in

Puteri

Okay, ni pengalaman aku masa aku baru masuk universiti 3 semester lepas. Masa tu junior duduk kolej, sekarang aku menyewa kat luar (well basically sb fasiliti yg lagi bagus bila duduk luar, okay bergantung kampus masing²).

Aku dapat bilik kat level 7, sebilik dengan rumet aku kat kampus lama dulu. Kolej kat kampus ni dia lebih kepada style apartment, yg ada 4 bilik dlm setiap rumah, 2orang sebilik.

Aku memang happy lah dpt serumah, sebilik dengan rumet aku tu, yelah gigih aku tunggu dia daftar padahal rumah dia kat negeri yg sama jugak, aku yg sampai dulu, tunggu dia tu yg dapat level atas².

Oleh kerana kami batch pertama yg rasmikan kolej tu, lagi heaven lah, semua serba baru…tapi lif dia hm menyedihkan, kadang rosak, kalau tak rosak dia tak berenti level aku. Seolah² level aku tak wujud je. Selalu, kalau tekan nombor 7, pintu lif stuck tanak bukak sampai sudah. So kena turun kt level 6/8. Kalau balik malam² naik lif sensorang memang menguji keimanan. Aku bukan nak cerita pasal lif, tapi bilik aku.

Bilik aku ni takdelah macam typical bilik seram kat kolej² yang korang selalu dengar tu…takde pape pun, aku yakin lah yg tu sebab aku sentiasa ada kt bilik.

Tapi selama satu sem aku duduk kt bilik tu, ada beberapa kali aku dapat mimpi yang sama. Sebijik. Mula² aku tak fikir apa² pun lah sebab mimpi kan, boleh jadi mainan mimpi, mungkin rekaan fantasi aku sendiri. Sampai lah ada satu hari tu tetiba rumet aku tanya soalan yang agak aneh, sebab tetiba je dia tanya “weh kau pernah tak mimpi pelik² masa tidur kt sini?”

Aku tanya, kenapa ? Aku tak teringat pun nak cakap aku mimpi aku nampak sorang perempuan muda, berpakaian macam puteri, baju dia kaler merah seingat aku, siap ada hiasan kepala yg cucuk sanggul mcm zaman dulu tu, muka dia cantik gila, dia senyum kat aku, tapi dia kat luar tingkap bilik. Dan aku dah kata bilik aku level 7 ! Mana ada koridor kt luar tingkap, mustahil orang boleh berdiri kat luar.

Tingkap yg dia berdiri tu pulak, tingkap rumet aku. Kami memang jenis tidur bukak tingkap even malam, untuk pengudaraan. Rumet aku ni jenis suka selak langsir. So tingkap tu ternganga jelah, tak risau pun sebab orang xboleh pecah masuk, okay kecuali serangga tapi jarang lah binatang masuk.

Kalau aku mimpi pasal dia, mesti mimpi yg sama je, dia still berdiri kat situ tanpa buat apa² pandang aku sambil senyum. Aku pun tak pasti senyuman tu jenis sinis ke manis. Sebab senyuman dia memang lain…

Rumet aku kata saja lah dia tanya kot aku pun mimpi mcm dia. Dia kata dia mimpi perempuan tua. Aku tak ingat details dia. Lepastu baru aku teringat mimpi aku, so cerita lah pasal perempuan yg aku mimpi tu. Yang best nya hari yg dia tanya aku tu, malam before tu dia mimpi perempuan tua tu and aku mimpi perempuan yg macam puteri tu.

Sampai sekarang ni we have no idea of what reason behind those dreams. Yang pasti dedua perempuan tu tak pernah sentuh kami, diorang cuma duduk dendiam situ. Aku curious jugak junior yg duduk bilik aku tu dapat mimpi tu tak ?

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tingkap

Cermin