in

Penyewa Rumah Puaka

Ada kata pepatah, jangan nilai buku dengan muka depan, orang putih cakap don’t judge the book by its cover. Hemmph…kata pepatah ni ada kaitan dengan kisah aku pada harini, Entah macamana aku tertipu dengan seorang hamba tuhan yang bertopengkan agama, tapi sebenarnya hipokrit! Mungkin zaman sekarang ni bukan benda yang ganjil lagi, di depan Nampak baik, tapi di belakang perangai mengalahkan iblis….tak kisahlah agama apa sekalipun mesti ada orang2 yang macam ni….kan….

Kisah yang aku ceritakan ni berlaku semasa aku mula mula bekerja di bandar tahun 2002 dahulu, masa dapat kerja tu aku happy gila, aku dari kampung jadi kalau dapat kerja di bandar kena cari tempat tinggal.

Jawatan yang aku dapat pun boleh tahan, jadi mengizinkan aku untuk menyewa sebuah rumah teres. Rumah teres ni pun aku dapat murah, sebab rekaan rumah ni outdated, tapi aku tak kisah sangat yang penting ada rumah….

Aku jumpa rumah ni pun dari seorang rakan sekampung aku juga, umur dia adalah dalam 38 39 tahun macamtu….dari luaran kalau tengok dia ni memang Nampak alim, dari segi pertuturan, gaya hidup dia orang kata ada persis2 imam la senang cerita….rumah yang aku sewa tu rumah dia, dia hidup di bandar ni dengan anak bini dia, tapi katanya diorang baru berpindah ke rumah lain jadi tak ada masalah kalau dia sewakan dengan aku…

Dipendekkan cerita, aku pun berpindah masuklah aku ke sana….rumah tu ada tiga bilik, dua tandas, satu dapur dan bilik stor, rumah ni pula di Kawasan taman perumahan yang terpencil….kenapa terpencil sebab Kawasan perumahan ni jauh sikit dari bandar, jadi banyak lagi rumah teres kosong yang lain, rumah teres tempat aku menyewa ni di bahagian sudut ataupun corner jadi ada Kawasan tanah lapang kalau nak bercucuk tanam ka apa ka….

Tuan rumah tu aku panggil lan singkatan untuk azlan, sebelum dia menyerahkan kunci rumah dengan aku dia cakap dia akan keluar outstation selama seminggu, ada beberapa benda yang dia perlu buat di rumah tu, tapi buat sementara ni dia benarkan aku untuk berpindah masuk.

Hari pertama, masatu senja, aku memutuskan untuk mengemaskan rumah. Aku angkat barang2 aku masuk ke dalam dan tengok2 kawasan sekliling. Sambil2 aku kemas2 barang di dalam rumah aku jeling2 juga ke luar, ke Kawasan lapang tu…suram….entahlah mungkin Kawasan perumahan ni memang suram pun….ada satu benda yang menarik perhatian aku, satu bonggolan di semak di belakang rumah…bonggolan yang ditutup dengan kain…kata aku dalam hati nanti lah masa aku kemaskan di luar aku tengok apa benda tu…

Masa aku sedang mengemas aku cuba tengok satu2 bilik di rumah tu, aku tinggal seorang tapi tiga bilik. Bua tapa aku bilik banyak2 kan.

 jadi niat aku untuk menyewakan bilik yang lain ni jadi aku kena semak lah kalau bilik2 ni ok semua…satu satu aku tengok di dalam rumah sampailah ke bilik terakhir yang terletak di bahagian belakang rumah, aku perasan lan tak ada bagi kunci bilik ni, aduhh….jadi tak dapat tengok bilik belakang tu, aku kena telefon lan, tak apa esok pagi aku telefon dia….

Dari senja berganti malam, aku yang penat mengemas tadi masuk tidur, Dalam pukul 2 macamtu aku terbangung, aku dengar ada bunyi orang mencangkul tanah di luar,

*Sound Effect*

Awal2 tu aku abaikan ja, yalah dalam keadaan sedar tak sedar tu aku cuba tidur semula, tapi aku perasan yang bunyi orang mencangkul tu, aku dengar dari belakang rumah, bunyi tu bergerak, perlahan lahan bunyi tu bergerak ke depan, sampailah dia bergerak lagi betul2 di depan tingkap bilik aku. Masatu aku dah bukak mata tapi aku tak bergerak lagi sbeab aku cuba dengar bunyi cangkulan tu, apa yang membuatkan aku panik masatu dari bunyi cangkulan di tanah, dia bergerak mencangkul semen konkrit di depan rumah aku di dekat garaj, bunyi tu bergerak, bergerak, bergerak sampailah betul2 di depan pintu masuk aku.

