in

Perempuan Berpakaian Putih

Hai Bro Ekram. Nama saya Farrel Rousel ataupun Yei Gator, nama samaran saya. Saya berasal dari Serian, Sarawak. Saya ingin berkongsikan kisah seram saya.

Kisah ini berlaku ketika aku masih berumur 15 tahun, aku masih di tingkatan tiga. Macam biasalah, ketika itu bulan Jun dan tidak lama lagi aku akan menduduki peperiksaan PT3. Pada malam itu, entah kenapa aku rasa rajin jak hendak belajar sampai lewat malam. Biasanya, aku akan mengulang Kaji dari pukul 8 sehingga pukul 9 malam sahaja.Tapi tak apalah, lagipun kerja rumah aku waktu itu boleh dikatakan banyak juga. Aku mula duduk di meja belajar pada pukul 8 malam. Meja belajar aku ini terletak di bahagian belakang ruang tamu kami. Aku merancang hendak menyiapkan kerja rumah terlebih dahulu sebelum memulakan sesi mengulang kaji. Pada mulanya, keadaan rumah masih riuh rendah kedengaran kerana ahli keluarga aku yang lain sedang menonton buletin di televisyen ketika itu. Kira-kira dalam pukul 9:30 malam, semua ahli keluarga aku sudah masuk tidur. Mereka penat bekerja barangkali, kata aku di dalam hati. Keadaan di rumah memang sunyi. Aku pun meneruskan menyiapkan kerja rumah aku.
Sesudah aku menyiapkan kerja rumah aku, aku pun mula mengulangkaji pelajaran aku. Tiba tiba, (gongg gonggg bunyi jam dinding)…laaa, terkejut aku..ingatkan apa, bunyi loceng jam padahal. Hahaha aku gelak dalam hati. Dalam pukul 12:00, sesudah selesai semua perkara, aku menggeliat dan duduk sekejap. Tidak lama kemudian, tiba tiba aku terdengar bunyi sesuatu sedang mengetuk tingkap yang berada di sebelah kiri aku. Mula mulanya, aku membiarkan Sahaja bunyi tersebut. Tidak lama selepas itu, aku terdengar bunyi ketukan tersebut semakin kuat. Dengan perasaan marah, ingin Sahaja aku membuka tingkap dan menengking orang yang mengetuk ngetuk tingkap rumah aku. Tetapi…niat aku terhenti, apabila aku terjeling ke arah tingkap tersebut. Aku terlihat bayang bayang satu susuk tubuh yang berada di luar tingkap. “siapa tu yang kacau rumah orang malam malam macam ni?” Kata aku dalam hati.
Aku segera Bangun dan bergerak menuju ke Arah tingkap untuk melihat siapa sebenarnya yang berada di luar. Sambil aku berkata “siapa tu?”, aku perlahan-lahan membuka tingkap takut takut itu adalah orang jahat. Apabila tingkap sudah terbuka, tiada sesiapa pun yang berada di luar rumah…”arghh biarlah, orang gila tu yang kacau orang malam malam”. Namun, apa yang membuatkan aku terkejut, apabila aku menutup tingkap, aku terlihat semula bayang bayang tadi. Apabila aku membuka tingkap, tiada orang pun di luar. Kira kira dua kali aku menutup dan membuka tingkap, kali ke-tiga aku membuka,…alangkah terkejutnya aku bila aku melihat suatu makhluk yang menyerupai seorang perempuan berpakaian putih sedang berdiri di situ dengan wajah yang sangat menakutkan. Dalam beberapa saat aku kaku, makhluk tadi tiba tiba mengangkat kepala nya dan melihat ke Arah aku dengan matanya yang Merah menyala.
Aku sangat terkejut, lalu aku pun menutup tingkap tersebut, lalu berlari naik ke tingkat dua rumah aku untuk masuk ke bilik tidur. Aku membiarkan lampu ruang tamu terbuka sehingga ke pagi. Keesokan harinya, aku demam selama beberapa hari akibat terlalu terkejut. Pada hari yang sama, aku menceritakan segalanya kepada keluarga aku. Kemudian, mereka memutuskan untuk menabur garam di sekeliling kawasan rumah. Ini bertujuan untuk memagari rumah daripada menjadi tempat persinggahan makhluk makhluk halus. Sejak dari hari itu, aku tidak lagi mengalami atau ternampak benda benda pelik di sekitar rumah kami.

Terima kasih Bro Ekram dan Kupi Kupi Go. Kalau ada apa apa tentang penyiaran kisah saya ini, boleh bagi pemberitahuan kepada saya melalui alamat email ini ya. Terima kasih bro Ekram dan Kupi Kupi Go.

Perkongsian Daripada Farrel.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Rumah Baru

Dusun Durian