in

Pontianak Pendek (Budak)

Hai! Assalam, saya Wan. Cerita ni kisah benar dari pengalaman yg saya lalui di condominium rumah sendiri.

Kejadian 1:

Semua ahli keluarga dah tidur. Saya tidur lambat sbb tengok TV sampai lewat malam. Nak masuk bilik kena tutup semua lampu. Dlm pukul 2 macam tu, saya tersedar dari tidur di katil. Saya bangun nak selimut la kaki semua. Badan x bangun cuma tarik selimut selubung gitu ja. Adik sebelah tidur mati, abg pun sama tidur belah atas tidur mati. Tiba² saya ternampak lembaga rambut hitam tebal jalan. Saya jenguk benda tu cover² ngan selimut muka saya. Benda tu terus jalan masuk ke dlm bilik. Depan sikit ada almari barang² mainan saya dan adik². Kat pintu almari tu ada saya lekat pelekat ayat Qursi. Bila benda tu sampai situ. Saya nampak dia mcam toleh belakang tepat ke arah saya. Saya terus selubung ketakutan & x henti baca surah² yg saya hafal.

Kejadian 2:

Time tu form 3 (2013).  Waktu tu sekolah pagi. Kena bangun sebelum subuh. Sebelum azan dah mandi selalu. Sebab nak tunggu bas kat rumah teres bawah takut lambat. Tapi, suatu hari ni aura lain macam. Semua sunyi ja selalu mak saya pun keluar kejut subuh tapi hari tu mak saya x keluar mungkin penat. Waktu tu saya nak ambil tuala mandi, terdengar bunyi benda tu makin lama makin kuat menangis. Orang kampung ada kata, “kalau makin kuat benda tu jauh, kalau perlahan benda tu dekat”.Bila saya buka tingkap bilik saya tempak benda tu bertenggek bawah lampu parking kereta yg malap. Meremang menggeletar terus saya time tu. Dah la sunyi pergi sorang² nak tunggu bas pagi² tu. Duit belanja mak saya dah letak siap² atas almari. Saya pergi je lah terus x nak kacau mak yg penat.

Pesanan saya, benda ni wujud cuma kita jangan tunjuk kita berani sangat / celupar. Semua tempat mana² memang ada cuma kita nampak atau tak ja. Jangan jauhkan diri dari Allah S.W.T.. Insya-Allah hilang benda tu.

Perkongsian daripada Wan.

What do you think?

Written by Syazwan Khair

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lebuh Raya Puaka

Bakar