in

Pengalaman Semasa Pergi Bercuti

Hai guys, hari nie aku nak share cerita tentang pengalaman aku pergi family trip. Disamping itu, ini merupakan kisah yang kedua yang telah aku share. Ok time pergi family trip kami ada 14 orang iaitu parents & sibling ayah aku & cousin-cousin aku. Kami bercuti selama seminggu (nama tempat dirahsiakan). Ok aku mulakan cerita aku semasa kami semua baru tiba di tempat penginapan. Kitorang sewa sebuah rumah yang besar. Rumah tu ada 4 bilik dan 2 tandas. Ruang dapur pun bole tahan besar jugak lah. Ok cousin perempuan aku ada 5 orang termasuk aku so macam biasa lh perempuan kan selalu nya yang paling excited so kitorang pun masing-masing sibuk nak check-check setiap sudut rumah tu.

HARI KEDUA
So ini merupakan hari kedua kitorang menginap dekat rumah tu. Mula-mula kitorang semua ok jer. Takde jugak benda pelik-pelik berlaku tapi masuk jer hari kedua nie kitorang baru sedar yang dalam rumah tu sebenar nya ada 1 lagi bilik extra so makna nya ada 5 bilik dekat dalam rumah tu. Macam mana kitorang boleh perasan ketika cousin aku dewi(bukan nama sebenar) sedang basuh pinggan di dapur. Tapi yang lagi pelik kenapa bilik tu dekat dapur, haha whatever & bilik tu disembunyi kan? Time tu dewi dah siap basuh pinggan & dia nak simpan pinggan tu dekat dalam rak terus dia nampak ada kain putih yang tergantung seperti langsir so that why dia check apa benda tu so dia terus bagi tau dekat kitorang bila kitorang bukak pintu tu cuba teka ada apa dekat dalam pintu tu???????

AH!!! takde ape-ape pun hahahahhahaha……….tapi check punya check kitorang jumpa kotak kecil warna kotak tu macam warna hitam tapi ada banyak ikatan benang warna merah so kitorang pun tak kacau jugak lah kitorang pun keluar & pindah masuk dalam bilik tu sebab bilik tu paling hujung & dekat dapur so kalau bising-bising time malam pun takpe lah. Malam pun menjelang.

HARI KETIGA
Pagi – pagi tu macam biasa lah kitorang semua bersiap untuk keluar & jalan-jalan. Dalam jam 9:30 gitue lah kitorang semua keluar dari rumah sampai lah jam 5:30 petang cam tu kitorag balik ler sampai jer dekat rumah kitorang semua anak dara ni tak penat-penat lagi sambung. Kitorang jalan-jalan sekitar kawasan rumah. Kawasan rumah tu pun boleh tahan besar sebab dekat kawasan tu ada 5 buah lagi rumah termasuk rumah penjaga tempat & rumah yang kami sewa.

Nak bagi tau korang cousin aku sorang ni nama dia lily (bukan nama sebenar) seorang yang sangat pendiam,hati lembut,comel & lawa jugak. Sambung time kitorang jalan-jalan kitorang nampak ada taman permainan so apelagi kitorang singgah ler kejap. Lepak nye lepak tak sedar dah jam 6:45 petang der so kitorang pun balik ler dalam perjalanan balik ada sorang pakcik nie tanya korang semua nie buat apa kat sini dah petang nie anak dara lagi tak takut ker, kitorang cakap lah yer pakcik kitorang dah nak balik nie.

HARI KEEMPAT
Hari nie kitorang tak rancang nak pergi mana- mana so kitorang pun buat kerja masing-masing. Cousin lelaki aku ada 3 orang & 6 orang lagi siblings ayah aku & pasangan masing- masing. Malam pun menjelang kira-kira jam 6:45 mlm, ayah aku & semua siblings dia keluar kejap so makna nya yang tinggal dekat rumah tu semua kanak-kanak riang jer ler. Kitorang pun ape lagi pasang lagu kuat-kuat menari lah jerit-jerit lah seronok punye seronok tiba-tiba mati lampu………haduiiiiiiiiii syukur lah jugak kitorang semua time tu dekat ruang tamu berlapan dalam 5 minit jugak lah mati lampu so kitorang sambung lagi berpesta & kali nie nah tau apa pulak jadi ?????


Ermmmmmmmmmm ada perempuan datang & cakap tolong jangan bising sangat yer sebab korang akan mengganggu seseorang so kitorang tanya ler sape yang akak maksud kan nie & akak tu pun terus jer jalan so kitorang tak ambil serius tentang bende tu so kitorang sambung lagi berpesta tak sampai 5 minit parents kitorang pun sampai.

HARI KELIMA
Pagi yang indah………..tapi tak seindah yang dijangka boleh-boleh ada kucing mati dekat depan pintu masuk rumah sewa kitorang tapi yang pelik nya bangkai kucing tu macam dah lama mati sebab bau busuk sanggat & macam mana nah cakap eh darah kucing tu pun dah kering cam tu lah tapi selama tu kitorang tak nampak pun kucing tu dekat sana….heiiiii pelik -pelik so penjaga tempat tu pun kubur kan kucing tu tapi yang pelik nya lagi kucing tu mati dengan tanda macam ada sesuatu makhluk gigit leher nya.

