in

Pokok Pisang

Saya ingin berkongsi cerita pendek tentang pengalaman ibu saya ketika ia masih muda. Ibu saya boleh dikatakan seorang yang pemberani dan jarang takut dengan benda-benda seperti *hantu* tapi kejadian ini betul-betul telah mencabar keberaniannya.Sebelum saya bermula kisah ini , sebelah rumah ibu saya terdapat beberapa pokok pisang yang di tanam oleh nenek saya.

Kisah ini bermula ketika ibu saya ingin menyambut hari jadi kawannya. Pada petang itu , ibu saya bersiap-siap untuk pergi ke majlis hari jadi kawannya.Setelah semuanya selesai ibu saya terus berangkat tanpa berlengah-lengah lagi kerana takut terlambat ke majlis hari jadi kawannya.

Sampai sahaja di tempat yang dituju , ibu saya disapa oleh kawannya.
    “Kau ni ribut birthday girl pon datang lagi awal dari kau” kata salah satu kawannya.
(Kawan-kawannya memanggilnya ribut,mana tidaknya dia seorang yang banyak cakap dan peramah)
     “Alah! Kau tahu kan aku kalau bersiap” balas ibu saya sambil tersenyum.
Malam berlangsung tanpa mereka sadari kerana terlampau seronok bersama kawan-kawan.

Jam 12:49 minit.

Ibu saya melihat jam ditangan sudah menunjukkan pukul dua belas lebih. Dia mengambil keputusan untuk pulang kerana sudah terlampau lewat .
   “Weh!! Jom lah balik dah pukul berapa ni” ajak ibu saya.
   “Haahlah!! Dah pukul satu lebih ni” balas salah satu kawannya.
Ibu saya tidak berlengah lagi dia terus pulang.

Tiba sahaja depan rumah , ibu saya terus ke pintu rumah.Sewaktu ingin menuju ke pintu rumah sekilas dimatanya seperti terlihat sesuatu lembaga berhampiran dengan pokok pisang itu. Tetapi dia cuba untuk bersangka baik . Tiba sahaja di depan pintu lembaga itu terlihat lebih jelas wanita berbaju putih lusuh, berambut panjang sehingga penutupi muka. Lembaga tersebut menunduk kebawah,yang lebih menyeramkan lagi lembaga itu meniti di atas daun pisang tanpa menggerakkan posisi daun pisang tersebut.

(Jarak pokok pisang itu dari pintu rumah kira-kira 2 meter)

Bertapa takutnya ibu saya waktu itu hanya ALLAH  sahaja yang tahu. Tidak berfikir panjang lagi dia terus mengetuk pintu sekuat hati sambil berkata;
   “Mak! Mak! Mak!…..buka pintu mak!”
Ketika ketuk pintu ibu saya masih lagi melihat kearah lembaga itu masih berada di posisinya. Selang beberapa minit nenek saya membuka pintu. Ibu saya terus masuk ke rumah lalu terduduk kerana terlampau takut.Semetara itu, nenek saya menutup pintu lalu bertanya;
  “Kau kenapa ni?”
Ibu saya diam dan terus menuju ke arah biliknya.

Keesokkan harinya ibu saya bangun lalu terus pergi melihat pokok pisang tersebut. Dia terfikir-fikir tentang kejadian semalam memang benar-benar menyeramkan dan lembaga apa yang dia lihat semalam.

Sebelum saya mengakihiri cerita ini ibu saya pernah berkata kepada saya yang dia boleh melihat atau merasa keberadaan mahkluk halus dari kecil tetapi pengalaman ini lain dari yang lain. Baru pertama kali ini dia ternampak mahkluk itu dengan begitu jelas.

ITU SAHAJA DARI SAYA TENTANG MISTERI LEMBAGA DI POKOK PISANG.

Perkongsian daripada NorAini.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kisah Aku Dirumahku

Siapa Yang Masuk