in

Patung Badut

Ni antara cerita seram urban legend paling femes kat socmed kalau korang perasan. Aku ringkaskan jelah okay…

Mengisahkan tentang satu keluarga yang tinggal di rumah yang agak mewah.

Both anak dia ni selalu komplen kat bapak dia “ayah, ada badut kat luar tingkap”. Bapak dia buat bodoh jelah sebab dia fikir anak dia cuma berimaginasi.

Satu hari si bapa keluar rumah, tinggal anak dia dua orang dengan bibik dia malam tu. Lepas tidurkan budak² tu, bibik dia bukak tv….dia nampak sesuatu, tp dia cuba ignore selama mungkin, rasa tak selesa, bibik dia call bos dia tu

“encik, boleh tak malam ni saya nak tukar bilik ?
saya tak selesa la dengan patung badut ni….”

kat sini dia dah jadi dua versi.

Versi 1:

“Awak bawak anak² saya keluar dari rumah tu sekarang, pergi rumah jiran dan call polis….nanti call saya balik” tegas bosnya.

Bibik dia terkejut dan mempersoalkan balik bos dia “kenapa kami kena keluar pulak ?”

“Percaya lah cakap saya, keluar dari rumah tu sekarang. Sebab rumah kami takde patung badut !”

Bergegas keluar, bibik dia ikut arahan bos dia. Sampai rumah jiran, terus call polis. Bila polis serbu rumah tu, memang jumpa patung badut tu. Tapi bukan patung, dia manusia. Pembunuh yang terlepas dari penjara, ada yang mengatakan badut ni pedophilia (lelaki yang suka (lebih kepada sexual feeling) terhadap kanak²). Badut ni dah lama perhatikan budak² tu. Bila budak² tu mengadu kat bapak dia, memang badut tu sebenarnya ada kat situ, tengok sampai budak² tu tidur….

Versi 2 (paling femes)

Lepas bos dia bagi arahan suruh keluar dari rumah tu, bibik tu lari pergi ambil budak² tu keluar dari rumah.

Esok harinya polis menjumpai mayat bibik dan budak² tu dalam kolam renang rumah mereka sendiri, penuh darah. Patung badut tak dijumpai.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Misteri Rumah Sewa (Part 2)

Jambatan Ancol