in

Pocong Face To Face

Kisah yang kedua terjadi pada diri aku sendiri, aku adalah pelajar last semester aku tinggal di blok 2. Dulu aku tinggal aras 1, jadi senior aku dah habis semester aku kena naik aras 3 dan aras bawah  untuk pelajar semester 1. Senior aku cakap aras ni ada langsuir sebab selalu bunyi orang berjalan atas bumbung. Aku ini jenis tak percaya sangat daripada mulut orang, dia kena berlaku depan aku sendiri baru aku percaya.

Aku ni jenis berani sedikit bukan lebih-lebih tau hahahahah. Nak tahu kebenaran. Aku ni jenis suka buang air kecil pada lewat malam iaitu 3-4 am aku tak suka kejutkan kawan-kawan aku yang sedang tidur, aku ni jenis pergi sorang-sorang. Pada mulanya aku bangun terus tengok kawan aku tidur nyenyak (dalam bilik aku ni ada 6 orang). Aku terus bangun dan keluar pintu belakang. Antara bilik aku dengan tandas tak la jauh sangat, bilik aku hujung sekali dan tandas betul-betul di tengah. Tandas aku agak luas depan bilik mandi dan belakang sekali adalah tandas dan tempat basuhan, so aku pun masuk buat-buat bodoh. Setelah selesai aku rasa macam ada orang ekori aku dari belakang aku, aku toleh tiada orang pun, aku pun teruskan perjalanan. Sekali lagi aku rasa ada orang berjalan dibelakang aku. Aku slow-slow toleh mata bukan kepala nampak la sosok hitam yang agak besar yang sedang tengok aku. Aku pun apa lagi cepat-cepat masuk bilik terus tido.

Pada hari-hari seterusnya, jam menunjukkan 3:40am. Aku tersedar, aku tengok semua kawan-kawan aku tidur aku pun terus tidur balik. Selepas itu, aku pun tersedar sekali lagi aku buka mata secara perlahan-lahan dan aku tengok ada sesosok putih berdiri di depan aku di bucu katil aku, time tu mata aku kabur biasa la bangun kali kedua agak susah buka mata. Aku pun cuba tengok dengan baik keadaan agak gelap hanya nampak lampu jalan dibawah sahaja. Aku cuba tengok dari bawah masa tu, mata aku dah okey sedikit slow-slow kepala aku toleh keatas tengok siapa yang berdiri depan aku ni. Selepas tu sampai la dekat muka dia, aku zoom sedikit mata aku focus betul-betul lama juga time tu aku tenung dia sampai satu tahap semakin jelas mukanya masyaallah, hanya Allah jer yang tahu perasaan aku. Mukanya hitam berulat (Pocong) aku pun terus tutup selimut satu muka. Aku slow-slow buka selimut tengok keadaan balik dia terus hilang, kawan-kawan aku tidur dengan lenanya. Aku tengok jam menunjukkan jam 4 lebih. Aku pun terus baca ayat kursi tidur balik sampai ker subuh. Itu la yang berlaku depan diri aku sendiri.

Perkongsian Daripada Hafiz.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Asramaku Berhantu

Ada Orang Tak?