in

Pengalaman Cuti Semester

Hi, nama saya Sak dari Sabah. Kisah yang saya mau kongsi dengan semua Goers ialah ketika saya berada di Asrama. Asrama ni terletak di salah sebuah apartment di Menggatal. Kisah ni terjadi masa cuti semester ke 5. jadi dah 4 sem saya tinggal di sana tapi tida pernah ada kejadian pelik atau menakutkan. Semasa cuti sem saya memang tida lama balik kampung. kadang² balik 2-3 hari lepas tu balik lagi ke asrama sebab ada kawan juga sana. Nama dia Den. Dia memang tidak balik masa tu sebab cuti sem pendek. Kampung dia jauh. Jadi kejadian pertama, masa tu jam lebih kurang 7-8 malam. Saya baru balik dari main game di rumah Den ni.

Masa mandi tu saya asyik bernyayi. biasalah artis bilik mandi ni. selepas mandi, then baring di katil (masi menyanyi lagi). Tiba² ada suara “SHHH!”. Bunyi tu betul² dekat dengan telinga saya. Saya pun kelam kabut pakai baju, then pergi di rumah kawan dan tidur sana. Kejadian kedua terjadi 2 hari selepas tu dalam jam 11- 12 malam. Masa tu saya di bilik tengah main Dota 2 Online. Computer saya berhadapan dengan tingkap. maknanya saya membelakang dengan tingkap. Sedang asyik bermain game, tiba² “SAAAK!” terdengar dari luar tingkap. Mindset saya masa tu, Den akan pergi ke rumah saya untuk meminta rokok. Jadi saya dahulukan dia, saya tinggalkan game kejap. Dalam perjalanan ke pintu depan, saya terkejut!. Kembang bulu roma seluruh badan!

Suara yang saya dengar tu betul² Den punya suara! tapi saya tengah ingame dengan Den. Tapi saya tetap cuba buka pintu. Memang tiada orang. lorong tu panjang. orang mau lari pun dengar dan masa singkat masa tu memang orang tu tida sempat nak sembunyi. Saya tutup dan kunci pintu. Saya pergi bilik dan sambung main game. masa tu Den ada chat banyak kali, dia marah sebab saya tiba² AFK(AWAY FROM KEYBOARD). sya balas “Sorry” saja dan sambung main. Besoknya saya pergi tempat Den ceritakan perkara yang terjadi.Memang dia tiada naik dan masa tu pun dia tengah fokus dengan game. Tu saja cerita kisah seram saya. Harap Kupi Kupi Go approve cerita ni walaupun tida sebegitu seram. Terima Kasih kerana membaca kisah seram saya.

Perkongsian daripada Vishal Bitallin.

What do you think?

Written by Vishal Bitallin

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kuburan Di Kampung Bundu Tuhan

Ayat Ruqyah