in

Roommate

Ada beberapa versi cerita ni yang popular di US. Aku cuma ringkaskan dua versi sahaja.

Berkisar tentang kehidupan di kolej, watak dua orang gadis, Sarah dan Megan (aku tak pasti ini nama sebenar atau bukan). Anyway kedua dua versi tu lebih kurang sama….
Sarah adalah seorang gadis yang gemar berseronok manakala roommatenya Megan adalah seorang yang gemar berada di bilik membaca buku. Aku guna nama watak ini untuk kedua dua versi.

Versi 1:

Dikatakan pada masa itu ada persembahan teater yang besar di bandar disebut “Oh Susannah”, dan semestinya Sarah tidak akan melepaskan peluang menyertainya malah dia berlatih berjam jam untuk watak itu. Setiap kali Sarah cuba mengajak Megan keluar bersamanya pasti akan ditolak Megan. Jadi pada malam itu, Sarah hanya keluar bersedirian tanpa Megan.

Malam itu, Sarah pulang agak lewat setelah selesai persembahan. Untuk tidak menggangu roommatenya tidur, Sarah tidak membuka lampu bilik namun mendengar kerusi Megan dari sudut tu bunyi keriut seperti ada orang disitu. Sarah menggangap mungkin Megan sedang menunggunya. Namun, apa yang memeranjatkan Sarah adalah mendengar suara yang menyakitkan menyebut “oh susannah, dont you cry for me…” berulang kali. Sarah membentak supaya Megan berhenti mengucapkan perkataan tersebut namun tidak diendahkan. Dan akhirnya Sarah membuka lampu.

Terkejut dengan apa yang dilihatnya, badan Megan di kerusi tanpa kepala ! Disertai ketawa yang menyeramkan dari belakang kerusi, “Siapa tu ? Siapa kau ?” dan keluar seorang lelaki penjual daging (butcher) yang dikatakan lari dari rumah sakit mental dari sebuah bandar lain. Sepanjang lelaki itu memotong badan Sarah, dia menyanyi “oh susannah, don’t you cry for me… I come from Alabama with a banjo on my knee.” Sambil melekatkan kepala Sarah di dinding bersebelahan kepala roommatenya Megan.

“and now, susannah, dont you cry for me!”

Versi 2:

Sebagai student kolej, Sarah dan Megan dikatakan sedang dalam musim peperiksaan. Megan yang gemar membaca buku pastinya sudah bersedia untuk exam tersebut, manakala Sarah masih keluar berseronok walaupun exam hanya tinggal beberapa hari sahaja. Malam itu, Sarah mengajak Megan keluar berhibur bersamanya namun ditolak Megan kerana dia ingin mengulangkaji pelajaran di bilik.

Sarah tetap keluar pada malam itu dan pulang agak lewat malam. Ada versi mengatakan, Sarah pulang ke biliknya untuk mengambil buku dan keluar untuk tidur di bilik kekasihnya. Tanpa membuka lampu, Sarah mengambil apa yang diperlukan dan terus keluar tanpa menggangu tidur Megan. Keesokkan harinya, apabila Sarah kembali, dia melihat pihak polis berada di kawasan biliknya dan bertanyakan adakah dia tahu bahawa Megan sudah mati. Terkejut dengan berita itu, Sarah masuk ke bilik mereka dan melihat tulisan dari darah Megan “Aren’t you glad you didn’t turn on the light?” (Bersyukurlah kau tak buka lampu kan?).

Ada yang mengatakan Sarah pulang ke bilik malam itu dan terus tidur, berniat untuk bangun awal pagi dan mengejutkan Megan untuk mengajarnya. Apabila Sarah terjaga, Megan dilihat begitu nyenyak tidur dalam keadaan meniarap, Sarah membuka lampu meja dan terkejut melihat buku-buku dipenuhi darah lalu memusingkan badan Megan kemudiannya melihat keadaan Megan yang telah mati di kelar. Sarah yang terlampau takut melihat Megan, terpandang di dinding perkataan tulisan berdarah “Aren’t you glad you didn’t turn on the light?” (Bersyukurlah kau tak buka lampu kan?)

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tandas Hostel

Ulek Mayang