in

Pengalaman Hijab Terbuka

Assalamualaikum. Ini kisah benar tentang aku. Terpulanglah mahu percaya ataupun tidak, aku cuma ingin kongsikan sahaja pengalaman hijab terbuka aku selama 6 tahun sehinggalah sekarang. Aku tak faham kenapa ada orang teringin sangat nak tengok benda ghaib sedangkan aku langsung tak suka dengan semua ni.

Kau bayangkan, setiap perjalanan kau pasti akan terserempak dengan ‘benda’ tu. Kau tak rasa rimas ke? Pancar indra ke enam aku terbuka pun atas sebab kesilapan kawan lama aku. Dia pergi main permainan spirit of the coins sesuka hati, dan akhir sekali aku yang tak terjebak jadi mangsa.

Waktu pertama kali aku nampak benda tu, aku hampir pengsan. Tapi sekarang aku dah boleh biasakan diri dengan semua tu. Sikitlah. Apa yang aku tak jangka waktu hijab aku terbuka ini dengan sebelum hijab aku tertutup adalah “kenduri”. Kenapa dengan kenduri? Salah ke?

Kenduri tak salah. Tapi aku benci dengan suasana dia. Aku tak suka pergi kenduri puncanya sebab ‘benda’tu. Kau bayangkan, waktu kau nak pergi ceduk makanan. Kau nampak benda tu tengah mandi dalam makanan yang kau nak ambil. Dengan berpakaian terlanjang pulak tu! Bukan seekor, tapi berekor-ekor mandi dalam tu.

Aku sampai nak termuntah tengok.  Jantan, betina sama sahaja! Sudahlah badannya bernanah, kuning. Memang pucat biru muka aku waktu itu. Sejak daripada semua tu, aku dah tak makan dekat kenduri lagi. Aku dah trauma.

Tapi bukan itu sahaja yang aku lalui setiap hari, banyak lagi benda yang mencabar yang aku kena tempuh. Kadang kala sampai aku kena rasuk teruk dekat rumah.  Aku pernah berubat untuk hentikan semua ini, tapi gagal. Sebab itu, hijab aku masih terbuka sampai sekarang. 

Banyak lagi yang aku ingin kongsikan pada kau orang semua. Tapi cukuplah sampai sini dahulu, selebihnya aku akan cerita dilain hari.  Bye, Assalamualaikum.

Perkongsian daripada Nur Zalikha.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Siapa Yang Lari?

Rumah Tok Dalang