in

Permainan Baby Blue

Assalamualaikum, Nama saya Man(bukan nama sebenar). Kisah ini berlaku ketika saya masih lagi di sekolah rendah. Kisah ini terjadi apabila rakan-rakan saya melihat challenge yg dinamakan baby blue diinternet. Mereka bercadang untuk menyeru makhluk jin dengan bermain permainan tersebut. Saya xnak lah ceritakan cara permainan ini dilakukan takut-takut ada orang yang terikut-ikut. Betullah orang kata, buat sesuatu akan ada padahnya. Sejak dari hari itu sekolah kami kerap diganggu. Awalnya ada seorang murid perempuan dari sekolah saya yang pertama terkena gangguan. Setelah habis rehat, kaki beliau keras seolah-olah tidak dapat bergerak. Katanya beliau ternampak susuk tubuh seorang lembaga hitam di penjuru dewan. Beliau meluru ke kelas sebaik sahaja ternampak susuk tubuh itu. Disitulah beliau terasa kaki beliau kaku dan tidak dapat bergerak.

Tapi kisah tidak berhenti di situ sahaja. Saya sendiri telah terkena gangguan ini setelah saya juga nampak susuk tubuh yang hitam dan berambut panjang dihadapan kelas ketika waktu pelajaran sedang berlangsung. Tiba-tiba kepala saya menjadi berat seakan-akan ditolak dengan kuat. Rakan-rakan saya hairan, begitu juga dengan cikgu saya yang menanyakan adakah saya sihat. Saya tidak menjawab kerana kepala saya sangat sakit ketika itu. Kebetulan saya memegang pensel ketika itu. Saya menulis di atas kertas untuk memberi ‘signal’ bahawa saya tidak boleh mengangkat kepala. Cikgu saya terkejut. Lalu memanggil ustaz untuk menolong saya. Kelas saya beramai-ramai membaca ayat kursi dan yasin di dalam kelas. Alhamdulillah atas izin Allah saya boleh mengangkat semula kepala saya.

Keesokan harinya sekolah kami membaca yasin secara beramai-ramai di dewan sekolah. Alhamdulillah setakat itu sahaja gangguan yang berlaku di sekolah kami.

Mintak maaf kalau ucapan kusah ni terlalu panjang atau tidak menakutkan. Sekian dari saya.

Perkongsian daripada Imran.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kisah Seram Hospital

Kisah Seram Lebuh Raya Ke Segamat