in

Pengikut Tanpa Kepala

Aslm gais . Nama aku Nurul Aina . Aku berasal dari Pulau Pinang , Malaysia . Sapa orang Penang mesti tahu satu muzium ni yang bernama Muzium Perang . Aku akan kongsi sikit tentang sejarah muzium lama ni . Ringkasannya , muzium ini dulu kem british semasa perang dunia ke-2 tetapi sudah diambil alih oleh tentera jepun . So , tahu-tahu lah sendiri mesti ada kisah seram sebab muzium tu terang-terangan pernah berlaku pertumpahan darah . So , sekarang jom fokus balik apa sebernanya kisah yang aku ingin sampaikan ini . Suatu hari , aku dan keluarga aku ( ibu dan bapa) ingin pergi cari makan makanan laut (seafood) so habis kami selesai makan , kami pun nak balik lah . Tiba-tiba bapa aku berkata “apa kata kita pergi ke muzium perang kat batu maung untuk melawat ” aku pun seronok lah sebab tak pernah pergi lagi . Tetapi pada masa yang sama mak aku ni tak berapa sihat sebab demam . Tanpa buang masa bapa aku terus pandu kereta ke sana . Aku dan mak aku ikut je lah . Sampai je di sana semuanya dalam keadaan yang biasa dan terkawal sahaja . Kami pun beli lah tiket . Nak dipendekkan cerita memang best lah . Tapi , korang ingat tak tadi aku ada kata yang mak aku demam . So , orang tua-tua kata “benda” tu suka kat orang yang dalam keadaan yang lemah . Balik je daripada muzium tu terus aku seterika baju sebab esok nak sekolah dah . Pada hari yang kemudian , aku pergi sekolah macam biasa sahaja . Habis sekolah aku balik lah kerumah dengan mak aku . Tapi haritu aku rasa tak sedap hati dan aku perasan yang mak aku pucat dan tak bercakap dengan aku langsung . Aku diam je lah sebab tak mau ganggu mak aku . Aku cuba think positive mungkin mak aku letih sebab baru balik dari sekolah . Lupa nak bagitau mak aku ni seorang cikgu di sekolah rendah . So , mungkin penat sebab baru habis ajar anak-anak murid . So , nak pendekakkan cerita lagi . Aku dan mak aku ada di rumah . Bapa aku belum pulang dari kerja lagi . So , kalau korang tau masa maghrib kan ada drama pukul 7.00 kat TV3 so masa tu mak ngn aku tengah tengok TV lah sementara nak tunggu masuk maghrib . Selepas itu , azan pun terus berkumandang dan aku ingin bangun dari sofa lah sebab nak pergi ambil wuduk nak solat . Tiba-tiba aku perasan mak aku tutup telinga dia sambil menjerit-jerit . Macam tak mahu dengar azan . Mak aku pun macam meronta-ronta . Aku pun apa lagi lari sambil mencapai handphone di sofa lah . Aku terus keluar dari rumah sebab takut . Aku cepat-cepat menghubungi bapa aku supaya balik dengan segera . Masa tu aku kecil lagi so nak baca ayat-kursi pun tak tau lagi . Lepas tu , bapa aku pun datang dengan ustaz dekat surau bawah rumah aku . Ustaz tu baca surah-surah ayat suci al-quran and mak aku pun kembali dalam keadaan yang normal . Lepas sahaja ustaz tu balik . Aku dan bapa aku pun segera tanya mak aku apa yang berlaku . Mak aku cerita yang ada “benda” ikut dia . Mak aku terus cerita “masa kat sekolah tadi mak nak pergi beli nasi kat kantin sebab lapar masa rehat . Masa pergi tu mak cik kantin tanya kat mak suatu benda yang ganjil . Mak cik kantin tu tanya yang mak ada pergi mana-mana ka hari minggu ? Mak pun jawab lah tak dak pergi mana cuma semalam ada pergi ke muzium perang . Mak cik kantin bagitau mak yang sebernanya ada “benda tanpa kepala” ikut mak dari belakang . Mak cik tu kata macam hantu jepun . Mak pun terus gelisah dan risau lah . Tapi mak cik kantin bagi air zam zam kat mak dan mak dah minum tapi tak sangka jadi macam ni juga” . Aku dan bapa aku terus terdiam dan saling pandang muka sama sendiri . So , berdasarkan cerita ni korang faham-faham lah apa benda yang ikut mak aku tu . SO ITU SAJALAH CERITA AKU UNTUK HARINI DAN KORANG BOLEH JADIKAN CERITA NI SEBAGAI MORAL…SO ASLM BYE .

Perkongsian Daripada Nurul Aina.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Misteri Jalan Dari Kota Kinabalu Ke Tambunan

Jangan Tidur Lewat