in

Pengalaman Di Hutan Beruas Perak

Pada bulan Oktober 2019, keluarga saya, bersama dengan ibu bapa mertuaku, adik ipar dan kakak ipar bersama anaknya mengambil keputusan untuk pergi ke melawat sebuah tokong Cina yang terkenal di Sitiawan Perak. Selesai berkunjung ke sana, kami singgah untuk makan di kawasan berdekatan dengan Tesco Sri Manjung sebelum bertolak balik ke Pulau Pinang. Masa itu sudah waktu senja dan saya telah menggunakan aplikasi Waze untuk mencari jalan balik ke Pulau Pinang. Kami ingin kembali melalui jalan yg kami datang iaitu melalui jalan di Pantai Remis. Semua berjalan dengan lancar apabila 10minit dalam perjalanan kami, tiba2 terhadap kesesakan jalan raya dan aplikasi Waze telah menyarankan saya membelok ke laluan Ayer Tawar.

Saya tidak sedap hati kerana dulu sewaktu saya bekerja sebagai jurujual pernah saya pergi ke Sri Manjung dan pernah pelanggan saya berpesan agar jangan menggunakan laluan lain selain daripada laluan Pantai Remis. Apakan daya bila sudah dibawa oleh Waze hanya boleh menurut kehendaknya. Apabila melalui kawasan perkampungan di Jalan Beruas – Ayer Tawar itu, tiba2 ada macam bungkusan beg putih di atas jalan dan saya cuba mengelak dari melanggarnya, malangnya tayar saya terkena sedikit bungkusan putih itu maka bungkusan itu terbang meluru ke atas kereta adik ipar saya tanpa disedari oleh saya. Sejurus selepas itu adik ipar saya memecut kereta yang dibawanya untuk mengikut dengan lebih dekat dengan kereta saya.

Di situ mulalah perkara pelik yang berlaku. Dari kawasan Ayer Tawar memang ada sekumpulan orang penunggang motosikal yang berkopiah baru habis mengerjakan solat di kawasan Ayer Tawar yg mengekori kereta kami sebelum kereta saya terlanggar bungkusan putih itu. Tetapi selepas kereta saya melanggar bungkusan putih itu, seolah-olah kumpulan penunggang motosikal memecut dengan tergesa-gesa dan ketakutan untuk memotong kenderaan kami. Kami biarkan mereka berlalu dan kelajuan mereka memang macam lari tak cukup tanah sebab sekejap sahaja kumpulan penunggang itu hilang dari pandangan kami. Masa itu saya mula ada naluri yang sesuatu buruk akan berlaku. Jadi aku membawa kereta aku dengan lebih laju lagi sehingga hampir 90km/j di kawasan hutan Beruas.

Jalan itu memang gelap kerana tiada lampu jalan. Aku memang tidak sedap hati. Sewaktu di dalam perjalanan dalam hutan itu, anak kakak ipar aku mengatakan dia nampak sebuah rumah yg sebesar istana di sebelah kanan yang terang benderang dengan lampu dan terdapat ramai orang yang berkumpul di luar rumah itu saya tetapi saya yang membawa kenderaan memang tidak nampak apa-apa di sebelah kanan saya , dan jika betul ada rumah yang sebegitu terang tentunya saya akan nampak dahulu sebelum dia akan nampak kan? Aku lebih tidak sedap hati sebab pernah nenek aku berpesan kalau masuk hutan dan nampak rumah yang terang tu jangan kita terpedaya kerana itu ialah rumah nenek kebaya yang menjaga hutan tersebut.

Aku memecut lebih laju lagi walaupun jalan itu berliku-liku. Tiba-tiba Waze mengeluarkan bunyi lagi untuk bertukar laluan. Kali ini dia suruh membelok ke kiri masuk jalan yang tidak bernama. Aku sudah terlajak maka aku menghentikan kenderaan aku dan membuat pusingan u balik untuk masuk ke simpang yang disuruh Waze. Jadi aku pun membawa lebih perlahan dan menekan skrin telefon bimbit untuk melihat nama jalan dan arah tujuan, aku terkejut apabila mendapati destinasi kami diubah menjadi makam diraja di pantai remis. Seram sejuk naik bulu roma aku. Tapi aku turut juga untuk sampai ke Pantai Remis. Sewaktu sampai di kawasan perkampungan di Pantai Remis, barulah aku mengubah aras Waze untuk membawa kami kembali ke lebuhraya Utara Selatan seterusnya kembali ke rumah kami.

Sesampai sahaja di rumah, adik ipar aku bagitau aku yang aku melanggar sebuah bungkusan putih yang serupa degan kepala yang dibungkus kain putih, yang kemudiannya terbang ke arah kereta adik ipar aku dan telah digilisnya. Aku sejuk seram, barulah aku tau yang itu kepala pocong yang ada ditepi jalan, patutlah budak yang habis solat tadi pecut sampai tak cukup tanah sebab dikejar kepala terbang. Kawasan Beruas ni cukup liat kerana ini kali pertama aku nampak pocong, anak saudara aku pula nampak bunian yang di luar rumah nenek kebaya. Seram giler. Aku sumpah aku tidak akan pergi Sitiawan atau Beruas lagi walaupun diberi upah lumayan. Diharapkan dengan pengkongsian pengalaman saya ini, diharapkan pemandu jangan melalui kawasan Beruas ini pada waktu malam kalau tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku.

Perkongsian daripada Rowen.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Loceng Rumah

Asyik pengsan [Part1]