in

Penyambut Tetamu (Part 2)

Assalamualaikum, nama aku L bukan nama sebenar. Cerita pada kali ni yang nak aku kongsikan, masih tentang ‘penyambut tetamu’ di rumah aku. Kali ni tetamu adalah kawan kepada abang aku. Peristiwa ni lama dah berlaku, zaman sekolah lagi. Kawan abang, Hanif(bukan nama sebenar), ikut abang aku balik bercuti hujung minggu di rumah kami.

Bilik abang aku ni ada satu katil saja, itu pun single bed. Jadi Hanif ni tidur di bawah beralaskan toto. Di tepi katil ada satu meja study yang membelakangkan katil. Sedang mereka nyenyak tidur malam tu, tiba-tiba Hanif terjaga kerana terdengar satu bunyi hentakan yang agak kuat. DUM! DUM! DUM! Bunyi hentakan itu seakan dekat dengan Hanif. Kerana perasaan ingin tahu Hanif terlalu kuat, Hanif memberanikan diri untuk membuka mata. Perlahan-lahan Hanif membuka mata dan pandangan dia kini tepat ke arah meja study.

Dalam kegelapan bilik tidur tu, Hanif dapat melihat dengan jelas, ada satu susuk tubuh yang hitam sedang duduk di kerusi meja study abang aku. Susuk hitam itu hanya duduk membelakangkan Hanif sambil menghayunkan kakinya menghentak dinding. DUM! DUM! DUM! Hanif hanya mampu berusaha tenangkan diri dan tidur semula. Untuk keluar dari bilik tu, meja study terlalu dekat dengan pintu. Memang tak la Hanif nak melintasi ‘benda’ tu.  Keesokan harinya, Hanif ceritakan kisah ini pada abang aku dan itulah kali pertama dan terakhir dia bermalam di rumah kami.

Perkongsian daripada L.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Budak Perempuan Di Waktu Malam

Siapa Harimau Itu?