in

Pejabat Ku Berhantu


Tahun di mana saya bergelar Novelis dan Display Artist. Waktu ini saya buat dua kerja dalam satu masa. (Tak ada kene mengena dengan Pak Menteri)
Nak dijadikan cerita, satu malam itu saya bekerja syiff malam. Dalam pukul 9-10 malam saya masih di dalam ofis. Siapkan beberapa kerja grafik sorang-sorang! Diulangi SORANG-SORANG.

Kebiasaannya ofis itu hanya ramai orang time siang. Start pukul 7 dah ramai pulang. Seperti biasa saya akan menghadap kerja-kerja yang di order. Sesekali itu pasang lagu-lagu di dalam Note saya.

BAM!!!
Bunyi pintu tandas ditolak kuat kat belakang. Saya memang dah sedia maklum, setiap malam pasti akan ada bunyi pintu tandas wanita dihempas kuat. Dan saya tak ambil kisah sebab saya banyak kerja nak buat. Saya tahu pasal cerita bunyi-bunyi pelik di laluan ke tandas Perempuan itu. Tapi saya buat bodoh je. Sesekali saya bersuara juga.

“Aku nak buat kerja ni!”

Selepas saya bersuara itu suasana kembali seperti biasa. Muzik di Note saya berkumandang seperti biasa. Sudahlah pejabat itu boleh tahan besarnya. Hanya di meja saya sahaja ada lampu menyala. Kawasan lain gelap dan kelam.
Sedang asyik buat kerja telinga saya menangkap bunyi seperti telefon di salah satu meja rakan pejabat berbunyi.

Trutt… trutt… trutt…
Kemudiannya diam!

Saya angkat kepala menjenguk mencari telefon dari meja mana berbunyi? Beralih ke kiri dan kanan tapi tak nampak ada signal telefon menyala. Meja ofis ada dinding seperti papan yang menjadi sempadan antara satu meja dengan satu meja. Disebabkan itulah saya terpaksa memanjangkan leher mencari dari mana datangnya bunyi telefon.

Saya menyambung kerja-kerja saya kembali sambil diiringi muzik-muzik dari Note saya. Biasalah, sambil tangan buat kerja, mulut saya menyanyi.

Truuut… truuut… truuut…
Bunyi seperti telefon berdering lagi. Kali ini lekas-lekas saya memperlahankan lagu dari Note saya. Memang jelas sekali bunyi deringan itu. Kuat dan lain dari bunyi telefon yang ada dalam pejabat itu.

Saya menjenguk lagi kepala saya. Kali ini saya nampak telefon yang juga mesin fax di hadapan pejabat big bos menyala.

“Eh? Mesin fax? Sape pulak yang call fax malam-malam macam ni?”

Itu yang saya bicarakan. Sebab utamanya, sebelum ini memang mesin fax itu jarang berbunyi. Dan kalau berbunyi pun hanya di siang hari. Tapi amat jarang sekali. Ini dah malam, lagilah menambah rasa hairan.

Saya nak bangun pergi tengok andai berbunyi lagi. Tapi baru nak bangun dia dah diam.

“Hish… kacau ajelah!” Rungut saya.

Saya kembali meneruskan kerja-kerja yang tertangguh. Muzik dari Note saya hanya kedengaran perlahan sahaja. Sengaja saya buat macam itu sebab nak dengar bunyi fax itu lagi.

Dan tak sampai dua minit, mesin fax itu berbunyi lagi. Baru sahaja saya nak menolak kerusi dan bangun telinga saya menangkap bunyi yang buat seluruh jantung saya terhenti sejenak.

Truut… truut… truut… klak…! Kkluk…!

Saya tercengang! Mata membulat! Bunyi gagang telefon fax itu diangkat dan diletak kembali ke tempatnya. Cukup jelas sekali! Dan saya bukan bermimpi. Saya bingkas bangun dan merenung tajam mesin fax itu. Ya TUHAN! Gagang telefon tu senget tak seperti awalnya kemas. Hati dah berdebar-debar. Saya beranikan diri bergerak ke arah mesin fax itu. Memang ada lampu merah kecil di mesin itu menyala kelip-kelip dan gagang telefon itu beralih dari kedudukannya.

Persoalannya… siapa yang angkat gagang telefon fax itu dan letakkan kembali ke tempatnya? Secara tiba-tiba terasa ada sambaran angin diulangi seperti ada angin datang bergerak berhampiran dengan tempat saya berdiri. Bulu roma meremang tu memang tak dinafikan lagi. Besar terasa kepala saya. Menurut apa yang saya pelajari, andai meremang sehingga ke kepala, kita dihadiri kedatangan benda halus yang tak elok!

Saya bergerak ke arah meja kerja saya. Dan saya memasang surah yassin yang sudah tersedia ada dalam Note saya. Hati dah tak boleh nak fokus bekerja. Mulut terkumat kamit membaca ayatul Qursi.

Pada ketika saya sedang mengemas dan bersedia menutup komputer, terasa ada benda besar berdiri di belakang saya. Benda itu seperti marah. Iyelah… kau pasang surah yassin, lepas tu zikir 3 Qul dan Ayatul Qursi. Mau dia tak marah. Bunyi pintu tandas perempuan dihempas kuat. Saya dah rasa… ini waktu yang sesuai aku blah!

Esok pagi… saya ceritakan kepada kawan Display Artist saya. Lepas tu dia tak berani nak kerja lewat sorang-sorang di dalam pejabat lagi. Sebenarnya… mesin fax tu memang wayarnya tak bersambung. Heee…!

Berhantukah pejabat ku?

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kisah Mistik Seorang Nenek Tua (Bidan)

916