in

Pengalaman Menaiki Gunung Ledang

Perkongsian Dari: Fareez Eroza

Assalamualaikum, dengan kesempatan ini saya ingin menyampaikan sebuah kisah menakutkan yang saya sendiri alami ketika saya bermalam di sebuah gunung yang diberi nama gunung ledang.

Pada suatu ketika tu saya bersama keluarga dan 2 orang rakan saya pergi ke gunung ledang untuk mendaki. Keluarga saya ni memang minat aktiviti aktiviti lasak, kami selalu pergi ke gunung gunung untuk mendaki, kebetulan 2 orang kawan saya ni memang berhajat untuk mendaki gunung ledang semasa cuti semester jadi kami pun bercadang untuk pergi bersama.

Sesampainya di gunung tersebut seperti biasa kami mendaftar untuk mendaki dan kami memilih untuk tidak mengunakan renger hutan kerana adik saya pun dah 2 ke 3 kali juga daki gunung ni. Pada malam tersebut kami cuma bermalam di resort kerana waktu kami sampai hari pun dah nak dekat senja, jadi kami bercadang untuk mula mendaki pada esok pagi, pada malam tersebut tiada apa apa yang pelik pun berlaku, seperti kebiasaan pada malam pertama kami sekeluarga akan membuat BBQ dan berborak borak sambil 2 orang kawan saya tu mengenalkan diri mereka dengan lebih dekat lagi…..sebelum saya terlupa seorang nama kawan saya itu bernama Adam dan seorang lagi bernama Nazri.

Nak dijadikan cerita pada kesokkan paginya tepat pada pukul 6 pagi kami pun mulakan aktiviti mendaki. Target kami kali ni memang akan di puncak sampai lambat sikit sebab ramai orang kan….yela cuti sekolah.

Semasa 2 jam ke 3 jam perjalanan tiada apa apa yang pelik berlaku sehinggala 5 jam kami mendaki kawan saya bernama Nazri terhidu sesuatu bau yang hamis dia pun memberi tahu saya, untuk menyedapkan hati dia saya pun berkata ahh kau ni mengarut jekk orang lain tak bau kau bau….tetapi padahal saya pun ada terhidu bau yang sama tapi saya diamkan diri saja sebab orang tua tua kata kalau terbau apa apa semasa didalam hutan jangan tergur,jadi kami masing masing diam.

Tak lama lepas tu kami pun tiba di chekpoin kedua, kami membuat keputusan untuk berehat lama sikit disitu memandangkan masing masing pun memamg penat. Selepas setengah jam berehat kami pun sambung perjalanan untuk pergi ke chekpoin ketiga.

Semasa perjalanan menuju ke checkpoin ketiga ini tiada apa yang berlaku sehingalah perjalan kami untuk menuju ke puncak….semasa kami ingin menuju ke puncak sekali lagi saya terbau bau yang hamis itu lagi saya cuba untuk sentiasa positif sehinggalah kami semua terdengar bunyi ngauman yang sangat kuat waktu itu jam menunjukan 2 petang saya mula tidak sedap hati tapi ayah saya menenangkan keadaan dengan berkata(jangan takut dia cuma bagi amaran sahaja) jadi kami semua pun sambung perjalan untuk menuju ke puncak kerana sudah tidak jauh.

Tapi kalau ikutkan hati saya ingin saja saya call renger hutan.setelah hampir 8 jam Kami berjalan akhirnya kami pun sampai di puncak….semasa berada di puncak kawan saya bernama nazri tidak bercakap apa pun saya ingat mungkin dia penat sangat jadi saya tidak hiraukan.setelah puas berehat kami pun buat keputusan untuk turun…

Dalam perjalan untuk turun itu sekali lagi kami dikejutkan dengan bunyi ngauman yang kuat sebanyak 2 kali kami semua mmg takut gila masa tu tapi sekali lagi ayah menenangkan keadaan…kami pun sambung berjalan tak sehinga kami tiba di chekpoin kedua bawah sedikit kami dikejutkan dengan seekor harimau belang dengan badan yang tegap sedang melintas di hadapan kami….harimau tersebut seolah olah tahu yang kami semua takut, benda tu melintas sambil melihat kearah muka kawan saya nazri dan seketika benda tu pun hilang dari pandangang….kami pun mempercepatkan langkah untuk turun.

Sesampai dibawah sesampai di bawah jam menunjukan pukul 9 malam kami pun masuk bilik masing ii dan tidur. Keesokan paginya kami pun chekout dan balik sepanjang perjalanan balik kawan saya nazri hanya diam. Setibanya kami di rumah barulah ayah menceritakan yang sebenarnya benda yang kami nampak itu adalah harimau yang menjaga kawasa.

What do you think?

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Penampakan penanggal di SMK DENGKIL

Pengalaman Terbuka Hijab