in

Pontianak

Ni cerita waktu aku budak-budak.Sering kali aku dan sepupu-sepupu aku dihidangkan dengan cerita seram keluarga kami.Begini ceritanya;

Mak Uda baru selesai beranak pada tengah malam di rumah keluarga penulis dikampung.Memandangkan waktu itu tiada lagi perkhidmatan kesihatan moden secara meluas,maka cara konvensional berbidan dilakukan.Syukurlah semuanya selamat.Atuk kemudian menemani bidan pulang.Maka tinggallah Nenek,Mak Long Tik,Mak Uda dan anaknya yang baru lahir serta adik beradik mereka yang masih kecil.

Maka kemudian Mak Long Tik mengutip kain-kain berdarah waktu bersalin tadi untuk dibasuh.Memandangkan gelap diluar,maka Mak Long Tik bercadang membasuh pada pagi nanti.Kain-kain berdarah tersebut diletak saja diatas lantai bilik air diluar rumah.Setelah memastikan keperluan Mak Uda selesai,Mak Long Tik pun masuk tidur.

Tidak berapa lama kemudian,seisi rumah terjaga oleh kerana anak Mak Uda yang baru dilahirkan menangis tiba-tiba.Raungannya seperti dalam kesakitan.Nenek berasa hairan.Lalu ditanya pada Mak Long Tik sudah dibasuh kah kain-kain berdarah tadi,sebaik mengetahui masih belum berbasuh dan ditinggalkan dibilik air,Nenek memarahi Mak Long Tik dan menyuruhnya membawa naik kain-kain tersebut.

Entah macam mana Mak Long Tik terasa berat hati untuk turun ke bilik air.Melalui lubang kecil dibalik dapur,Mak Long Tik menjengah ke kawasan bilik air.

Melalui lubang tersebut,Mak Long Tik melihat seseorang berpakaian kain putih terbongkok-bongkok dibilik air.Lagaknya seperti sedang memakan sesuatu dengan tangannya mengambil sesuatu dari lantai bilik air.Kain-kain berdarah.

Nenek merapati Mak Long Tik.Sebaik mengetahui daripada Mak Long Tik apa yang dilihat,Nenek tahu orang yang diintai itu bukan manusia.Oleh kerana Atuk masih belum pulang,seisi rumah cuma bertahan didalam saja dan mendiamkan diri sambil membaca ayat-ayat suci.

Bila hari sudah terang,dan Atok sudah pulang.Nenek turun kebilik air.Dilihatnya kain-kain darah bersalin tadi koyak rabak.Kesan-kesan darah tidak kelihatan.Nenek pasti apa yang diintai malam tadi adalah pontianak.

Sejak itu,Nenek lebih berhati-hati dalam menguruskan setiap kelahiran dirumahnya.Mak Long Tik juga serik dan kesal kerana kecuaiannya telah mengundang pontianak……menghisap sisa darah bersalin.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Hantu Menangis

Kisah Misteri Pemandu Teksi