in

Perjalananku Dengan Ilmu Ghaib (Episod 1- Permulaan Melihat Alam Ghaib)

Assalamualaikum, ini adalah kisah benar kehidupanku.

 Pada malam raya saya dan 2 sepupu saya sedang bermain meriam tanah. Kira-kira dalam berapa minit bermain saya terlihat bapa saya yang tidak berbaju hanya memakai kain pelekat, berjalan ke arah parit dihadapan halaman rumah kampung kami. Saya pun tegur bapa saya, ‘Abah pergi mana tu?’. 2 sepupu saya pun terlihat bapa saya lalu mereka turut memanggil, ‘ucu pergi mana?’. Kami pun pergi kearah bapa saya, tiba-tiba bapa saya tidak kelihatan. Kami pun pelik dan masing-masing tertanya sesama sendiri. Dalam perjalanan untuk pulang kerumah, saya tergerak hati untuk menoleh kembali kearah parit. Dengan tidak sengaja saya terlihat lembaga hitam merupai seperti harimau hitam di sebatang pokok pisang sebalah parit, saya pun buat tidak endah dan terus balik. Walaupun hati masih takut dan tertanya adakaha apa yang aku lihat itu adalah perasaan atau sekadar bayangan pohon.

  Sebelum masuk ke rumah kami disuruh cuci tangan dan kaki, yela baru main tanah. Selepas itu kami terus masuk kerumah dan menonton tv bersama-sama keluarga. Tidak lama kemudian terasa angin kuat masuk kerumah, dan saya trus bertanya kepada bapa saya. ‘Abah tadi keluar pergi mana?’. Bapa saya pun menjawab ‘Eh mana ada abah keluar tadi, semua kat dalam rumah tengok tv jer tadi’. Selepas je dengar bapa saya cakap macam tu, saya dan sepupu dah mula takut. Tiba kami semua terdengar sepupu kami yang tidur di tingkat atas menjerit. ‘aaaaaa’. Semua pakcik makcik sepupu naik atas dengan pantas, dan melihat sepupu yang menjerit telah dirasuk. Pakcik terus tangkap dan angkat sepupu turun ke bawah, sambil berzikir dan membaca ayat alquran. Sepupu terus meracau dan meracau sambil berkata, ‘lepaskan aku, aku nak dia’. masing-masing tanya ‘kau nak siapa? ‘.

    Dalam beberapa minit menahan, tiba-tiba salah seorang sepupu tumbang. Pakcik terus cakap ‘semua jangan lemah semangat dan terus membaca’. Sepupu yang tumbang itu tiba-tiba mengeluarkan kata ‘aku nak dia kau siapa yang dia?’. Masing-masing memandang sesama sendiri dan bertanya dia nak siapa. Pakcik terus telefon ustaz datang. Beberapa minit ustaz datang dan mulakan soal jawab. Rupanya makhluk itu dihantar oleh seorang yang suka pada sepupu perempuan kami. Yang penatnya makhluk tersebut berpindah badan dengan sepupu lemah semangat membuat ustaz susah ingin halau. Sewaktu proses menghalau rumah agak kucar kacir dengan tingkap dan pintu terbuka sendiri. Proses mengambil masa 30minit juga. Alhamdulillah keluarga selamat tanpa ada yang terluka, selepas je selesai kami yang main meriam dimarah sebab tak reti duduk rumah. Sejak itu saya dapat melihat dan merasa makhluk halus tanpa sedar.

 Insyallah saya akan update cerita seterusnya.

Ini adalah kisah benar bukan rekaan.

Perkongsian dari Afiz.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pengalaman Semasa Pergi Bercuti

Siapa Yang Lari?