in

Rasa Benda Ada Di Mana-Mana

Assalamualaikum, saya Balqis dari Terengganu. Saya nak kongsi cite saya yang boleh dikatakan seram gak la bagi saya. Saya tak tahu la bagi pembaca. Cite ni bermula sejak saya di form 2. Saya boleh rasa kalau ada ‘Benda’ kat mana-mana. Saya tak pasti lah bermula bila sebab masa saya form 2 tu rasa ni makin kuat. Kalau memang tempat yang saya dapat rasa tu memang saya xkan pergi. Masa saya dah form 3 tu, saya dah rasa lain sikit sebab saya dah boleh dengar dan nampak terus ‘Benda’ tu. Cukup pakej kan, saya semakin menderita sebab hanya saya seorang yang nampak ‘Benda’ tu. Hal ini masa awal tahun form 3, bulan januari. Saya x boleh solat time tu, cuti pulak hari tu. So, saya memang tidur sepuas-puasnya nak-nak time tu hujan sebab sejuk, saya gagahkan diri saya juga untuk bangun capai selimut. Selalu memang selimut saya duk kat hujung kaki saya. So tanpa buka mata, saya bangun and terus capai ‘selimut’. Saya rasa pelik sangat sebab selimut saya busuk sangat padahal saya ni memang pembersih sebab keluarga saya memang pantang kalau jenis pengotor.

Saya pun bangun and buka lampu tidur saya and mata saya yang kuyu terus segar bila tengok selimut saya. Bayangkan eh, betul-betul hujung kaki saya ada satu makhluk Allah yang hodoh yang amat, berambut panjang kusut dan muka yang berulat, lidah terjelir hingga ke pusat. ‘Benda’ tu pakai kain yang sangat kotor, lusuh, penuh dengan kotoran seperti tanah dan labuhnya sampai saya boleh tarik hujung kainnya sebagai selimut!! Saya terus tutup mata and peluk kakak saya yang tidur sebilik dengan saya. Keesokannya saya terus demam panas. Seminggu saya x pergi sekolah. Sepanjang saya demam tu macam-macam saya nampak. Saya dah x tahu macam mana nak bagitahu family saya. Setiap kali saya cakap, family saya balas yang tu hanya halusinasi saya jer. Family saya memang x percaya benda-benda ghaib ni. Saya semakin tension sampai ada satu saat tu, saya sndiri x sedar. Saya sedar pon sebab adik saya jerit. Tengok-tengok ada pisau dekat tangan saya dan pergelangan tangan kiri saya berdarah. Muka saya semakin pucat dan saya terus pengsan. Bangun-bangun tu mama dan abah saya memang marah giler dengan saya. Saya hanya mampu tayang muka x ada perasaan. Saya dah berapa kali meluahkan masalah saya tapi family saya langsung x ambik peduli and now hal ni dah jadi serius macam ni baru nak bising kat saya.

Saya letih sangat. Sepanjang saya di hospital, saya tengok ‘benda’ tu tanpa perasaan. Rasa macam dah biasa sangat. Mama & abah saya bawak saya jumpa pakar and cuba teka? Resultnya negatif, maknanya saya memang sihat fizikal dan mental. So saya dibawa balik, saya mula meracau x tentu hala sebab saya semakin kerap nampak ‘benda’ tu. ‘Benda’ tu pulak macam semakin lama semakin nak tunjukkan diri.

Saya semakin tension. Dah la time ni nak menghadap PMR, lagi lah tension. Selalunya tiap kali ujian, saya akan dapat no.3/4 but ujian pertengahan tahun form 3, I got 7. Prestasi saya semakin menurun. Homework entah kemana, saya hanya dengan dunia saya. Tiba lah satu hari tu kejadian ni merubah persepsi family saya. Saya kena rasuk!! Time tu kakak saya tidur di rumah kawan dia. Saya nampak ‘Benda’ tu dalam bilik saya macam beruk tapi besar sangat. Mula-mula saya buat x tahu jer sebab saya dah biasa tengok but tiba-tiba dia cuba serang saya. Saya yang terkejut terus lari ke ruang tamu. Time tu yang saya ingat, ada mama dan abah saya duduk menonton television. Memang mama dan abah saya terkejut dengan kemunculan saya yang tiba-tiba ni. “Ma, ado hantu ma!” kata saya sambil teresak menangis. Mama dan abah cuba tenangkan saya. Saya nampak ‘benda’ tu semakin dekat and saya dah x ingat apa-apa dah. Semua dah blackout. Sedar-sedar tu saya terus menangis. Mama terus merangkul saya sambil mintak maaf sebab x percayakan saya sebelum ni. “Adik, minum air ni ye dik” sampuk seorang lelaki yang memang saya x kenal langsung. Mama bantu saya minum air yang dihulurkan lelaki itu. Lepas saya minum air tu, saya mula rasa tenang.

