in

Penyambut Tetamu

Assalamualaikum, nama aku L bukan nama sebenar. Kali ni aku nak kongsikan kisah seram yang berlaku di rumah aku sendiri. Kisah ni bukan la berlaku pada aku dan hanyalah diceritakan kepada aku. Sesuai dengan tajuk cerita, kisah ni berlaku pada tetamu-tetamu rumah aku.

Kenapa aku panggil penyambut tetamu? Sebab boleh dikatakan setiap tetamu yang datang rumah aku mesti disambut “mereka”. Kisah ni berlaku pada zaman aku masih pelajar diploma. Aku bawa 3 orang kawan kolej aku balik ke kampung aku iaitu rumah aku la.

Kawan-kawan aku ni 2 orang dari Sabah dan seorang lagi orang Selangor. Kolej kami di Kelantan. Rumah aku antara yang paling dekat dengan kolej kalau nak dibandingkan dengan rumah mereka. Disebabkan itulah mereka ikut aku bercuti hujung minggu di rumah aku.

Aku namakan mereka sebagai Nina, Ifa dan Tini (bukan nama sebenar). Dirumah, aku tempatkan Ifa dan Tini di bilik kakak aku, memandangkan kakak aku masih di universiti. Manakala Nina tidur sebilik dengan aku di bilik aku. Ditengah antara bilik kakak aku dan bilik aku ni ada ruang tamu family.

Pada hari pertama, semuanya baik saja. Pada keesokkan harinya, pagi-pagi lagi kami sekeluarga bersama kawan-kawan aku keluar untuk berkelah. Siap mengangkat semua barang kami pun masuk ke kereta untuk ke tapak perkelahan. Tapi pada masa tu, Tini paling lambat keluar dari rumah aku. Masa ni la Tini diganggu.

Kisah yang diceritakan Tini.

Tini masuk kebilik aku untuk mengambil handphone dia. Pada ketika itu, pintu rumah dan tingkap semua telah ditutup. Dan keadaan rumah aku agak gelap kalau semua tertutup walaupun waktu pagi. Waktu Tini melangkah keluar dari bilik aku, dia ternampak sosok tubuh seorang wanita serba hitam seakan Ifa masuk ke bilik kakak aku, iaitu bilik Tini dan Ifa tidur. Tini pun memanggil nama Ifa beberapa kali tapi tak disahut.

Tini fikirkan itu Ifa kerana pada hari itu, Ifa juga memakai baju serba hitam. Kerana memikirkan itu Ifa, Tini mengikut langkah Ifa masuk ke bilik kakak aku. Alangkah terkejutnya Tini apabila tiada kelibat sesiapa pun di dalam bilik itu. Hanya Tini seorang saja. Tanpa membuang masa, Tini lekas keluar dari rumah dan mendapati kami semua diluar termasuklah Ifa. Tini hanya berdiam dan menceritakan kisah ini apabila kami sudah pulang ke kolej.

Berkaitan kisah tetamu lain, kebanyakkannya hanyalah gangguan suara di dapur, suara orang bersembang dan berjalan. Tak begitu seram untuk aku kongsikan. Aku ada satu lagi kisah yang menyeramkan bagi aku tentang penyambut tetamu, tapi aku akan ceritakan di lain masa.

Perkongsian daripada L.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tepi Rumah Berhantu

Study Lewat Malam Kat Asrama