in

Pengalaman Benar Ternampak Hantu Pontianak Di Rumah Kg. Keningau

Kisah benar dan nyata.

Ceritanya begini, sebelum tu saya ingin perkenalkan nama saya dahulu, nama saya Geoffery asal Keningau, Sabah.

Ini merupakan cerita benar dalam hidup saya, nyata dan bukan bayangan.

Masa itu umur saya baru 15 tahun atau tingkatan 3, saya akan menghadapi peperiksaan PMR dalam tahun berkenaan.

Ceritanya begini, pada masa tu sekitar bulan 5, saya sedang belajar malam, dan jam pada masa itu adalah menunjukkan jam 10 malam.

Belajar punya belajar, saya tidak sedar jam menunjukkan jam 11:30 malam. Jadi saya berhajat untuk rehat sekejap di kerusi kayu  atau sofa kayu tempat saya duduk belajar, dan saya bercadang untuk bangun sambung belajar balik sekitar jam 12:30am.

Masa ini saya tidur nyenyak, dan tanpa sedar jam loceng yang saya setkan tadi berbunyi, dan saya terkejut ingin bangun, namun tiba-tiba badan saya jem dan tak dapat nak bercakap, cuma mata saya sahaja boleh buka dan tutup. Alangkah terkejutnya saya apabila saya membuka mata, terlihat sesosok hantu perempuan pontianak, panjang rambut menutupi mukanya dan dia sedang duduk di meja tempat saya belajar betul-betul berhadapan dengan saya.

Kali terakhir saya nampak dan rasa, rambut pontianak tersebut yang sampai lantai tersentuh kaki saya, dan kain putihnya menyentuh lutut saya.

Saya pun panik, dengan keluar air mata, saya tutup mata saya balik dan berdoa, agak-agak minit begitu, saya berdoa sambil cuba menyintak badan saya, dan akhirnya berjaya. Lalu pontianak itu sudah pun hilang.

Saya berlari mendapatkan uncle saya dan bercerita hal itu.

Kisah ini benar-benar nyata.

Durasi masa saya sempat melihat sosok itu sekitar 30 saat.

Dari haritu saya mula percayai ada nya hantu di dunia ini.

Huhuhu.

Dari saya,

Geoffery
Kg. Linsosod
Keningau.

Perkongsian Daripada Geoffery.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Haunted Staffroom

Ngesot