in

Perempuan Kampung Sourabaya

Ini kisah hot masa aku masih sekolah, zaman Form 1-2 macam tu. Masa tu heboh kisah pompuan dari Kampung Sourabaya. Kampung Sourabaya ni bukannya terletak kat Surabaya, Indonesia. Kampung ni kira kampung terkenal kat Kuching, seangkatan dengan Kampung Boyan, Gersik, Panglima Seman, Semarang, Bintawa etc. Jadi, kisah tu bermula dari kisah lelaki yang balik lewat malam naik motosikal lalu kat area Jalan Malindo (dulu jalan situ sempit, roundabout pun tak besar, tol pun belum wujud). Kat area tu, ada la pompuan mintak tumpang naik ke Kampung Sourabaya. Ramai lelaki yang terpedaya, jadi ramai yang kasi tumpang. Sampai je kat kampung tu, pompuan tu akan ghaib. Waktu malam diorang tak perasan sangat tapi bila siang, baru la diorang perasan kat satu area tanjung tu terletaknya tanah perkuburan Islam.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bunyi Orang Mandi Dalam Bilik Air

Kak Ponti Datang Menziarah