Malam pun tiba kitorang semua pun berkumpul di ruang tamu setelah selesai makan & mula lah ayah aku nak bukak cerita- cerita hantu gituew..emmmm tapi seronok jugak nak dengar….tiba-tiba kitorang dengar ada perempuan nangis dekat bilik kitorang pergi tengok rupa-rupa nya si dewi bila kitorang tanya kau kenapa dewi suara si dewi berubah wei……..& dia hempas-hempas kan badan dia dekat lantai sampai cakap kenapa kau ganggu akuuuuuu….pakcik aku bapa kepada dewi &lily iaitu pakcik saleh(bukan nama sebenar)meminta bantuan penjaga tempat di sana so

sesudah sampai pakcik penjaga tempat tu iaitu pak fimas (bukan nama sebenar) membaca baca kan doa & kami semua pun berdoa baru la si dewi kembali tenang syukur lah kau dah kembali dewi kata pak fimas ……..so lepas tu dewi pun tidur & pak fimas & pakcik saleh sembang dekat luar rumah & sebenar nya si dewi tu kena rasuk!!!!!!!!!!

HARI KEENAM
Hari ni merupakan hari yang sepatut nya kitorang pergi jalan-jalan buat terakhir kali nya tapi malang nya nasib kitorang si dewi kena rasuk lagi kali ni lagi teruk sebab dia menangis,mencakar,menjerit & yang paling giler dia cekik akak dia sendiri sambil cakap*AKU AKAN BUNUH KAU SEBAB KAU TELAH MENGANGGU TEMPAT AKU* nasib pakcik saleh & pak fimas sempat selamat kan kaka dewi iaitu lily ….si dewi cekik diri dia sendiri lagi…..aduiiii seram nya akuuuuuuuuuuu…..dalam 8 minit cam tu dia kena rasuk  syukur akhir nya makhluk yang telah merasuki dewi pun dapat dikeluar kan……..dari situ jugak lah pak fimas cerita sejarah rumah tu

SEJARAH RUMAH SEWA!
dulu tuan rumah ada 4 orang anak 2 perempuan & 2 lagi lelaki so anak- anak tuan rumah ni semua nya bijak-bijak belaka so kedua dua orang anak lelaki tuan rumah ni iaitu Nijam & Wan (bukan nama sebenar) dapat lh tawaran sambung belajar dekat oversea’s manakala dua lagi anak dara si tuan rumah ni masih lagi belajar di sekolah menengah  iaitu Nisa & Dewi (bukan nama sebenar)#kembar#dan malang bagi dewi iaitu adik kepada nisa sifat nya ada berbeza sedikit iaitu dia kurang bijak, semasa ujian pemilihan untuk sambung belajar di oversea’s si dewi ni gagal ujian manakala si nisa ni pula berjaya so dia pun memang bersyahrat untuk sambung belajar sama seperti dewi tetapi malang nya dewi tak layak untuk sambung belajar, ketika si tuan rumah iaitu pak MAIL(bukan nama sebenar) dapat tahu bahawa si dewi ni gagal dalam ujian pak mail marah sangat sehingga kan dia terlepas kata BELUM ADA LAGI DARI KETURUNAN AKU YANG PERNAH GAGAL DALAM UJIAN KAU LAH YANG PERTAMA .

So si dewi ni pun tersinggung lah dalam masa yang sama dia menyimpan demdam terhadap si nisa…..1 minggu sebelum si nisa berangkat pergi, si dewi dengan hati busuk telah mengupah samseng supaya merog*l si nisa tanpa, berfikir panjang.pada malam tu pak mail keluar bersama rakan-rakan nya dewi,nisa dan si ibu iaitu makcik Kiah (bukan nama sebenar) sahaja yang berada di rumah.Samseng tu pun datang & merog*l si nisa dan ibu mereka si dewi tidak menyangka bahawa si samseng akan merog*l ibu mereka juga …..si ibu  pun cuba untuk meminta bantuan dengan menjerit tetapi malang bagi si ibu dia di bunuh di depan mata si dewi ….selepas kejadian itu si nisa tidak dapat menerima kenyataan & dia membunuh diri …lepas si nisa membunuh diri pak mail juga tidak dapat menerima kenyataan bahawa isteri nya sudah tiada & nisa anak kesayagan nya tanpa berfikir pak mail mengambil tindakan yang melulu apabila mendapat tahu bahawa si dewi yang meminta bantuan daripada samseng tersebut dan terus menyeksa dewi dengan sanggat teruk sehingga lah dewi juga meninggaldi dalam bilik yang si dewi my cousin jumpa.Dari saat itu pak mail terus menghilang dan tak dapat dihubungi lagi.

HARI TERAKHIR
pasti kawan-kawan tertanya-tanya kemalangan yang menimpah keluarga pak mail ,tetapi si dewi my cousin pula di rasuk…..ini ada lah atas sebab satu si dewi adalah seorang yang lemah semangat dan pendiam manakala dia juga lah orang yang pertama menjumpai bilik itu &kalau korang perasan nama diorang dua pun sama wkwkwkwk..so hari terakhir tu kitorang pun keluar dari rumah tu& meminta maaf sebab tu lah kitorang dah ganggu penghuni tempat tu

Moral value so guys jangan lh kita buat benda yang tak elok kalau tempat tu kita baru jer kenall…hormat guys…..& macam pak mail tu pulak kita mesti lah fikir sebelum mengambil tindakan  & bagi c dewi pulak demdam tu memang tak boleh dinafikan lagi ialah diantara sifat manusia tapi kita masih boleh elakkan ….jangan disebab kan ketidak puas hati sendiri orang lain yang menjadi mangsa…so aku nak mintak maaf kalau ada salah ejaan or ada yang tersinggung or ada yang korang tak faham maaf yer so jumpa di next kisah k btw thanks sebab share kan kisah aku nie & harap dpat dijadikan pengajaran and harap para pembaca injoy k tq….

Perkongsian daripada Jessica.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Siapa Yang Aku Peluk?

Perjalananku Dengan Ilmu Ghaib (Episod 1- Permulaan Melihat Alam Ghaib)