in

Pisau Jadi Berus Gigi

Yang ni kisah dari sebuah asrama sekolah agama yang berlainan, kisah dari kawan aku bernama Aisah. Orangnya baik dan sangat bersifat ‘Nur Kasih’. Menurut cerita kawan aku dan aku imbas kembali dari ingatan yang samar, kisah tu bermula dari seorang pompuan yang nak ke tandas untuk bersihkan muka dan gosok gigi sebelum tidur. Kawan sebilik dia kata kejap lagi dia ikut ke tandas. Maka pompuan tu pun pergi la ke tandas. Bila dia keluar dari tandas, dia nampak ada kawan dia khusyuk gosok gigi. Dia pun menyapa, “ai, kau gosok gigi lagi cepat dari aku” dengan nada bergurau. Tanpa menyedari apa2, dia pun bercerita itu ini dengan bahagia dan gembira hendaknya…sampai la dia perasan blood dripping kat lantai. Perlahan-lahan, dia follow up tengok blood tu datangnya dari mana, dan akhirnya dia perasan kawan dia tengah gosok gigi guna pisau. So, dia pun kata (sambil berzikir bayangkan tasbih)… “ah, aku nak balik bilik dulu lah…”. Dia tahu itu bukan kawan dia.

Tapi, bila pompuan tu dah niat nak angkat kaki, pompuan yang tengah blood dripping pun berkata, “kau dah tahu aku siapa kan?”. Apa lagi, pompuan tu pun cabut lari!

Actually, kisah pisau jadi berus gigi ni femes kat asrama sekolah, kecuali sekolah aku. Sekolah aku ada cerita lain.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kak Ponti Datang Menziarah

Siapa? (Part 1)