalam rumah tu. Oleh itu terdapat beberapa pintu yang sengaja dipalang dengan kayu untuk megelak orang dari masuk ke beberapa bilik yang dikatakan keras. Tempat ni famouse la jugak, ada beberapa rancangan tv dari dlm negara mahupun luar negara pernah membuat liputan disitu. Hasilnya bergantung pada nasib. Hari dah semakin gelap dan kami memutuskan untuk pulang dahulu membuat persiapan bagi explorasi di malam hari. Dalam kereta kami sempat bersembang-sembang pasal rumah tu. Dan satu yang sangat-sangat menarik perhatian aku bila aku terdengar kawan aku bagitau dia nampak kelibat “orang tua india beruban” dalam rumah tu. Subhanallah, allahuakbar!!  kawan aku nmpak benda yang sama sedangkan aku tak cakap apa yang aku nmpak masa berada dalam rumah tu.

Perkongsian daripada Achik.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bunyi

Mimpi Realiti