in

Pendamping Jenazah

Ketika saya sampai petang itu, rumah Hajjah Maimon sudah dipenuhi dengan anak beranak dan jiran tetangga yang lain. Selepas bersalaman dengan beberapa orang waris si mati, saya masuk ke bilik untuk melihat jenazah rakan saya.


Jenazah Hajjah Maimon ditutup dengan kain batik lepas di atas katil. Beberapa orang anaknya yang saya kenali sedang duduk bersila di atas tikar membaca surah Yasin.
Saya menghampiri jenazah dan melihat rakan saya buat kali terakhir. Sebak rasanya kehilangan seorang rakan.


Saya kemudian duduk di sebelah anak Hajjah Maimon sambil mencapai senaskhah surah Yasin dan mula membaca. Ketika itu, saya baru terperasan seorang wanita berjubah hitam dan berselendang duduk di atas katil di hujung kaki jenazah. Wajahnya tertutup dengan rambut dan selendang.
Saya tak mengesyaki apa-apa. Mungkin itu saudara mara Hajjah Maimon yang saya tak kenali. Saya terus membaca surah Yasin sehingga habis, sekali sekala menjeling wanita yang duduk di atas katil itu.


Tidak lama kemudian, pengurus jenazah hadir bersama isteri dan anak perempuannya. Sebelum masuk ke dalam bilik, dia memberi salam. Kami semua menjawab salamnya sambil mengesot ke tepi memberi mereka bertiga laluan untuk menghampiri jenazah. Ketika itu, saya perasan mulutnya kumat kamit membaca doa sambil menghembus dari hujung kaki sampai ke hujung kepala. Selepas itu, dia meminta isteri dan anaknya untuk mengangkat jenazah Hajjah Maimon ke ruang dapur untuk dimandikan. Kami semua bangun untuk memberi ruang kepada mereka dan ketika itulah saya perasan wanita di hujung kaki jenazah sudah hilang.


Ketika jenazah sedang diuruskan isteri dan anaknya, saya menghampiri Haji Ismail dan bertanya:
-Tuan Haji, boleh saya tanya?
-Ya Hajjah, ada apa?
-Tadi atas katil saya nampak…
Dia terus memotong percakapan saya sambil berkata:
-Tak apa, tak mahu cakap. Saya tahu apa awak nampak
-Jadi…
-Tak, itu bukan orang. Saya dan isteri pun tak tahu macamana dia boleh datang. Tapi Alhamdulillah kami dapat membantu menghalau dia.
Terkejut saya bukan kepalang sebab saya tak sangka pula itu bukan manusia.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bertemu Pontianak

Siapa Duduk Dengan Aku Kat Ruang Tamu?