in

Pengalaman Hijab Terbuka (Hotel di Po*t D***son)

Sekadar Gambar Hiasan

By the way, Aku nak cerita tentang pengalaman yang boleh dikatakan baru sahaja terjadi bulan lepas sewaktu aku bercuti di Port dickson.

Dimana jam pada waktu itu menunjukkan pukul 6 setengah petang tidak silap aku. Gigih aku mencari hotel untuk bermalam, tetapi malang sekali semuanya sudah penuh. Almaklumlah waktu itu cuti panjang kan? Mesti ramai keluarga yang pergi bercuti. 

Jadi aku pun gunalah aplikasi trivago yang memaparkan hotel-hotel terbaik dan murah. Dan jumpalah satu hotel yang aku ingin menginap ini. Aku tak berapa nak ingat nama hotel itu, tetapi dia berdekatan dengan pantai dan dekat dengan hotel sri marina tak silap aku.

Daripada luar kawasan hotel tu nampak cantik. Dia ada dua bangunan. Satu bangunan dah penuh,  satu bangunan lagi tiada orang duduk. 

Bayangkan, daripada tingkat atas sampai tingkat bawah tiada orang yang menginap. Lepastu dia bagi pula bilik itu dekat aku? Nak batalkan booking nanti kena bayar pula. Jadi sama aje rugi kalau cari hotel lain. 

Jadi aku cuba fikir positif, dan terima seandainya. Aku dapat bilik ditingkat lima waktu itu, bilik nombor 16 kot?Semasa aku berjalan pergi ke tingkat lima, aku dah mula rasa tak sedap hati. 

Setiap tingkat bangunan itu kosong. Dan cuma ada aku seorang. Sebelah bangunan tu pula dipenuhi dengan semak samun dan kawasan hotel dia juga agak kotor. Memang makanan jin lah jawabnya. Kan? 

Yang buatkan aku terkejut waktu itu, apabila di setiap pintu bilik dilorong yang aku jalan itu ada jin/hantu yang berdiri disitu. Macam patung. Tak bergerak, tak buat apa-apa dan cuma berdiri memandang aku yang tengah berjalan ingin naik ke tingkat lima. 

Tipulah kalau aku tak takutkan waktu itu? Tapi, aku cuba kawal sikit-sikit. Sampai sahaja dibilik nombor 16, aku pun masuklah. 

Aku ingatkan cantik biliknya. Tapi, malang sekali aku dapat bilik yang tidak memuaskan. Tingkap pecah, sofa pun koyak rabak. Memang padanlah dengan trivago yang murah tu. 

Aku pun fikir nak rehat dulu. Aku masa tu tak ada mood nak marah pekerja situ sebab aku penat sangat-sangat. Jadi, aku duduk dekat atas lantai tengok tv. Tengok syok aku melayan drama waktu itu, tiba-tiba ada suara garau macam sergah aku daripada belakang. 

Melompat aku sebab terkejut masa itu. Bila aku pusing belakang tiada orang langsung. Penat tak penat aku fikir aku kena cari hotel lain juga, sebelum aku kena rasuk dekat hotel itu. Sudahlah tiada orang, buatnya aku kena rasuk siapa yang tahu? Kan? 

Aku bukan berharap nak kena rasuk. Tapi jenis tubuh yang pernah kena rasuk memang senang untuk jin masuk. Tapi kalau iman kita kuat, Insyaallah boleh lawan. Dan alhamdulillah, aku masih bertabah waktu itu. Haha. 

Tapi siapa yang boleh duduk dalam hotel macam tu? Start aku langkah masuk ke dalam bangunan itu pun dah nampak macam-macam benda, memang tak lah nak teruskan. 

Jadi, aku pun fikir nak mandi dulu sebelum beredar daripada tempat ni. Aku buka aje pintu bilik, terdiam kaku aku apabila diatas lantai itu ada beberapa bungkusan seperti mayat/ pocong dengan wajah yang pucat dan berulat. Daripada mula aku jejakkan kaki ke sini, ini adalah pengalaman seram aku yang paling aku takut. 

Sebab kau bayangkan, kau nak masuk bilik lepastu nampak ada jin yang serupa mayat baring depan kau. Tak ke kau menggelupur waktu itu?

Dengan tak mandi, tak buat apa-apa. Aku terus keluar daripada hotel itu tanpa bagitahu manager hotel itu yang aku keluar. Sebab kalau aku minta tukar bilik sekalipun, tak ada bezanya. 

Dan alhamdulillah, akhirnya dapat juga hotel yang memuaskan hati aku. Harga dia pun agak mahal jugalah, Rm200. Tapi kalau yang tadi tu harga dalam 120 ringgit tak silap. 

By the way, aku memang seorang hijab terbuka. Dah 6 tahun aku biasakan diri dengan semua ini. Aku juga ada gambar dia orang yang aku lukis. Kalau ada masa, aku akan kongsikan disini insyaAllah. 

What do you think?

Written by Neldia Rose

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sesat Tanpa Wajah

6:30am