in

Rosari Ku Putus Lagi

Dari saya kecil lagi, saya diberitahu oleh emak saya kalau saya ‘dikacau’ atau berasa tidak ‘selamat’, saya harus sembahyang terutama sekali  sebelum tidur. Hal ini disebabkan sya boleh  ‘melihat’ makluk halus di sekeliling sya…samaada secara sengaja ataupun tidak. Biasanya, orang beragama kristian khususnya Chatolic menggunakan gelang/rantai Rosari untuk sembahyang. Namun begitu, sya bukanlah orang yg dikatakan rajin bersembahyang. Sya cuma pakai Rosari itu sebagai tangkal utk membuatkan sya rasa selamat jer. Jika sya melihat ‘benda’ tu, sya cuba sedaya-upaya sya utk tidak melayannya.

Pada suatu hari ketika sya tingakatan 2, sya dan kawan sya Lidianne (bukan nama sebenar) bersiar-siar di sebuah shopping mall pada hujung minggu. Macam remaja biasa, sya dan dia berseronok meluangkan masa bersama di sana. Kemudian, kami nampak sebuah kedai yg menjual barang-barang rohani. Oleh sebab saya sering melihat ‘benda pelik’ di mna saja sya pergi, sya pun terfikir nak beli sesuatu yg boleh lindungi sya secara rohani jugak.

Ketika sya melihat barang jualan sekeliling kedai tu, sya ternampak akan satu gelang. Ia ada pelbagai jenis warna, ada 10 biji benih gelang dan mempunyai simbol salib (🕆). Oleh sebab ia barangan jualan di kedai, sudah pasti ia belum diberkati di gereja…jadi ia tiada beza dgn gelang biasa. (Itu yg sya fikirkan). Ketika saya melihat gelang tersebut, saya perasan ada seseorang atau sesuatu berdiri di belakang saya. Sya cuba melihat belakang, rupanya itu adalah salah satu ‘makluk halus’ yg sya sering kali nampak di tepi jalan. Sya rasa benda tu mengekori kami ketika kami keluar dr tandas awam…

Sya mula rasa takut lalu sya teringin beli salah satu gelang Rosari di situ. Selepas sya membayarnya, sya pakai gelang tu…namun bila makluk tu mula mendekati sya, gelang sya terputus secara tiba-tiba. Sya, Lidianne dan pekerja di counter tu terkejut. Gelang yg saya pakai tu bukan ketat sangat…masih baru pulak tu. Mcm mna pula boleh putus ni? Adakah sebab qualiti gelang ni kurang baik…ataupun disebabkan makluk tu? Salah satu pekerja di sna mula tanya sya soalan pelik. “Hei, awak boleh nampak ‘benda’ tu jugak?” Sya tidak jawab soalan dia kecuali gelengkan kepala sya tanda ‘tidak’…sya terpaksa tipu sbb kalau tidak, benda tu tau yg sya nampak dia dan takut ia ikut sya pulang rumah.

Kemudian pekerja tu berikan sya satu lagi gelang rosari. Pekerja tu bisik sama sya “Saya faham kalau awak taknak berterus terang. Awak ambil lah gelang ni sebagai ganti gelang awak yg putus td. Ia suda ‘diberkat’ oleh paderi di gereja hari minggu lepas.” Saya pun terima pemberian dia lalu memakainya lagi…namun perkara yg sama berulang lagi. Sekali lagi, gelang rosari tu terputus. Kami terkejut kakuh. Lidianne yg tidak tahu apa yg sedang berlaku mula marah akan pekerja sana. “Apasal kamu jual barang muda rosak camni!? Nak tipu kami ke?” Sya tenangkan dia dan pekerja itu meminta maaf lalu mengembalikan duit sya.

Sebelum sya tinggalkan kedai tu, pekerja di sna beritahu sya sesuatu. “Nnt awak kena sembahyang rosari tau. Harap perkara buruk takkan berlaku pada kamu.” Sya cuma angguk kepala sya lalu berlalu pergi. Malam tu, sya beritahu emak sya tentang apa yg telah berlaku td siang. Kemudian emak sya pun beritahu yang rantai/gelang rosari cuma seutas rantai/gelang biasa sahaja yg membantu kita fokus ketika berdoa. Yang memainkan peranan penting ialah diri kita sendiri utk sentiasa sembahyang. Sejak tu, sya ajak keluarga sya bersembahyang rosari di dalam bilik dan sya mula jarang melihat ‘benda’ tu berada dekat atau cuba utk mengganggu sya.

Perkongsian daripada Ann.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Aku Boleh Nampak Part 2

Jin Bercinta