in ,

Pocong

Assalamualaikum. Saya kenalkan diri saya sebagai Scott. Saya ingin ceritakan kisah seram saya dulu semasa saya remaja berumur 17 tahun. Dulu saya seorang yang nakal dan suka mengusik orang dengan menyamar hantu sejak dari umur saya 14 tahun. Semasa saya sekolah agama berasrama penuh di suatu tempat pedalaman (sekolah pondok), bila tiba malam dan tiba masanya waktu ulangkaji pelajaran, kami ada masa bebas untuk mengulangkaji tetapi saya dan beberapa orang kawan merancang membuat kacau di tempat lapangan yang mempunyai kerusi dan meja yang sering digunakan oleh pelajar perempuan untuk mengulangkaji. Dengan itu saya mengambil cadar putih di asrama kami dan kawan-kawan saya membalut saya sehinggakan menyerupai pocong. Setelah siap membalut, saya segera turun ke tempat lapangan tersebut dan mula mengusik pelajar perempuan sambil melompat-lompat. Kesemua pelajar perempuan yang nampak saya terus lari lintang pukang masuk ke asrama perempuan sambil menangis. Saya terus bergegas balik ke asrama lelaki. Dan dari situ la dorang sering terkena histeria. Hendak dijadikan cerita masa itu saya memang tidak percaya dengan kewujudan hantu.Setelah saya berumur 17 tahun keluarga saya berpindah ke kuaters kerajaan dan dalam masa yang sama saya juga berpindah sekolah biasa iaitu sekolah kebangsaan. Selang beberapa bulan selepas itu saya mula rapat dengan jiran-jiran saya yang sebaya dengan saya. Kami sekepala dan mula terfikir mahu mengusik sekumpulan penari yang sering menggunakan dewan di perumahan tersebut. Perkara yang sama juga berlaku sepertimana di sekolah saya dulu. Sehinggakan mereka berkeliaran pulang dan mengadu pada ibubapa mereka. Tetapi kami terus pulang dan buat-buat tidak tahu akan kejadian tersebut. Keesokannya kami buat lagi tetapi bukan kepada penduduk-penduduk kuaters tersebut, tetapi pada orang awam yang lalu lalang di depan pagar kuaters. Kami memulakan usikan seperti biasa dengan membalut badan saya dengan kain putih dan mengusik orang awam yang lalu lalang di jalan tersebut. Pada malam itu juga,kami melihat ada sebuah motosikal yang ingin lalu di sana dan saya terus melompat dekat dengan bahu jalan. Setelah penunggang motosikal tersebut nampak saya terus penunggang tersebut hilang kawalan dan hampir jatuh sambil teriak ketakutan. Itu lah kali terakhir saya mengusik orang. Mahu dijadikan cerita lagi, kadang-kadang kawan saya akan datang kerumah saya dan mengetuk tingkap rumah untuk mengajak merokok. Kebiasaannya pada pukul 1 pagi. Rumah saya dua tingkat. Oleh kerana saya tidak mahu berkongsi bilik dengan adik saya, saya buat keputusan tidur di bilik bawah berseorangan. Ada suatu malam tingkap saya diketuk dan bila saya buka tiada orang. Saya fikirkan kawan saya bergurau. Bila saya tutup semula tingkap bunyi lagi ketukan. Bila saya buka tiada orang juga. Terus saya warning, “Weh.. jangan main-main ahh aku tumbuk karang”. Tapi masih juga tiada orang. Terus naik bulu roma saya secara tiba-tiba. Saya tutup tingkap dan baring mengadap almari pakaian yang ada cermin. Tiba-tiba pintu almari tu terbuka sendiri. Almari tersebut tidak akan dapat di buka kalau tidak pusingkan kunci yang memang ada disana. Terus saya ambil selimut dan terus tidur. Beberapa hari kemudian, pada hari sabtu jiran saya mengajak saya lepak di rumah kawan dengan menaiki motosikalnya. Saya mengikut dia menaiki motosikalnya. Dalam perjalan ke sana, semasa menaiki bukit dan suasana keliling kami cuma hutan tiba-tiba tayar motor pancit. Kami terpaksa menolak motosikal itu menaiki bukit tersebut. Pada mulanya giliran kawan saya menolak. Dan bila tiba masa saya pula yang menolak motosikal tersebut. Kawan saya sudah berada di depan lebih kurang 50 meter jarak kami kerana dia tiada bebanan jadi saya ketinggalan dibelakang. Tiba-tiba masa saya tolak motosikal, banyak bunyi anjing menyalak kiri dan kanan. Perasaan saya mula rasa lain. Tiba-tiba bulu roma saya meremang dan saya menoleh ke kiri, Ya Allah kelibat sosok pocong betul-betul dekat dengan saya dalam jarak 5-10kaki sahaja. Saya terus membaca ayat-ayat suci yang saya ingat sambil mata saya tidak putus melihat pocong tersebut. Memang jelas kelihatan sosok pocong itu dengan kainnya putih kotor muka hitam seakan-akan tengkorak dan berulat. Pocong tersebut melihat tepat ke arah saya sampai saya jauh pun masih melihat saya dengan memusingkan badannya. Setelah saya rasa agak jauh dari pocong tersebut terus saya membuka langkah dan lari ke arah kawan saya sambil menolak motor. Setiba saya di rumah kawan, saya menceritakan pengalaman saya yang berlaku tadi. Selepas itu saya mengalami demam panas selama seminggu. Dan selepas itu juga saya mula percaya kewujudan hantu iaitu jelmaan jin. Sejak saya bekerja dan berpindah ke Sabah sehingga ke hari ini. Saya menubuhkan team paranormal iaitu Pemburu Mistik. Sekian sahaja pengalaman yang dapat saya kongsikan bersama. Terima kasih Ekram. Assalamualaikum.

Perkongsian daripada Scott.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kejadian (Part 1)

Gangguan Cik Cong