in

Pusat Perangian

Orang kata, jangan berani sangat, dan jangan takut sangat. Macam tu lah aku. Jadi aku pegang kata-kata tu. Aku tak tahu sama ada cerita ini seram atau tidak, tapi aku tetap nak share dengan korang.

Hi, aku Sein . Apa yang aku nak cerita terjadi baru-baru ini. Aku ditugaskan untuk satu task di kawasan peranginan popular di Negeri Sembilan.

Event tu berlangsung dua minggu. Tapi aku dan kawan aku ditugaskan untuk permulaan dan penghujung saja. Dua hari awal aku cuma berdua dan stay satu malam. Penghujung, aku stay tiga hari dua malam dengan tiga lagi kawan aku.

Tempat yang aku stay ni tepi pantai. Konsep apartment, satu apartment tu ada dua bilik. Apa yang aku tahu, beberapa tahun lepas, ada guest mati dalam bilik di tingkat bawah (tak ada kaitan kot dengan cerita aku).

Masa permulaan stay, aku tak diganggu apa2. Cuma kawan aku yang acah2 nak tidur lambat di ganggu dengan bunyi almari diangkat, makin lama makin dekat dan ada kelibat. Terus dia berlari masuk bilik dan tidur! Manakala, Alhamdulillah, aku dah tidur dengan lena. Settle part first.

Second part, bila aku datang semula untuk bertugas di penghujung event tu, aku stay dua malam kan? . Malam first.. Jeng jeng jeng…

Aku cuba lelapkan mata seawal jam 12am. Entah kenapa, susah betul nak lelap. Kawan aku dah siap berdengkur kat ruang tamu. Biadap betul dia. Ketika aku hampir2 nak lelap, sreettt… sreeettt… (bunyi almari or kerusi rotan diseret).

Ah sudah! Dia buat hal pulak kat tingkat atas. Aku tau tingkat atas takde penghuni waktu tu sebab memang kami je yang ada dan beberapa bilik lain yang juga rakan sepejabat aku stay kat tingkat bawah. Tak cukup bunyi almari, bunyi tapak kaki pulak berlegar-legar atas bilik aku ni. Ah lantak lah korang. Jangan muncul depan aku sudah! Pfttt.. aku pun lelap.

Malam kedua. Lepas habis tugasan waktu dah hampir 11 malam. Aku lepak kejap dengan kawan2 lain sebab aku saja nak rasa betul2 mengantuk (senang balik terus tido). Lepak sampai pukul 2.30 pagi. Balik bilik, aku terus lelap.

Takkk.. itu baru permulaan ya. Tap! Aku terjaga dalam jam 4 pagi macam tu. Dalam hati aku, ahhh sudahhh! Memang aku sorang jelaa terjaga. Katil aku mengadap tingkap, aku toleh kanan nampak ruang tamu sebab pintu bilik aku tak tutup.

Katil aku mengadap tingkap kan? Aku masih di katil termangu-mangu sendirian mengenang nasib apa yang akan jadi kat aku kalau aku masih tak dapat lelapkan mata.

Choiii!!! Mulut memang macam puaka. Tiba aku dengar suara budak2 kat luar tingkap (apartment aku tingkat dua) macam tengah bermain2 riang gitu. Jadah nya kau waktu2 macam ni nak bersuka ria. Dalam hati aku dah *#%\^{+{^]^{+~%%}+.

Tiba-tiba…

Satu lembaga hitam, muka tak jelas, muncul kat depan muka aku (aku masih berbaring atas katil). Kau bayangkan kau baring, dia muncul dari atas kepala kau belah kiri. Dalam beberapa saat jer. Celaka kau! (Dalam hati je ni).

Apa yang aku yakin, lembaga tu macam budak lelaki, tak besar sangat, tak kecik sangat. Dalam masa sama aku bersyukur tak de laaa nampak muka hodoh ke apa. Dia muncul depan muka aku tu jaraknya ala2 kalau aku sepak kepala dia, kena juga laa.. dan dia hilang.

Tiba-tiba aku rasa kena tarik dari belah kanan, aku jatuh dari katil, dan dia terus tarik aku keluar bilik sampai kat depan pintu tandas. Aku dah meronta2 masa tu. Aku cuba jerit, tapi suara macam tak lepas. Susah nak perincikan rasa tu macam mana. Surah ke ayat2 apa semua aku dah tak ingat.

Papp! Tiba2 dia lepaskan aku, dan aku ada kat katil semula! Astaghfirullahalazim! Dada aku rasa nak pecah. Takut tu semacam. Aku bukak phone aku. Tengok jam, 4.38 pagi. Masuk Whatsapp dari mak aku. (First time mak aku Whatsapp aku. Sebab dia tak reti guna pun sebelum ni).

Aku tengok mesej tu send 4.29 pagi. Dalam hati aku, ehh, mak aku tak tidur ke? Aku bukak, mak aku send ayat2 alQuran dan zikir! Jam 4.29 pagi! Aku anggarkan waktu yang sama aku ‘kena’ tu.

Sampi sudah aku tahan mata, trauma nak tidur, takut apa2 jadi kat aku lagi. Sampai ke pagi, aku dengar kawan aku bilik sebelah dah bangun nak pergi breakfast, baru aku cuba lelap semula.

Seram? Ya. Takut? Ya. Aku harap aku mimpi jer. Aku pun tak tahu apa yang jadi kat aku sebenarnya. Cuma satu jer yang buat aku terfikir2. Kuatnya naluri ibu! Macam tahu-tahu je anak dia dalam kesusahan…

Okay, dah habis.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tandas di Tingkat Tiga

Bayangan Mahupun Ilusi.