in

Penampakan penanggal di SMK DENGKIL

Assalamualaikum. Saya ingin kongsi cerita seram saya bekerja di SMK Dengkil sebagai security selama 6 tahun di situ. Saya start kerja di sana pada 2014 sehingga 2019. Kisah seram saya ini berlaku pada tahun 2016. Selama saya bekerja di sana gangguan gangguan kecil itu biasa. Seperti kerusi dan meja bergerak sendiri, terdengar bunyi orang berjalan di belakang saya masa saya buat rondaan dan penampakan sekali imbas seperti kain putih dan susuk lembaga hitam itu sudah biasa saya lalui selama bekerja di sana. Tetapi paling menyeramkan saya berlaku pada 2016 pada jam 9 malam, Pada masa itu saya duduk di pondok pos saya dan sekolah itu di lengkapi cctv.

Masa saya memandang di tv CCTV, saya terlihat ada satu bulatan putih di kaki lima sekolah itu di sebelah dewan. Saya sangka kan ianya kucing atau ulat di CCTV itu. Sebab sekolah itu banyak dengan kucing, agak lama juga saya melihat bulatan putih itu. Lama kelamaan, bulatan putih itu makin membesar, hati saya sudah tidak sedap. Jantung menjadi laju, mata saya hanya tumpu pada benda putih itu. Dan saya ambil telephone saya dan saya rakam, alangka terkejut nya saya bulatan putih itu terbang ke tingkap sekolah, masa itu semua bulu roma saya sudah naik. Tidak lama itu bulatan putih itu terbang kembali pada kaki lima sekolah dan bulatan putih itu bergoyang goyang.

Lama kelamaan bulatan putih itu keluar kan rambut dia memang jelas dengan mata saya makin lama makin panjang rambut dia dan dia tak berhenti bergoyang. Ya Allah masa itu hanya tuhan yang tahu bertapa laju nya jantung saya. Telephone saya tak berhenti rakam benda itu. Lama kelamaan benda putih itu sudah bersar dan keluar kan rambut dia tak lama kemudian jelas dengan mata saya di bawa kepala nya di keluar kan seperti tali. Dalam fikiran saya itu tali perut nya, dan tali perut nya itu berkelip kelip di dalam CCTV itu. Ya Allah tangan saya mula menggigil. Penanggal itu hanya di kaki lima itu dan dia bergoyang goyang.

Tak lama kemudian cara seakor kucing cuba dekat dengan benda itu.saya lihat kucing itu makin dekat dan kucing itu lari dengan laju setelah melihat benda itu dengan dekat. Ya Allah dalam hati saya tidak putus membaca ayat Al-Quran yang saya ingat. Dalam setengah jam saya merakam benda itu saya tutup rakaman saya dan saya kerja macam biasa duduk dan sekejap saya lihat CCTV itu benda itu ada lagi. Hampir satu jam saya leka sekejap dengan kerja saya.saya lihat di CCTV benda itu hilang. Dan start malam itu saya tidak berani pergi buat rondaan saya hanya duduk di pondok pos saya. Dan pada waktu tamat tugas saya balik dan saya cerita kan pada ibu saya. Ya ibu saya pun bilang itu adalah penanggal. Petang itu saya datang kerja seperti biasa jam 7 petang.

Dalam jam 8.30 malam abang saya datang. Rupa nya ibu saya cerita kan perkara itu pada abang saya. Abang saya datang dan lihat video itu, dan pada masa yang sama abang saya ada pada saya itu. Saya lihat CCTV benda itu muncul kembali dan abang saya lihat dengan mata kepala nya sendiri benda itu di cctv. Keesokan hari abang saya bawa seorang kawan nya bukan ustaz tapi dia pandai tentang ilmu agama. Kawan abang saya yang kami panggil dia wak. Wak suruh sedia kan garam dan lada hitam. Lada hitam dan garam di campur dan wak ada baya ayat suci Al-Quran pada garam dan lada hitam yang di campur itu. Pada malam itu wak saya abang saya dan beberapa lagi rakan pergi ke dalam sekolah itu dan tabur dan campak garam dan lada hitam itu di setiap langkah kami sampai ke tempat penanggal itu berada.

Wak campak garam lada hitam itu sambil mulut nya tidak berhenti membaca ayat Al-Quran. Sudah selesai wak bagi saya satu ayat untuk pelindung diri. Keesokan hari penanggal itu masih ada dan waktu dia muncul pada jam 9 malam dan dia hilang pada jam 10 atau 11, malam. 3 hari benda itu menganggu saya dan dia hilang selepas 3 hari. Sebulan badan saya tidak sedap tangan mengigil badan seram sejuk. Saya datang kerja tetapi tidak buat rondaan kerana takut yang amat sangat.

Selepas sebulan baru badan saya elok dengan sendiri wak cakap semangat saya sudah hilang. Dia suruh amal kan ayat yang dia bagi. Itu la kisah seram saya yang saya boleh kongsi. Malang nya telephone saya di curi rakaman itu turut hilang sekali. Tapi rakaman itu saya DPT tunjuk pada pengetua sekolah itu dan beberapa cikgu. Mereka lihat pun sudah takut ape tah lagi saya yang bekerja malam di situ. Itu saja saya dapat kongsi kan pengalaman saya bekerja sebagai sekurity di sana. Dan saya berani bersumpah di depan AL quran apa yang saya cerita ini tidak tipu atau pun mereka reka cerita. Sekian dari saya

Perkongsian dari Nazim.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Polis Marin Diganggu Qarin

Pengalaman Menaiki Gunung Ledang