“Adik, panggil jer pakcik Fattah” kata lelaki itu seperti mengerti melihat reaksi saya yang bingung itu, saya hanya mengangguk. “Pak cik faham yang adik letih jadi pakcik hanya nak adik angguk dan geleng je” sambung pakcik Fattah lagi. Saya hanya mengangguk lesu. “Dah lama ke adik ngadap ‘benda’ ni sorang-sorang?” saya mengangguk “Adik pernah cite dekat sapa-sapa?” saya mengangguk lagi “Ada sapa-sapa percaya?” yang ni saya menggeleng, pakcik Fattah kelihatan mngeluh.

Pakcik Fattah terus bangun dari duduknya and bercakap dengan abah saya. Saya tengok abah saya hanya mengangguk dan terpancar riak menyesal diwajahnya. Saya dapat lihatnya. So, bermulalah operasi pagarkan rumah and pagar diri saya sendiri. Saya sebenarnya x senang dengan pakcik Fattah sebab saya tahu yang pakcik Fattah ni membela Saka. Kerap kali sakanya datang menjenguk saya. Saya luah masalah ni pada mama saya. Mama dan abah saya terus tukar orang untuk mengubati penyakit saya. Orang kedua yang mengubati saya seorang bidan “Anak ni dah trbuka hijab nya” kata bidan tersebut didepan saya, abah dan mama. “Dalam al-quran menyatakan bahawa mata kita ni ada 4 kelopak, mata anak ni dah trbuka 3 kelopak. Jika terbuka kelopak ke-4 ni, besar kemungkinan anak akan hilang kewarasan akalnya” sambung nya lagi. Time tu saya hanya mampu mengangguk sebab mula-mula saya dapat nampak ‘benda’ tu saya rasa macam dah nak gila dah.

Bidan tu cuba tutup hijab saya namun x berjaya malah bidan tu pulak yang muntah x henti sampai x bertenaga. Saya pon memutuskan untuk tidak berubat dengan bidan ni sebab saya x nak bidan ni terima azab sampai macam tu.

Lepas dengan bidan ni, semua tempat perubatan Islam saya try but Allah masih x izinkan hijab mata saya ditutup. Alhamdulillah walaupun banyak dugaan, saya dapat straight A dalam PMR. Masuk form 4 saya ambik course Sains Tulen sebab saya ambik course ni, saya kerap msuk lab. Allah saja lah yang tahu perasaan saya time masuk lab. Memang banyak sangat yang saya nampak and berlaku la histeria dekat sekolah. Saya kena rasuk sebanyak 4 kali tau time form. Semua kejadian ni terjadi senggang sebulan. First saya kena rasuk masa bulan April, ke-2 masa bulan Mei, ke-3 masa bulan June and yang ke-4 bulan Julai, saya memang letih sangat.

Time form 5 saya dah biasa dah dengan suasana lab. Kalau ada ‘benda’ tu saya buat muka x ada perasaan and dalam hari tu sempat la baca ayat-ayat kursi.

Alhamdulillah lepas SPM dapat tawaran ke matrik. First day masuk kat hostel tu, ya Allah. Hanya Allah yang tahu perasaan saya time tu. Banyak sungguh ‘benda’ yang berkeliaran, semua tempat ada. Saya luah pada mama saya. Mama dan abah cuba cari untuk keberapa kalinya pakar perubatan Islam untuk cuba mengubati saya. Akhirnya jumpalah seorang perubatan Islam yang tinggal dekat dengan tempat saya belajar. Nama dia ustaz Hazim (28thun), bagi saya la ustaz ni muda lagi lepasan Mesir. (sekarang dah jadi doctor tau tapi bagi saya dia tetap ustaz). Ustaz ni tolong saya macam-macam. Lebih-lebih lagi time nak pagar diri untuk menghadap ‘benda’ tu.

Sekarang ustaz Hazim (umur dah 30 tahun) masih setia membantu saya jika saya dalam kesulitan menghadap ‘benda’ tu. Alhamdulillah, saya masih lagi berubat dengan ustaz Hazim dan ustaz berjanji cuba membantu menutup hijab saya dengan bantuan kawannya tapi kena tunggu kawannya balik la sebab kawannya masih menuntut di Mesir.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kakak Potong Rambut

Tak Ada Orang Ketuk?