in

Pengalaman Histeria di Asrama

Okay, normally setiap asrama mesti ada kisah seram termasuklah jugak sekolah aku. So ini adalah antara salah satu pengalaman yang aku ingat sampai sekarang. Aku bersekolah di sekolah agama/maahad yang terletak di selangor dan sekolah itu juga jauh terletak di kawasan pendalaman/kawasan kampung. Yang lebih menyeramkan sekolah aku ni dikelilingi pokok kelapa sawit.

So kisah dia bermula pada satu malam tu, aku dah 3 orang lagi kawan aku study dekat bilik guru sampai pukul 12 tengah malam sebab esoknya ada oral english. Oh time ni aku form 5. Lepastu tepat pukul 12, kami pun siap2 nak balik hostel. Kitaorang sekali jalan dengan cikgu aku sebab rumah dia ke depan sikit dari hostel tu. Sampai kat pagar, aku adalah orang terakhir yang kunci pagar and kunci tu aku yang pegang. Sebelum kitaorang masuk, cikgu pesan suruh tutup lampu kelas yang hujung tu. Oh sebelum tu aku explain dulu, sekolah aku ni lebih kurang macam sekolah pondok. So, dorm kat atas and ada kelas2 kat bawah. Begitu juga lah dengan asrama lelaki pun.

So sebelum kitaorang tutup lampu kelas tu, aku singgah toilet jap then baru nak pergi tutup lampu tu. Aku ajak sorang member aku ni teman gi tutup lampu tu. Okay, disebabkan sekolah aku ni sekolah agama, so kelas kitaorang dia pisahkan antara lelaki dan perempuan dengan letak satu penghadang kayu kat tengah2 kelas. So bila aku sampai kat kelas tu, aku berdiri kat pintu je and tanya “ada orang tak?”. Pastu aku dengar ada orang menyahut macam tengah mamai tidur “hmmm”. So aku fikir tu kawan aku sebab suara dia menyahut tu sebiji ngan kawan aku yang nama dia ipah. Aku pun masuklah nak ke sebelah penghadang tu, konon nak tengok member aku tu. Bila aku masuk, aku nampak ada kucing je kat situ. Pastu tetiba penghadang tu macam ada orang ketuk kuat. Apa lagi, aku ngan tehah (member yang teman aku tu) mencicit lari naik tangga nak masuk dorm.

Sampai kat depan dorm aku, bilik tu berkunci pulak. Aku ketuk pintu tu kuat2 tapi takde siapa pun bukak. Dalam 2 minit jugak lah aku ngan member tu ketuk pintu baru ada orang bukak. Ada lah dalam beberapa orang lagi tak tidur. Pastu aku marah member aku tu, “asal lambat giler kau bukak pintu, lama tau kitaorang ketuk pintu kat luar tu macam nak roboh je pintu”. Member aku dah buat muka pelik, dia cakap “eh, aku baru dengar kau ketuk dua tiga kali je weh, pastu aku terus bukak”. Aku ngan tehah macam tak puas hati lah, tapi lantaklah. Termengah2 kitaorang sebab takut punya pasal. Dorm aku ni pulak dia terbahagi kepada dua bilik, so aku bilik yang belakang. Masa aku lalu nak masuk bilik aku tu, ada beberapa orang tengah duduk kat sorang budak ni. Aku tanya lah “kenapa dia tu?”. Pastu kawan aku jawab, “dia histeria kat surau tadi, sampai sekarang”. Aku pandang budak tu, budak tu just tutup mata je tapi dahi berkerut2.

So aku masuk bilik aku tukar baju bentang tilam apa semua, aku gi bilik depan balik. Saja lah nak melepak kejap. Waktu aku duduk kat sebelah budak tu, aku tanya lah member aku “lamanya kalau histeria dari surau tadi?”. Pastu member aku jawab “haah, tapi dia tak mengganas pun, cuma dia duk humming2 lagu je. Seram gak lah dengar, pastu dia senyum2”. Aku pun ohh kan jelah. Pastu tetiba aku dengar bunyi pintu pagar asrama kitaorang kat bawah tu berbunyi. Bunyi macam ada orang tengah kunci mangga dengan rantai besi tu. Aku pelik jugaklah, siapa yang baru balik tu sebab setahu aku, aku sorang je yang last masuk tadi and aku sorang je yang pegang kunci pagar asrama. Kitaorang dah pandang sesama sendiri sebab pelik. Pastu kawan aku nak sedap kan hati, dia cakap “cikgu kot tu”. Kitaorang pun, okay takpe lah. Kita tunggu. And yess, memang ada bunyi orang berjalan seret selipar. Kebetulan, bilik kitaorang tu betul2 sebelah tangga and aku boleh dengar orang tu naik tangga.

Pintu bilik kitaorang ni bawah dia tu ada satu lobang sebab ada budak histeria tendang pintu tu sampai berlobang. So kitaorang cuba lah nak tengok siapa yang berjalan dari lobang tu. Lama tunggu, tapi takde orang lalu pun. Tetiba dengar bunyi ada orang hempas pintu kat bilik locker. Itu pun buat kitaorang lagi pelik sebab pintu locker tu berkunci and kunci nya ada dekat aku. (Time tu aku ketua pelajar perempuan, so aku lah yang pegang semua kunci.) Kitaorang dah pelik giler dah time tu. Tetiba budak yang histeria tengah baring ni, dia gelak2 kecil and sambil tutup mata dia cakap, “taknak tengok kee siapa tuuu? Pergi lah tengokk hee he hee” dia gelak2 senyum sinis. Kitaorang semua dah cuak.

And yang lagi buat kitaorang semua terkejut bila bunyi talam jatuh kat dewan makan kitaorang. Bilik aku ni jugak dia hujung and bersebelahan dengan dewan makan. Kat sekolah aku, kitaorang makan pakai talam besi tu. So satu talam dalam 5 orang camtu. Memang kuat lah bunyi dia. Aku terus lari pergi kat tingkap nak tengok siapa yang jatuh kan, sebab nak kata ada angin kuat, tak berangin pun malam tu. Bila aku tengok, elok jee semua talam2 tu tersusun. Takde yang jatuh berselerak pun. Aku pun tak tahu lah yang kacau kitaorang tu ada kena mengena dengan budak yang kena histeria tu ke tak. Lama jugak lah kitaorang nak tunggu benda tu keluar, dalam pukul 3 camtu baru benda tu pergi. Katanya yang rasuj budak tu puteri bunian, sebab tu lah tak agresif. Katanyeeee hahahahah.

So itulah antara pengalaman seram yang aku rasa, walaupun mungkin korang rasa tak berapa seram sangat hahaha. Nanti aku sambung pulak pengalaman histeria kat sekolah aku and time tu jugak satu kampung tu blackout.

Perkongsian daripada Nynaa.

What do you think?

Written by Nynaa

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Carnival : It Comes

Kerasukan Di Kem