in

Rakan Sepermainan

Sekitar tahun 2001 aku baru berusia 7 tahun.Zaman kanak kanak yang sempurna.
Aku lahir dalam keluarga yang sederhana. Hanya untuk kesekolah aku akan dihantar oleh ayah setiap hari persekolahan.Malang sama sekali aku perlu berjalan kaki untuk pulang dengan jarak antara sekolah dan rumah aku sekitar 5km. Ditambah pula aku perlu melalui ladang sawit yg baru berusia 10 tahun, pokok masih Berbuah dan cukup rendah daun daunnya.

Aku selalu berseorangan sama ada untuk bermain dan pulang dari sekolah.
Kerana rumahku bertentang dengan perkampungan disitu aku tiada pilihan selain berjalan berseorangan. Ya bersorangan. Sudah hampir 3 bulan aku menjalani laluan ladang sawit itu. Aku sudah mampu untuk membuat satu tanda ukur hanya untuk menghilangkan bosan dlm perjalanan yg mengambil masa 30-45 minit berjalan laki.

Disini segalanya berubah… Tanpa aku sedar, aku telah didekati satu entiti yg tidak kelihatan… aku tidak sedar kehadiran entiti itu. Cukup untuk aku nyatakan ianya berbentuk keupayaan yang unik. Seperti watak fiksion aku mampu memahami isi kata org sekeliling. Entiti itu dtg dengn niat untuk berkawan dengn aku, tetapi caranya berbeza kerana dia memberi aku kelebihan yg menarik bukan datang menyapa aku seperti manusia biasa.

Aku tidak sedar yg aku ‘memiliki’ kemampuan membaca kata hati insan lain.
Menakutkan bila aku mampu mendengar kata hati orang, samaada Menyembunyikan sesuatu atau merahsiakan sesuatu dari pengetahuan aku. Aku hnya menganggap itu sebuah keseronokan memandangkan Ianya memudahkan urusan kehidupan aku.
Mana tidaknya, kerja sekolah aku tidak dibuat kerana aku boleh meniru jawapan dari rakan sekelas. Aku lincah dalam aktiviti seperti permainan catur. Hebat dalam teka kacang,tepat dalam permainan bertemakan kemahiran.

Keseronokan itu tidak berkekalan, bila aku semakin hilang pertimbangan… aku mula memberontak, aku jadi permarah bila hajat aku tidak ditunaikan oleh ibu bapa aku.Setiap kali aku pulang dari sekolah, aku makan seperti tidak pernah makan…
Teguran ibuku terus aku balas dengn jerit yg melukakan hati ibuku…(maafkan along ibu)…

Bapaku mula perasan yg sifat dan keperibadian aku bertukar secara total.
Lalu tanpa membuang masa bapaku terus merujuk kepada seorang ustaz untuk nasihat dan rawatan jika aku sakit. Maklumlah hospital dan bandar agak jauh sekitar 50km dari rumah. Dengn motosikal usang itu agak sukar untuk membawa aku kepekan dan hospital.

Dalam sesi rawatan itu, ustaz menyatakan aku telah didampingi makluk halus yg aku anggap kawan yg tidak aku sedar sebenarnya makluk halus.aku sebenarnya sangt marah dengn ustaz itu sehingga masa sesi rawatan aku terasa badan aku seperti diikat dengn rantai besi, mulut aku terasa dipenuhi air, kakiku berasa kebas dan diselang seli aku terasa seperti sukar bernafas, menariknya aku Berasa cukup bertenaga dan hebat untuk melawan ustaz.

Rawatan tradisional dan bacaan ayat suci alquran berlansung sehingga malam.aku sedar aku sedang dirawat dan aku ingin dirawat memandangkan aku masih waras walaupun ada kala aku bertindak mengikut emosi memandangkan rawatan dari ustaz itu menyakitkan aku. Ustaz itu berjaya keluarkan mahkluk halus itu dari badanku. Dialog antara ustaz itu dengen entiti itu telah dizahirkan. Kata entiti “aku sukakan budak ini, dia sangat suci dan cukup kuat untuk ikut kehendak aku.”

Ustaz berkata “aku tiada sebab untuk menyakiti engkau kerana engkau makluk Allah tetapi sudh menjadi tanggungjawab aku untuk merawat budak ini, dengn izin Allah aku akan menangkap engkau dan memisahkan engkau dari budak ini ”Balas entiti “engkau boleh memisahkan aku dengan dia, tetapi perlu engkau tahu dia telah berhutang budi dengan aku“. Entiti itu cuba berdolak dalih dengn ustaz itu, sekali gus menentang ustaz yg merawat aku.

Kata ustaz “Tidak hutang antara dia dan engkau hnya kerana engkau memberi kepada dia tanpa dia pohon” Lalu ustaz itu menarik keluar rntiti itu dan dimasukan kedlm botol lalu diarahkan ustaz kepada ayahku untuk dibuang kesungai. Selepas rawatan itu berlalu aku terus terlelap keletihan dan ustaz itu terus panjangkan nasihat pada org tuaku kerana hal begini boleh berulang dan jika tidak dicergah pekara lain akan jadi lebih teruk.

Sejak itu pergi dan pulang aku kesekolah mesti akan dijemput org tuaku. Jika tidak ayah, ibuku yg dtg menjemput aku walaupun ibuku terpaksa belajar menunggu motorsikal hanya untuk pastikan keselamatan aku terjamin. Kini aku telah dewasa seingat aku pengalaman berkawan dengan makluk halus itu sangat menakutkan tanpa kita sedar kita termasuk dlm perangkap mereka. Nasihat aku kepada pembaca, jika anda terasa bosan, carilah hobi atau berkawan dengan org ramai, kerana kita berseorang, kita munkin menjadi sasaran rakan entiti yg menakutkan…

Perkongsian daripada Jamaluddin.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

SIX SENSE

Rahsia Di Sebalik Dinding Hitam (Koleksi Lengkap)