in

Pengalaman Di Kuarantin

Masa kuarantin ni lama aku tak keluar keluar pun untuk beli barang keperluan sahaja itu pun tak lama. Oh lupa nama aku wan umur aku 13. Aku tinggal di kat mana tak perlu aku jelaskan.

Rumah aku jauh dalam hutan kalau nak masuk kat sana kenalah masuk baru sampai rumah aku.Minggu pertama aku di rumah tenang jer takde gangguan dan takde yg menakutkan jadi aku selamat. Masuk minggu kedua ibubapa aku pergi melawat nenek aku d kampung dalam masa dua hari. Gangguan pertama mula terjadi pada malam hari aku di rumah berseorangan. Gangguan pertama ialah ada orang  mengetuk pintu rumah aku ” tok,tok,tok” mula mula sayup saja semakin lama semakin kuat “tok!,tok!,tok!”

Aku pun pergi buka pintu malangnya takda siapa kat luar tu. Kemudian gangguan kedua pula terjadi kat dapur bunyi barang bukan di jatuh kan tapi di hampas dengan kencang masa tu aku mula rasa tak sedap hati aku pun telefon ibubapa aku tapi diorang tak angkat telefon. Aku pun tak tahu nak buat apa sebab aku tinggal dalam hutan jadi jiran semua jauh dari rumah aku. Aku pun beranikan diri untuk pergi ke dapur tapi bila aku tengok langsung tiada benda yang pecah atau di hempas malam larut.

Masa aku nk pergi bilik tidur aku ada orang berbisik di telinga aku dengan jelas katanya ” bila kau nak keluar dari rumah aku “. Aku pun terkejut kenapa bisikan itu suruh aku keluar dari rumah ni. Pagi pun tiba aku takda benda nak buat jadi kawan aku bawak lepak aku pun iyakan sahaja. Malam pun tiba aku baru pulang dari lepak dengan kawan aku. Aku pun ambil kunci dan buka pintu. Masa masuk dalam suasana gelap aku ternampak lembaga hitam berdiri betul-betul di bahagian penjuru. Matanya merah badannya tinggi dan berbadan hitam. Aku pun buka lampu dengan cepat tiba- tiba sahaja benda tu hilang. Aku pun berasa lega. Selepas itu, aku pun mandi dan terus pergi tidur.

Malam tu aku malas nak tidur lambat jadi aku tarik selimut dan tutup muka sebab takut dalam gelap tu aku rasa macam ada yang peluk aku. Sekali lagi bisikan itu aku terdengar ” bila kau nak keluar dari rumah ni “. Aku tak hiraukan bisikan tu dan aku teruskan sahaja tidur aku. Pagi tu ibu bapa aku kejutkan aku. Bila aku bangun aku berada di ruang tamu dalam baju yang koyak dan berbau. Mungkin masa aku tidur, benda tu angkat aku dan koyakkan baju aku lepas tu dia tinggalkan baunya dengan aku sebagai peringatan supaya aku sekeluarga keluar dari rumah tu. 

Aku pun cerita semua yang aku alami semasa diorang kat kampung jadi aku bawa Ibubapa aku pindah ke bandar agar jika aku di ganggu, aku boleh ke rumah jiran dan aku tak dapat di ganggu. Pada hari itu juga aku bawa aku keluarga pindah. Pesanan aku kepada semua goers, janganlah tinggal di tempat jauh takut nanti bila di ganggu tiada sesiapa boleh bantu harap kupi kupi Go baca mesej aku ni terima kasih.

Perkongsian dari Wan.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Misteri Jalan Gerik Baling

Siapa Budak Tu?