in

Pocong Di Dalam Rumah Mak Tok

Hye assalamualaikum kepada semua pembaca. Okay cerita ni terjadi sekitar aku berumur 10 tahun tak silap. Selepas kematian tok wan ku.

Pada malam Jumaat iaitu hari khamis, aku dan sekeluarga ingin ke pusat bandar untuk membeli barangan dapur. Kami menyiapkan diri sementara aku yang sudah menyiapkan diri menunggu ahli keluarga lain yang sedang bersiap. Pada masa itu waktu maghrib. Ko bayangkanlah nak keluar gi pusat bandar waktu maghrib memang time dia lahai🥴. Masa tu aku ada di luar rumah sedang bermain kucing dan masa tu juga mak aku suruh aku mengambil kasutnya yang tertinggal di belakang rumah. Aku pun gi la ambil. Sebelum aku gi ambil tu, aku terperasan dekat tingkap mak tok aku terdapat sosok tubuh manusia yang berdiri di dalam rumah mak tok aku disebalik kain langsir. Lagi pun rumah aku dengan rumah mak tok aku ni sebelah menyebelah ja so memang nampak lah apa yang diorang buat dalam rumah tu. So aku tak endahkan lagi dengan identiti tu. Aku gi ambil kasut tu dan aku pandang balik memang ada sosok tubuh tu tapi tak hilang-hilang. Lama aku perhatikan bahunya elok macam manusia. Aku perhatikan lagi dari bawah ke atas dan Allahuakbarr lintang pukang aku lari. Tengok-tengok kat atas kepala dia tu diikat elok rupanya macam gula-gula bungkus. Sah memang pocong elok lah sambil memperhatikan aku yang sedang usya dia padahal dia dah usya aku lama dah aku yang tak perasan🤣. Pastu aku sempat membaca ayatul kursi tapi terabur lah jawabnya. Aku baca dalam tiga kali alhamdulillah benda tu hilang dan aku biarkan saja lagipon aku ni jenis senang nampak benda. Dulu aku macam manusia biasa yang tak boleh lihat kewujudan makhluk halus ni tapi setelah tok wan aku meninggal. Hijab aku terbuka dan mudah melihat. Ini adalah kali pertama aku melihat identiti tersebut, itu yang takut sangat.

Dalam seminggu macam tu aku ceritakan kepada family aku tapi seorang pun tak nak percaya just cousin aku yang besar-besar percaya dan aku memesan kepada mereka agar berhati-hati lah dalam menjaga perkataan dan jangan seronok sangat sebab dia sedang memperhatikan tapi aku tak pasti la sosok pocong tu siapakah iya.

Sekian terima kasih. assalamualaikum daripada Bella Iman.

Perkongsian daripada Bella Iman.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Diganggu Nenek Kebayan

Kawan Aku