in

Pontianak Di Rumah Keningau

Ceritanya begini, sebelum itu saya ingin perkenalkan nama, nama saya geoffery jim,

Apa yang saya ingin kongsikan ini adalah cerita yang 100% benar termasuk penampakan bukan secara maya tentang hantu pontianak ini.

Pada msa itu umur saya baru 15 tahun, iaitu tingkatan 3, dan saya sedang menghadapi peperiksaan PMR.

Malam itu saya belajar pada pukul 10 malam, dan selesai sekejap pada jam 11.30 malam.

Saya bercadang untuk rehat sekejap di bangku belajar. Tanpa sadar saya terlelap sehingga jam 12.30 malam. Pada ketika ini saya ingin bangun, bagi menyambung balik revision saya. 

Dan detik ini mula cemas apabila saya cuba untuk bangun tapi badan saya kejang atau jem. Hanya mata saya dapat buka, dan terkejutnya saya apabila melihat sesosok tubuh perempuan bergaun putih sedang berhadapan dengan saya. Pontianak ini duduk di atas meja belajar saya, dan rambutnya panjang hingga ke lantai. Rambut nya menutupi mukanya.

Yang sempat saya rasa sekitar 30 saat, adalah rambutnya menyentuh kaki saya, dan gaun nya menyentuh lutut saya. Saya hanpir menangis dalam kekejangan itu, akhir nya saya memaksa untuk menutup mata, sambil begegar saya berdoa.

Akhirnya selama lebih kurang 2 minit berdoa, saya cuba sintak badan saya, dan berjaya, tapi pontianak itu sudah pun terbang menghilang.

Saya bergegas memberitahu keluarga saya tentang hal itu.

Dari kejadian tu saya mula mempercayai hantu memang benar2 wujud di dunia kita. Mereka boleh jadi benar dan menghilang seperti kain dalam masa yang sama.
Huhuhu sekian
Geoffery dari keningau sabah

Perkongsian daripada Geoffery.

What do you think?

Written by Geoffer jim

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kisah Saya Di Kampung

Pagar