in

Rasuk

“Cikgu… ada budak kene rasuk lagi cikgu!!!”

Masuk hari ini sudah hampir sepuluh kali kejadian sama berulang. Hampir setiap hari pelajar perempuan di asrama puteri sekolah tempat aku mengajar dilanda histeria. Apa puncanya, aku tak tahu.

Asrama ni memang aku tak nafikan kekerasannya. Memang sejak dari dulu ada je pelajar yang jadi mangsa kerasukan. Setiap tahun tak pernah kes tu berjaya diselesaikan. Berpuluh ustaz, bomoh, pawang, dukun telah dibawa untuk ‘menawarkan’ kawasan asrama ini. Tapi tetap tak berjaya. Semakin lama semakin teruk adalah.

“Kali ni dekat mana pulak Siti?”

“Dekat blok B cikgu!” jawab budak tu dengan tubuh yang menggeletar. Selaku warden yang sememangnya ditugaskan untk menjaga perihal anak-anak murid kat sekolah ni, muka aku jugalah yang dicari time-time gawat macam ni. Apa je yang jadi kat asrama perlu aku selesaikan secepat mungkin. Walaupun pada jam 3.00 pagi! Hantu ni memang suka menyusahkan aku ke apa?

“Kejap lagi cikgu datang. Kamu pergi balik asrama dulu…”

Gelap-gelap macam ni pun aku redah jugalah. Namanya pun tugas kan? Kadang-kadang gerun juga. Salah tengok, tiang lampu pun aku ingatkan cik ponti.

“Arrggghhhhh!!”

Jeritan nyaring aku dengar dari arah asrama perempuan. Matilah nak. Engko nak rasuk pun tak payah lah menjerit bagai. Aku makin gelisah. No telefon warden lelaki aku dail. Bila aku tengok jam dah mencecah 3:30 pagi. Aku geleng kepala, memang waktu dia lah kan.

“Cikgu. Ni ada pelajar kene rasuk lagi ni”

“Lagi sekali? dekat mana pulak kali ni?”

Garau suara Cikgu Amir. Mungkin tengah lena diulit mimpi.

“Blok B..tempat yang sama..”

“Ok..kejap lagi saya datang..”

Klik! Dgn rasa berani yg bersisa aku gagahkn diri juga pergi menapak ke blok B. Warden pun manusia juga. Ingat aku tak gerun ke dengan benda macam ni?

“Pssstt..”

Ada orang panggil aku dari belakang. Nak pandang ke tak nak? Kalau filem melayu jangan pandang belakang. Sis confuse dik. Tapi sebab nak tunjuk hero aku suluh juga lah dekat kawasan yang aku lalu tu. Yang aku nampak cuma pokok pisang.

Orang kata pokok pisang tempat dia main sembunyi-sembunyi. Entah ya ke tidak, engko jangan percaya. Tiba-tiba aku rasa ada sesuatu sentuh bahu aku. Slow-slow aku pandang belakang. Cikgu Amir rupanya. Sia-sia je jantung aku berdegup 120km/j. Lepastu aku dengar jeritan makin kuat. Apa kau buat ni setan.

”Cikguuuuu!”

”Cepatttttttt!!!!”

Ada sorang pelajar panggil kitorang. Pantang nampak cikgu buat drama hindustan, ada je yang kacau. Bila aku mula jejak bilik budak tu, aku mula teringat peristiwa yang jadi sebelum ni. Kes yang sama. Pelajar kerasukan. Tapi pembawaannya berlainan.

Setiap kerasukan mempunyai pembawaan yang berbeza. Maksudnya ialah cara dia merasuk dan cara dia memperlihatkan dirinya pada khalayak. Ada juga yang kelakuannya kasar seperti tidak ketentuan arah. Berlari sepanjang koridor asrama sambil menjerit tak berhenti. Nyaring!

Sampaikan kalau nak redakan kena ada sekurang-kurangnya 5 orang untuk tarik dan peluk dia. Kalau tak, melompatlah dari tingkat 4. Dan yang paling menakutkan pernah aku hadap pada dua hari lepas. Masa tu hujan lebat. Semua orang tengah tidur waktu benda ni jadi.

Pelajar tu duduk termenung atas katil. Merenung luar tingkap sambil meratib seolah berzikir. Terkumat kamit mulut dia entah membaca apa. Saat ditegur, dia sekadar berpaling sambil tersengih. Tapi aku pasti tak ada orang nak tengok sengihnya. Sebab gigi dia berlumuran darah akibat ditonyoh dengan benda tajam. Dia mencederakan tubuh yang dia rasuk!

Dan harini lain pula ceritanya, yang lagi bertambah pelik. Kenapa budak perempuan melayu je yang dirasuk? Padahal dekat asrama tu ada je kaum lain.

