in

Pengalaman Terbuka Hijab

Nama aku Rosell dan ini ialah kisah aku pertama kali terbuka hijab bermula dari tahun 2015 dan masa tu aku berumur 10 tahun.

Waktu pertama kali terbuka hijab, aku berada dekat kampung aku di Perak. Aku tidur di sebuah bilik di rumah nenek aku dengan sepupu aku. Kami tidur melintang di katil jadi boleh muatkan 3 orang. Aku tidur di hujung katil.

Lebih kurang pukul 3-4 macam tu, aku terbangun sebab terdengar bunyi besi katil macam ada yang main. Aku pandang kanan, sepupu aku yang lain masih tidur di bawah. Aku pandang kiri, sepupu aku yang lain pun sedang tidur di sebelah aku.

Tapi bila aku tengok besi kepala katil, aku nampak ada seorang perempuan mencangkung diatasnya dan sedang memandang aku tajam. Kepalanya bergerak gerak.

Kuku kaki dan tangan dia panjang dan hitam. Mukanya putih merekah dan agak kehitaman. Mata dia hitam dan sekelilingnya berdarah. Mulut dia tiada. Nak dikatakan dia agak serupa dengan hantu perempuan dalam cerita Alif Dalam 7 Dimensi.

Masa tu aku mamai dan aku tak tahu apa yang jadi. Aku pandang dia balik dan terus tidur semula. Masa tu aku mengantuk sangat dan aku malas layan benda macam tu dan aku rasa tidur lagi penting.

Esoknya baru aku perasan apa benda yang aku nampak malam tu. Aku tahu aku tak mimpi aku sedar masa tu. Aku memang senang terbangun malam. Aku rahsiakan perkara ni dari sesiapa. Yang peliknya aku langsung tak takut walaupun masa tu aku masih kecil.

Sejak malam tu, aku makin nampak benda yang tak sepatutnya aku tak boleh nampak. Ada satu hari masa aku umur 13 tahun, aku sedang bersiap sorang sorang dekat bilik sepupu aku dan tinggal jarum selendang aku je lagi. Nak pergi mana aku tak ingat.

Aku rasa macam ada orang sedang perhatikan aku dari pintu jadi aku toleh ke tepi dan aku nampak adik sepupu aku yang berumur 4 tahun tengah renung aku. Aku tak kisahkan sangat dan pandamg cermin semula.

Tak sempat satu saat aku perasan aku sesuatu yang pelik. Aku pandang semula ke pintu dan kelibat adik sepupu aku sah hilang. Macam kena bawa angin.

Apa yang peliknya ialah aku perasan dia dalam keadaan basah kuyup dan dia ada tuala putih dia pegang mengelilingi kepala dia. Dia separuh tunduk dan renung aku marah.

Macam mana di boleh basah kuyup walhal masa tu kami dah nak keluar? Nak kata jatuh kolam kami tak ada kolam sebab aku juga perasan mata dia merah dan seluruh badan dia pucat terutama muka macam baru lepas lemas.

Masa tu aku takut sikit sebab muka dia sebiji macam adik sepupi aku. Tinggi bentuk badan, rupa dan baju yang adik sepupu aku ada semua sama kecuali rambut dia panjang sedikit dari adik sepupu aku.

Aku? Aku tak tunggu lama. Aku cepat cepat jarumkan selendang aku dan terus ambil beg aku dan turun ke bawah. Dah lah aku sorang sorang dekat tingkat tu.

Pengalaman terakhir yang aku nak cerita pula masa aku ke sekolah. Masa tu tak ada sesiapa lagi yang tahu aku boleh nampak benda ghaib. Tak la selalu aku nampak. On off on off je.

Aku sidang pagi masa tu jadia aku selalu pergi awal sebab mak aku kerja. Masa tu tak ada murid lagi kat sekolah. Gelap gila macam malam. Aku pergi ke kelas aku dekat blok paling belakang dan seperti yang aku tahu, aku yang pertama masuk ke dalam blok tu.

Aku cadang nak tidur dalam kelas sebab masih awal. Jadi aku tak buka mana mana lampu sebab aku tak suka cahaya. Aku lebih suka gelap. Mana mana lampu yang pak guard buka aku tutup. Sampai lah kelas aku dekat tingkat tiga, tingkat teratas.

Aku buka kunci kelas dan aku menuju ke meja aku. Masa tu aku nampak melalui tiang lampu dekat belakang blok aku je. Itu pun samar samar. Masa aku nak pergi meja aku, ada lembaga hitam lalu tepi aku. Laju. Aku terhenti dan toleh kebelakang tapi kosong. Aku dah mula tak sedap hati.

Sekali lagi ada benda lalu tepi aku tapi dari arah lain. Aku dah mula tahu yang benda tu nak ajak aku main jadi aku terus letak beg aku, ambil kerusi dan duduk dekat luar.

Kau nak aku duduk kat dalam je? Tempah bala wei, silap silap aku kena histeria. Jadi aku dengan sabar nya tunggu kawan aku yang lain datang.

Lebih kurang 10 minit lepas tu, kawan baik aku datang. Nama panggilan dia Nana. Dia tanya aku kenapa aku duduk kat luar. Aku tahu yang Nana ni memang boleh nampak benda ghaib selalu jadi aku suruh dia tengok kat dalam kalau ada apa apa.

Nana jenguk la dari pintu dan dia cakap ada 4 ekor kat dalam. Aku angguk dan terus ajak dia masuk dalam. Ada Nana ni selamat sikit sebab dia tahu la juga cara menghalau sebab ayah dia pakar perubatan islam dan ustaz. Apa apa jadi dia boleh tolong.

30 minit lepastu, kitorang turun perhimpunan. Masa tu aku rasa penar gila macam nak pengsan. Nana hilang entah kemana. Berapa minit berdiri masa perhimpunan aku dah nak pengsan. Aku dah tak tahan dan terus pergi dekat Nana.

Nana pelik kenapa tiba tiba aku datang dekat dia sebab aku pengawas jadi aku patutnya dekat belakang. Aku bisik tanya dia ada benda ke belakang aku dan Nana terus pandang atas.

Dia angguk dan terus ajak aku acah pergi tandas padahal kitoramg pergi kelas. Bahu aku sumpah berat gila jadi aku tanya dia apa yang duduk atas aku.

Nana jawab, ada seorang nenek tua bertenggek dekat bahu kiri aku dan ada banyak makhluk bertenggek dekat bahu yang lagi satu. Masa tu baru aku sedar yang aku baru hari pertama datang bulan. Nana terus halau benda tu dan lepas berapa minit alhamdulillah benda tu lari.

Buat masa ni itu je la pengalaman seram dan pengalaman aku terbuka hijab. Dan sampai sekarang masih tak ada sesiapa yang tahu aku boleh nampak.

-Rosell-

What do you think?

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pengalaman Menaiki Gunung Ledang

Dah Ingat ke Dah Tahu?!