in

Rasuk Satu Per Satu

Kisah ini berlaku pada tahun 2013 waktu tu aku tingkatan 3. Ada satu masa, skolah anjurkan kem penghayatan solat khas untk pljar prmpuan shj dan akan berlangsung slama 3 hari 2 mlm, kena bermalam d surau skolah. Dah batch kmi masa tu last PMR, so smua pljr prmpuan wajib sertai.

Nak dpndekkan cerita, waktu mkn malam skitar jam 8:30pm, smua pljar berada d kantin skolah. Aku dan ahli kumpulan aku duduk di meja yg sama. Sdg yg lain tgh mnikmati makan malam mreka, aku terpandang di atas bumbung bengkel Kemahiran Hidup yg berada di sudut kantin itu. Kawasannya gelap, hanya ada bntuan chaya dr bulan shj, mataku fokus dgn satu benda.. untuk pngetahuan smua, di usia aku yg masih dlm persekolahan menengah, aku mudah melihat makhluk ghaib yg korang tak boleh lihat. Kiranya, dlm usia itu banyak peristiwa seram aku lalui. So, bebalik dgn atas bumbung td, aku nampak seluar pendek bwrna putih gaya seperti berdiri dan mmerhati kami yg berada d kantin.

Aku mengalihkan pndanganku ke arah cikgu yg mngurus makanan di hadapan, kemudian ku menoleh smula ke arah bumbung tersebut. Tapi, benda tu dah hilang. Aku cuba tutup buka tutup buka mata aku kalau² aku tersilap pandang. Memang tidk ada apa pun di kwasan itu. Aku cuba perbetulkan pandangan aku lg, sbb pada masa sma aku ni ada rabun jauh cumanya aku tak pakai kaca mata rabun sbb rabun aku belumlh teruk sgt. Aku bgtau kwn sebelah aku, “sis, macam xbgus tmpt tu” lalu mnunjuk ke tempat yg ku tpandang ssuatu td. Tidk lama selepas menoleh ke tmpt yg aku tunjuk, kwn sebelah aku yg ku pnggil kak Bar(bkn nama sbnar) dia mula pening dan hilang slera makan serta mual². Kak Bar kemudian meninggalkan kami sbb rasa tidk selesa.

Waktu makan telah pn habis. Aku dan ahli kumpulan lain pulang ke surau. Kami mncari kak bar, tp kak bar tidk berada di surau. Kami lantas kembali ke kantin, d sana jg tiada. Kami berpatah balik ke surau dan di sana kmi dapati dia sdh berbaring bdekatan pintu masuk surau menangis, matanya merah dan ramai yg mngelilinginya cuba mmbaca surah² ayat² suci al-quran. dia meracau² mnta untk dilepaskan. tp dia dpegang erat. Pelajar lain diarahkan dduk di hdapan smentara kak bar drawat. Aku memandang ke arah luar pintu, seperti kelibat kain putih melintas laju. Tidak lama kmudian, seorang lg pljar yg dduk tdk jauh dr aku hnya 2 baris dr tmpt aku duduk, dduk diam terpaku melihat luar pintu. matanya langsung tdk berkelip. apabila kwnnya perasan, smua yg berada d skelilingnya berlarian mnjauhi diri darinya. Dia d bawa ke blakang, bdekatan dgn kak bar.

Sambil ceramah diteruskn, aku hnya bdiam dan fokus mmandang d hadapn, sekali lg ku terpandang tepat di tengah² atas penceramah kami, seperti gumpalan awan yg skjap shj terus hilang. dan ya tdk lama kmudian, aku dgr seorang lg pljr kerasukan d kantin sekolah. badannya mengeras. sambil dia mngeras sambil itu jg dia mnangis dan cuba melawan untuk dlepaskan. Kak Bar pla alhamdulillah tlah pulih sprti biasa. Tepat pukul 12 lbih, masa untuk kami tdur. dan alhamdulillah dan bsyukur sbb tdk ada lg yg kena rasuk. Difahamkan ada 4-5 org pljar yg kena rasuk pd malam itu.  Keesokan harinya, kawan² yg mngenali kak bar menanya, apakah yg berlaku. dan dia pun menceritakan semuanya. Katanya, setelah dia mlihat k tmpt yg aku tunjukkn itu, kelibat wajah buruk laju menuju ke mukanya.

Dan waktu itulah dia terus berasa mual dan pening. dia meminta teman dgn seorang lg rakan lain untk ke tndas. Sebab itulah kmi sekumpulan tdk jmpa dia d surau dan d kantin.. Stelah mendengarkan cerita, pljar² tsebut lari ke arah ku mminta kepastian apa yg aku nmpak. Aku hairan. Sebab yg aku nampak cuma seluar putih pendek aras lutut. tapi yg mreka tnyakn “si bar ckp kau yg nampak dlu. mmg buruk kh mukanya?”.. Bila disiasat.. rupanya makhluk ghaib yg tnggal d kawasan skolah itu berasa marah krna ada pljar yg mncampakkan shj tuala kotor mreka d tmpt yg tak spatutnya. Moral of the story, jagalah kbersihan. sbb INGAT bkn kita shj yg tinggal d muka bumi ni. nnt tak pasal² org lain buat, org lain jg yg kena padahnya..

Perkongsian daripada Rean.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Aku Boleh Nampak

Seram Di Kilang