“Cikgu… tu… dia ada dekat dalam bilik tu…”

Seorang pelajar tunjuk, budak mana yang kena rasuk tu. Pelajar-pelajar lain pula ada yang tekun baca yasin.

“Aishah?”

Aku kenal budak ni sebab aku mengajar dia. Boleh dikatakan pelajar ni sangat-sangat cantik. Masa aku tegur dia, dia tengah berdiri ditepi tingkap. Jari dia bermain atas tingkap macam tengah sapu habuk. Kepala pula terlentok kiri dan kanan.

”Shhhhh…”

Dia letak jari telunjuk dekat bibir dan tersenyum sambil pandang aku. Senyuman yang aku tak dapat tafsir macam mana.

“Aishah… Ini cikgu ni… Sini datang dekat cikgu…”

Aku memberanikan diri memujuknya. Walaupun aku tahu yang itu bukan murid aku. Perlahan tubuh dia berpusing menghadap aku yang tengah berdiri beberapa langkah dari dia. Meh pandang cikgu yang cantik ni meh. Tapi muka dia. Muka dia kusam, rambut dia mengerbang, matanya membulat memerhatikan segala yang ada di sekeliling. Macam nak terkam orang pun ada.

“Kau nak apa?”

Dia berbisik perlahan. Tak cukup dengan itu, dia bagi sengih menawan dia. Meremang wehh. Biasanya tak macam ni pun. Aishah melangkah. Setapak demi setapak ke arah aku. Tangannya didepakan dan dia peluk aku perlahan. Teresak sedu tangisnya. Sayu!

“Kita pergi surau ye Aishah?”

Terus aku ditolak kasar. Hampir nak cium lantai juga lah waktu tu. Aishah terus bertindak di luar kawalan. Dia menjerit sambil meludah lantai. Kawan dia pula ditarik dan dipukul sekuat hati. Ada juga yang penampar sedas dua. Setan punya setan.

”Cikgu! cepat telefon ustad.”

Aku pandang budak tu, budak tu pandang aku. Apa ke bangang dari tadi tak telefon ustad. Lepas setengah jam menunggu, ustad pun sampai. Yang kena rasuk tu memang dari tadi dok test vokal dia lah.

”Cepat baringkan dia!” arah ustad tu.

“Ustad… Kalau saya nak tengok wajah hantu yang merasuk tu. Boleh?”

Aku sendiri tak tahu dari mana datangnya keberanian tu. Mungkin sebab pelajar yang kena rasuk tu pelajar kesayangan aku. Sampaikan aku rasa nak bercakap sendiri dengan makhluk yang merasuk dia.

“Boleh.”

Jawab ustad tu. Dia suruh aku pejamkan mata. Perlahan-lahan aku rasa ada angin bertiup kat muka aku.

”Buka mata tu.”

Bila ustad suruh je aku buka mata. Aku nampak pelajar berkerumun dekat Aishah dan aku tak rasa macam nak pandang muka Aishah masa tu.

“Jangan takut cikgu. Saya dah ‘kuncikan’ dia, tanyalah apa yang cikgu hendak tanyakan..”

Aku terus nampak benda yang duduk depan aku. Benda yang juga rasuk Aishah tadi. Tubuhnya kurus seperti tidak berisi. Rambutnya mengurai hingga ke lantai. Kulitnya berkedut seolah tiada isi di balik kulit. Matanya cengkung menampakkan tulang. Dan wajah dia mengerikan. Lebih mengerikan daripada wajah mayat yang dah mati beratus tahun. Pucat tak bermaya, berulat dan bernanah kekuningan merah pekat. Hanya tersenyum meleret dan tak bercakap apa.

“Kenapa kau suka rasuk pelajar asrama ni?”

Dia diam dan pandang tajam muka aku.

“Jawablah aku tanya kenapa senyap?”

Aku tinggikan suara. Nak marah hantu muka kena tunjuk ganas beb.

“Kenapa kau tak pergi rasuk pelajar lelaki?”

Dia pandang aku lagi tapi kepala dia digoyangkan ke kiri dan kanan. Mula meratib. Bertahun dah dia mengacau. Tapi sasarannya tetap pelajar perempuan melayu kat sekolah tu.

“He he he..”

Kali ini barulah aku dengar suara dia yang serak tu. Dia tersengih dan terus bangun berjalan mendekat dengan Aishah. Muka Aishah diraup dengan jari yang berkedut. Perlahan, wajahnya dipanggung semula dan pandang aku sambil berkata.

“Siapa bilang gadis melayu tak menawan tak menarik hati, tiada terpikat… Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik!”

“Lemah lembut gayanya.. Indah manis si dia.. Heyyy…!!”

“Ramai-ramai menyanyi..!!”

Jeritnya sambil mengangkat kedua belah tangan ke udara.

😱😱😱😱

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ngesot

Anneliese Michel