Aku masa tu dah bangun dan aku memang pasti benda tu memang ada, aku takt ahu hantu ka orang ka yang penting bunyi tu memang aku dengar, aku berdiri dan azan sekuat kuat hati aku,

*Azan*

Lepas aku azan barulah benda tu hilang.

Aku bukak lampu bilik aku dan mainkan surah yasin di telefon aku sampailah aku tetidur…. Tadi jadi pukul 2 pagi, pukul 230 pagi aku terbangun lagi, kali ni aku terbangun sebab surah yasin tu masih lagi bermain di telefon aku, kata aku tak apalah mungkin benda tadi tu dah hilang aku ambil telefon aku dan cuba matikan surah yasin tu…

Yang ni lagi pelik….bila aku cek telefon aku rupanya dah habis bateri….aku tengok betul2, iya memang telefon dah habis bateri, tapi yang pelik aku masih lagi dengar surah yasin…ada orang yang tengah baca surah yasin….dari dalam rumah ni!

Mahu ataupun tidak aku kena periksa, sebab aku dengar dari dalam rumah ni….aku bukak pintu dan tengok ke ruang tamu, taka da orang, makin aku cuba cari dari mana surah yasin tu semakin dekat aku dengan bilik terakhir di belakang tu….aku dengar orang baca surah yasin dari dalam bilik tu…tapi apa yang pelik bacaan surah yasin yang diorang baca tu tak betul….aku boleh kenal sikit ayat2 surah yasin itulah aku tahu….sekali lagi aku azan sekuat hati aku dan suara tu hilang….

Malam tu aku ambil wuduk dan sampai pagi aku baca surah yasin, mujurlah lepastu taka da apa2 yang jadi.

Keesokan paginya aku cuba telefon azlan, aku nak dia jelaskan apa sebenarnya yang ada di rumah ni, kenapa tak sampai sehari ja aku berpindah masuk ke sini banyak benda2 pelik yang jadi!

*Nombor yang anda dail*

Azlan tak dapat dihubungi, aku masatu dah panas gila, yalah dia sewakan rumah berhantu dengan aku kenapa, aku tekad untuk buka pintu di belakang tu, aku ambil tukul dan pecahkan pintu, bila pintu terbuka bau busuk keluar dari bilik tu, dan yang paling menyeramkan ada tubuh seorang wanita yang tergantung di tengah tengah bilik, rambutnya Panjang memakai baju tidur, tubuh badannya sudah buruk dan busuk,

Aku bergegas keluar dari situ ambil kunci rumah dan meluru ke pintu depan, aku buka pintu dan benda pertama yang aku Nampak ialah bonggolan ditutupi dengan kain putih yang aku Nampak di belakang rumah sekarang betul2 di depan pintu rumah aku, aku beranikan diri tengok apa disebalik kain putih tu dan itu juga adalah mayat, tapi mayat seorang budak…

HAA!

Aku menjerit, aku tutup semula kain berlari keluar, masuk ke dalam kereta dan telefon pihak polis….

*Siren*

Siasatan telah dilakukan, kedua dua mayat yang ditemui sudah seminggu meninggal….identiti kedua dua mayat disahkan sebagai isteri dan anak azlan….beberapa hari selepas itu azlan telah ditangkap dan siasatan mendapati dia yang membunuh anak dan isterinya sendiri…hanya disebabkan untuk Bersama sama dengan perempuan lain…dia sanggup untuk membunuh ahli keluarga sendiri….

Untuk aku pula, aku cari tempat lain untuk tinggal, kadang aku rasa besyukur juga sebab malam pertama aku sudah terima cabaran macam tu, bayangkan kalau aku tinggal seminggu di situ…

Untuk Azlan pula, dia telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup….

What do you think?

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kisah Seram Bilik Bernombor 4

Ibu