in

Penampakan Hantu Di Bustop Tepi Jalan

Nama saya Amir, saya berasal dari Kedah, Malaysia. Sewaktu itu saya masih bersekolah menengah pada tahun 2013. Kawasan daerah saya merupakan kawasan pertanian. Semasa saya balik sekolah, saya ternampak anggota mada pertanian tampal banner iklan di setiap pokok tepi jalan. Saya aktif bidang silat sekolah dan masa itu saya membuat persiapan untuk pertandingan pencak silat olahraga peringkat daerah pada bulan depan. Tiap-tiap malam saya berlatih di gelanggang silat bersama kawan-kawan.

Kisah saya masa tu saya balik dari tempat latihan silat pukul 4 pagi. Dalam perjalanan balik naik motor, saya ternampak dari jauh benda putih tak jauh dari saya lebih kurang 800 meter begitu. Saya pon fikir positif. Ini mesti banner putih kat pokok tu. Saya pon perlahankan kelajuan motor. Saya tengok sekali lagi kat bus stop. Dalam hati saya, ni bukan banner putih! Ini hantu!! Jarak saya lebih kurang 500 meter, sekali lagi tengok benda putih tu rupa-rupanya memang betul ada hantu kat bas stop tepi jalan seolah-olah sedang melambai lambai ke arah saya. Allah huakhbar!! Masa tu jantung berdengup kencang, takut, mengigil saya atas motor. Saya lajukan motor dan saya toleh kat cermin sisi benda putih tu masih lagi melambai-lambai kat saya. Saya berdoa mintak-mintak janganlah duduk belakang motor saya. Bila sampai rumah saya tak sempat nak brek moto terus langgar pintu rumah. Mama & Abah saya terkejut dari tidur. Saya menjerit panggil orang tua saya suruh cepat buka pintu. Esok pagi, badan saya kurang sihat. Mama & Abah saya bertanya pada saya apa yang berlaku dan saya menceritakan kepada Mama & Abah saya kesemuanya. Sekian.

Perkongsian daripada Khairul.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Arwah Pulang Kampung

Kejadian (Part 1)