in

Paranormal Di Balai Polis Lama Gombak

Assalamualaikum saya Ryan, Kisah nya bermula pada ogos 2019. Team kami bersetuju untuk ke kuala lumpur untuk membuat penyelidikan paranormal yang dikatakan banyak kisah yang dikongsikan diluar sana tentang balai polis lama gombak. Setelah kami semua sampai disana kami mencari hotel budget yang paling dekat dikawasan tu untuk memudahkan perjalanan kami kesana, selepas kita semua cukup rehat & bersedia untuk ke lokasi tersebut, kami berkumpul di sebuah warung di gombak. Pasukan kami ada 5orang, jam telah menunjukkan pukul 1pagi. Bila kami dah bersiap check peralatan kami terus berangkat ke sana…tiba sahaja dikawasan itu..suasana memang menyeramkan..angin bertiup serta suhu yg amat sejuk,kami semua turunkan barang2 peralatan kami sambil bersiap untuk turun ke lokasi tersebut..sedang  saya memakai head light tiba2 lampu yang ok td tiba2 tidak menyala..yang lain semuanya ok,dalam tengah2 saya baiki lampu kawan saya yg disebelah tiba2 diam bercakap sembil melihat ke atas..saya pun tanya dia..weii kenapa diam tadi bukan main cakap,mulut dia terketar2 seolah ternampak sesuatu..dia pun tunduk dan berpaling ke arah saya lalu membisikkan kat saya…aku nampak mata atas pokok besar belakang kita..dalam masa itu kawan2 saya yang lain sudah bersedia untuk pergi ke balai tersebut sambil bercakap dgn yang lain..saya pun mendongak kepala ke arah pokok yang dikata kan itu..masyaAllah..besar mata merah itu pandang saya…saya terus tenung mata tersebut lalu membaca ayat kursi..dalam beberapa saat mata itu pun hilang,saya katakan pada kawan saya dia dah tiada..kawan saya berkata….aku standby dekat base jela rasa lain macam badan aku malam ni..saya pun panggil kawan saya lagi sorang untuk temankan dekat base yang terletak dalam 300 meter dari balai polis tersebut sambil dia perhatikan video yang kami semua rakam..setelah selesai semua peralatan saya pun berkumpul dan membaca doa dan pagar diri..kami bertiga pun mulai turun ke lokasi tersebut..setelah sampai kami berpecah dengan jarak 300 meter sesama kita..kawan saya masuk ke dalam balai seorang lagi di luar balai..masa kawan saya masuk dia terasa seperti ada seseorang yang mengekori dia…bila dah sampai di dalam bilik tersebut kamera video yg terakam tetiba menjadi gelap..suara terputus seolah menda itu marah…telinga kawan saya berdesing seperti ada  bunyi yang kuat di sana…kawan saya pun berundur dan info dekat saya dia tidak boleh merakam.dia pun keluar dari bilik tu..saya menyuruh dia ikut kawan saya lagi sorang dekat luar balai…saya masuk lagi dalam arah belakang balai tersebut..terdapat pagar simen dari jauh dengan semak pokok 2 saya menghampiri pagar tersebut bulu roma saya mulai meremang  hingga ke kepala..saya menyuluh atas kiri kanan bila saya stop pada arah kanan ada satu pokok yang besar saya pun pusing ke arah pokok itu alangkah terkejut saya ternampak bayangan hitam yang besar bergerak dengan perlahan.saya tidak lari dan teruskan melihat tiba2 dia hilang..selang beberapa minit ada kelibat kain putih terbang dari pokok tersebut ke arah kawan saya yang berada lokasi luar balai tersebut..saya mengekori kain tersebut..dia bertenggek di atas pokok seterusnya…saya sampai dekat kawan saya tadi sambil memberi tahu mereka jangan pandang atas…saya menyuluh pokok tersebut..dengan jelas saya nampak pontianak sambil memerhatikan kami…dgn pandangan yang amat seram..muka dia hitam berambut panjang dan kain dia berdarah…kami pun berundur dari tempat itu sambil membaca ayat2 suci al quran…tiba saja di base..kawan saya yang terkena tadi di dalam bilik balai itu tiba2 tunduk dan muntah..saya cepat ambil air dan membaca serta renjiskan pada beliau..dia pun terlentang  sambil mata dia pejam..dia menyuruh kita semua keluar sekarang dari tempat itu..kami pun berkemas barang2 dan mengangkat dia ke dalam kereta..kami mulakan perjalanan balik..sebaik saja bergerak saya pun berpaling ke arah tingkap kereta saya ternampak ibu dan anak berpimpin tangan bergerak mengekori kereta kami,sambil dia melihat tajam ke arah saya…saya membaca ayat kursi dan laungkan azan sehingga kawan2 saya terkejut…tiba2 kelibat itu hilang dari pandangan..tibamya kita di hotel,kawan saya yang di base tadi menceritakan banyak gangguan di sana seperti di dalam bilik balai tersebut semasa kamera kawan saya tidak boleh rakam..sebelum tu ada bayangan hitam bertenggek pada dinding tersebut matanya merah pandang kawan saya..dan peristiwa kedua kawan saya menceritakan bahawa kawan saya yg diluar balai itu buat perkara yang tidak sepatutnya dia buat…dia menyeru mahkluk disitu sehinggakan dia keluar tunjukkan diri.. dengan izin Allah S.w.t..setelah kami semua bercerita pada kesimpulannya kita tidak boleh memandang remeh pada mahkluk tersebut kerana kita berada ditempat tersebut..dia juga ciptaan Allah..sebaiknya jangan menyeru,mencabar dia.. alhamdulillah kami semua tidak ada apa2 yang terjadi..cuma perasaan seram amat kuat disana…terima kasih ekram kerana sudi membaca kisah seram kami disini.. InsyaAllah kami akan bercerita lagi jika ada kisah2 yang akan kami lalui dalam kisah paranormal kami… assalamualikum.. please share subscribe channel kupi kupi go seram..bye.

Perkongsian Daripada Ryan.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Dijemput Hantu

Herobrine Yang kedua Ada Hantu?