in ,

Puaka Kebun Kelapa Sawit (Part 1)

Assalamualaikum wbt. Saya berasal dari Kuala Selangor. Hari ni saya ingin menceritakan kisah yang menyeramkan yang berlaku di kampung saya. Kisah ini adalah kisah benar yang berlaku pada sepupu saya atau jiran saya kerana di dekat dgn rumah saya. Sebenarnya rumah saya ni dikelilingi oleh kebun kelapa sawit yang tebal. Nenek saya pernah menyatakan yang kebun kelapa sawit ni ada penunggu jadi nenek kami melanggar kami bermain di situ terutama waktu senja. Jadi dari situ lah bermula lah kisah seram yg mula menghantui keluarga sepupu saya.

Ingin saya mengatakan bahawa kisah ni tidak lah menyeramkan sangat…

Selepas tamat tempoh persekolahan sesi petang, ibu ku membawa aku pulang ke rumah. Sesampainya aku ke rumah..aku melihat kebun kelapa sawit itu di rata kan oleh jentera tolak….. kawasan di kebun kelapa sawit itu sudah hampir separuh di rata kan. Aku pun berasa pelik kenapa kawasan kebun itu diratakan apabila aq bertanya kepada ibu ku yg sebenarnya kawasan itu mahu di jadi kan kawasan perumahan. Jadi aku pun rasa gembira lah nampaknya dapat lah aq kawan  baru nanti.

Keesokan harinya, aq melihat kawasan di kebun kelapa sawit itu hampir dirata. Waktu petang nya aq melihat adik dan sepupu² ku bermain di kawasan yg sudah di rata. Kelihatan seperti mereka seronok sangat bermain di atas pokok yg sudah jatuh ke tanah itu. Waktu berganti waktu, tanpa aq sedar yang waktu sudah hampir senja. Aku lekas memanggil adik beradik ku pulang ke rumah. Sewaktu aq sedang jalan pulang ke rumah aq dapat merasakan nya ada seseorang yg mengikut pulang ke rumah. Meremang bulu roma aku. Sebelum aku masuk ke dalam rumah membasuh kaki dan membaca Ayatul Qursi. Waktu malam menjelma.,sewaktu aku pulang dari rumah ustazah  yang  mengajar aku mengaji Al-Quran yang aku teringat kata-kata nenekku yang mengatakan kawasan kebun tersebut berpuaka. Di dalam hati aku berdoa agar sepupu aku di lindungi oleh Allah  SWT dari penunggu di kebun tu.

Sementara di rumah sepupu ku…

Jam sudah menunjukkan pukul 12:30 malam sepupu dan adik beradiknya yg lain masih sedang bermain di belakang rumah. Waktu tu  pakcik aku sedang membuat kerja pembuatan perabot di bengkel nya dan mak cik ku membuat kuih raya sempena hari raya Aidilfitri yang akan tiba. Mereka seronok bermain basikal buruk yang masih di boleh guna kan di belakang rumah mereka.

“Mira, jom naik basikal ni dgn angah, seronok tau” kata Angah kakak yg kedua.

“Yeah, seronoknya ” kata Mira adik yang terakhir.

Mereka masih leka bermain sambil menyanyi tapi mereka tak perasan nya ada sesuatu yang sedang tumpang  bermalam di belakang basikal tua tu kerana rumah mereka musnah untuk dijadi sebagai tapak perumahan itu.

 Bersambung…

Perkongsian daripada Siti Z.

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Written by Siti Zakiah

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Diganggu Nenek Kebayan

Cu…Nak Lagi?