in

Robert The Doll

Di sekitar akhir tahun 1800, sebuah keluarga berpindah ke rumah agam di Florida yang sekarang dikenali sebagai The Artist House. Keluarga ini dikenali dengan layanan buruk terhadap pembantu mereka.

Ada seorang wanita ditugaskan untuk menjaga anak mereka, Robert. Satu hari ibu Robert melihat wanita ini sedang melakukan upacara ilmu hitam lalu memecat wanita tersebut.

Sebelum wanita itu keluar dari rumah agam tersebut, dia memberi Robert patung manusia setinggi 3 kaki, butang sebagai matanya, rambut manusia (dipercayai milik Robert) dan dipenuhi jerami.

Patung yang menyerupai kanak² tidak didengari ketika zaman itu, membuktikan patung ini adalah istimewa. Robert menamakan patung tersebut Robert sempena namanya dan sering memakaikan pakaiannya. Robert, the doll menjadi penemannya yang setia. Robert membawa patung itu kemana mana sahaja termasuk mempunyai tempat duduk di meja makan….malah Robert akan memberinya secubit makanan ketika ibubapanya tidak memberi perhatian kepadanya. Lama kelamaan, hubungan ini menjadi semakin aneh.

Tak lama kemudian, Robert memilih untuk menggunakan middle name nya iaitu Gene selepas dimarahi ibunya. Dia memberitahu bahawa Robert adalah nama patung tersebut, bukan namanya. Gene sering didengari bercakap dengan Robert di bilik mainan. Apabila Gene bercakap, kemudiannya jawapan didengari dengan suara yang perlahan. Ini merisaukan keluarganya kerana perangai Gene juga kadangkala berubah.

Kadangkala ibunya mencari Gene merata², manakala Robert duduk di atas kerusi atau di atas katil memandannya. Namun ini hanyalah permulaan.

Pelbagai objek di dalam rumah berubah tempat, gelak ketawa sering didengari. Apabila situasi aneh berlaku Gene seringkali menyebut “Robert yang buat!”.

Seringkali Gene yang menerima hukuman namun tetap berkeras bahawa Robert yang melakukannya. Semakin lama pembantu rumah juga sering beryukar ganti.

Akhirnya, saudara keluarga Gene mencadangkan ibubapa Gene untuk mengalihkan Robert dari Gene dan meletakkannya dia dalam kotak di atas loteng. Robert kekal disitu selama beberapa tahun….

Setelah kematian ibubapanya, Gene menjadi pewaris rumah tersebut. Dia membuat keputusan untuk tinggal bersama isterinya disitu. Gene menjadi seorang artis (pelukis), dan merasakan rumah tersebut mampu memberinya inspirasi untuk melukis. Dia naik ke loteng untuk mengemas barang² zaman kanak²nya.

Kemudiannya dia menjadi terikat/menyayangi dengan patung itu walaupun tidak digemari isterinya.

Gene sanggup membawa patung itu kemana² mereka pergi, malah duduk di kerusi kegemarannya apabila Gene dan isterinya tidur berdekatan.

The Turret Room menjadi tempat kekuasaan Robert selepas isteri Gene memindahkannya semula di loteng. Perkahwinan mereka menjadi semakin hambar dan akhirnya isteri Gene menjadi gila dan mati tanpa sebab yang diketahui. Tak lama kemudian diikuti Gene.

Robert sering menyerang manusia, kadangkala mengunci mereka di loteng. Orang yang lalu disitu sering mendakwa mendengar ketawa ngeri datang dari Turret Room.

Untuk beberapa ketika, Robert kekal di dalam rumah kosong itu sendirian sehingga sebuah keluarga baru membeli rumah agam tersebut. Patung itu sekali lagi dipindahkan di atas loteng.

Mulai hari itu juga Robert sering dijumpai di sekitar kawasan rumah, dan pernah dijumpai di hujung katil pemilik rumah, ketawa sambil memegang pisau dapur di tangannya. Ini sudah cukup membuatkan mereka keluar dari rumah tersebut.

Lama kemudian, Robert dipindahkan ke East Martello Museum di Key West dimana dia diletakkan di dalam sebuah box gelas.

Sejak itu, para pekerja dan pelawat sering mendakwa melihat patung tersebut bergerak. Senyumannya dilihat mengerikan.

Satu hari, seorang pekerja membersihkan Robert, menutup lampu dan meninggalkan museum tersebut pada waktu malam. Namun esoknya, lampu terbuka dan Robert dilihat duduk di posisi yang lain dari semalam dan kasutnya terlekat kesan debu yang baru.

Ada yang mengatakan Robert the doll juga akan menyumpah anda. Sekiranya anda mengambil gambarnya, perlu bertanya terlebih dahulu dengan sopan.

Dia akan mengangguk
memberi kebenaran. Sekiranya tidak dan anda tetap mengambil gambarnya, sumpahan akan terjadi kepada anda dan orang yang menemani anda di muzium tersebut. Perkara yang sama akan terjadi jika anda mempermainkan dia.

Sehingga hari ini, Robert kekal di muzium memakai baju kelasi, mengepit patung singanya, meneruskan cara ancamannya.

Robert kalau zaman sekarang ni sama macam Chucky dan Annabelle. Cuma Robert wujud terlebih dahulu dan pernah juga diangkat menjadi filem.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Mak Yong

Kuchisake Onna