in ,

Penyesalan Aku

Cerita ini sedikit ringkasan tentang 1 cerpen hidupku ketika tinggal di rumah flat pprt titingan keluarga ku di Sabah. Rumah itu hanya ada kami berempat, mak, ayah, adik dan aku. Segalanya bermula dibilik aku, bertahun jugalah aku tak pernah sekalipun tidur dibilik aku tu disebabkan gangguan. Bila ditanya ayah dan mak aku hanya jwb benda yg sama “aku suka tidur di sofa sbb selesa”. Padahal itu cumalah alasan sebab aku tak nak dipanggil penakut oleh Ayah dan takut ditertawakannya sbb aku ni besar dan tinggi sepatutnya aku ni berani.

Keberanianku selalu tercabar dan aku selalu kalah, sampaikan aku berubah jadi seorang yg betul” penakut. Setiap kali aku cuba tuk tidur didalam bilik itu, jiwaku seakan akan berada diluar bilik sedangkan tubuhku terbaring diatas katil. Aku seakan akan dipaksa keluar, gangguan” seperti cermin tingkap digores sesuatu, tingkap bilik aku dilontarkan batu” kecil dan bayangan hitam besar lalu diluar tingkap aku sdgkan rumah aku berada di tingkat 1.

Rasa resah, jiwa kacau dan rasa nak mengamuk tu sentiasa ada ketika aku berada dlm bilik itu diwaktu mlm. Aku jadi penakut, terlalu banyak gangguan dan bermacam” cara aku diganggu. Lampu bilik aku bermain on dan off sendiri, pintu bilik aku diketuk dgn kuat dan laju sdgkan bila aku check tak ada org yg ketuk pintu tu. Paling teruk aku pernah kena apabila aku tengah cuba lagi buat sekian kali untuk gagahkan diri tidur didalam bilik tu,tiba”…Aku seperti hilang graviti terangkat ke udara dan tersembam ke pintu bilik seperti ada sesuatu yg tersangatlah kuat mengangkat dan menghumbanku dari katil.

Perasaan ku dah bercampur baur ketika itu, takut yg amat sangat, terkejut nak mampus dan marah mcm nak gila sebab keliru dan aku sempat teriak “kau kenapa setan?” Dan bermacam” lagi carutan masa tu…tiba” pintu aku diketuk dan mcm biasalah tiada siapa yg ada diluar, aku pun terus ke bilik ayah dan mak. Kejut dorg bangun berkali” tapi tak jg bangun”, adik aku pun sama…Ingat lagi ada org pernah ckp “ada jenis gangguan ni, biar kau ada kwn kat sebelah tidur dan kau tampar sekalipun takkan bangun kalau benda tu nak”, mcm tu lah yg aku rasa masa tu..Aku pun putuskan untuk tidur sahaja mcm biasa di sofa.

Hmmm…Gangguan tu berterusan sampaikan aku diruang tamu pun pernah dengar katil tu seperti ada org melompat” dan tingkap dilontar batu. Aku paling tak suka bila dia ketuk pintu aduhai, ketukannya laju dan kuat semacam dan yg aku paling pelik kenapa aku saja yg sedar? Kenapa mak, ayah atau adik tak pernah dengar benda tu? adeh…So suatu hari tu akuu terserempak dengan seorang pakcik pengawal keselamatan yg paling lama bertugas disitu, aku pun ambillah kesempatan cerita benda tu dan tanya dia dan mcm biasalah jawapannya mesti tak best.

Dia kata dulu masa flat tu belum ada penduduk dia akan nampak betul” dibawah bilik aku tu ada seorg perempuan tinggi berambut serabai panjang kelantai, berjubah putih kekuningan dan berwajah hitam sama seperti yg makcik jiran sebelah rumah aku cerita…Aku pun makin down dan rasa nak surrender nak stay dlm bilik tu lagi, yalah mungkin itu kawasannya dan dia marah aku duduk ditempatnya…So aku mengambil keputusan untuk cerita semuanya dgn ayah dan mak, dorg pun suruh aku tukar bilik dgn dorg dan itulah 1 penyesalan terbesar dlm hidup aku. Kalau aku tahu apa yg bakal terjadi, aku takkan pernah buka cerita tu dgn dorg atau takkan pernah setuju untuk bertukar bilik.

Malam pertama dorg tidur dibilik itu, baru sahaja beberapa jam ayah yg bangun untuk solat subuh dikejutkan dgn keadaan mak aku yg terbujur separuh sedar dgn mulutnya yg berbuih terkena strok dan separuh badannya disebelah kiri tak bergerak. Aku mcm tak percaya dan aku rasa menyesal yg amat sangat dgn apa yg jadi dgn mak aku…Selepas kejadian itu ayah aku larang aku tidur mlm dibilik itu, dia pun buat kenduri doa selamat dan selalu solat dibilik itu beserta bacaan” bagi meminta pertolongan dan perlindungan yg maha kuasa.

Selepas itu tiada lagi kejadian” ngeri atau gangguan” yg mcm sebelumnya tapi aku pernah bermimpi dan aku tak tahu apa maksud mimpiku itu. Aku selalu mimpi ada 1 perempuan tua senyum dgn aku dan berlalu pergi, selalu jgklah aku mimpi benda tu tapi aku lupakan sahaja dan tak pernah cerita dgn sesiapa. Selepas beberapa tahun aku merantau ke semenanjung dan aku balik Sabah untuk merayakan Aidiladha aku tidur dibilik itu mcm sebelumnya dah tiada gangguan tetapi aku bermimpi sekali lagi perempuan tua itu senyum dan tiba” hilang…hmmm aku harap itu mimpi yg terakhir dan tiada lagi gangguan dgn keluargaku…sepanjang taip cerita ni bulu roma always on merinding tegak, aku harap cukuplah itu pengalaman aku yg terakhir…aamiin

Perkongsian dari Bang Din

What do you think?

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Dah Ingat ke Dah Tahu?!

Misteri Jalan Gerik Baling