in

Pantri

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca Kisah Misteri. Kali ini aku nak cerita tentang pengalaman yang di alami oleh aku dan rakan kerja yang lain semasa berada di office. Memang sudah menjadi lumrah kalau tempat yang kita tidak duduk lama macam office ne memang ada benda lain yang akan menginap di situ. Macam office aku ne pula samalah seperti kebanyakan office yang hanya ada orang pada waktu kerja sahaja.

Office aku ne seram dia memang boleh tahan jugalah terutama pada waktu awal pagi dan petang lepas waktu asar dan tempat yang agak seram adalah pantri dan cubicle office belakang tempat duduk pegawai office. Nak dijadikan cerita satu hari tu semasa office sedang beroperasi, aku masuk ke dalam pantri untuk rehat sekejap nak minumlah. Masatu dekat belakang yang ada hanya pegawai kami dan aku. Lepas minum aku pun keluar balik ke meja kemudian salah seorang dari rakan kerja aku ne tadi pula ke dalam pantri katanya nak cuci tangan.

Memang semua tak lama di dalam pantri tu lah sebab setiap kali masuk pantri tu bulu roma memang rasa meremang sebab tu semua orang lebih rela makan dekat meja masing masing dan hanya ke pantri kalau nak ambil barang atau nak buat minuman. Diteruskan cerita aku ne tadi kan, yang selalu tinggal di office belakang cuma pegawai aku ne tadilah sebab meja dia memang dekat sana dan tidak jauh dari pantri tu. Dan dia lah yang mengalami pengalaman seram ne kemudian diceritakan kepada kami sejurus itu.

Pegawai aku ne cakap waktu dia buat kerja pada hari yang sama tu kan, selepas aku dan kawan aku ne kelusr dari pantri, secara tiba tiba dia terdengar bunyi air singki buka. Dia tidak ambil kisah sangat sebab awalnya tu dia ada nampak kelibat aku dan kawan aku ke pantri jadi dia ingat kami masih lagi dalam pantri. Tapi semakin lama dia rasa macam pelik sebab tidak ada sebarang bunyi yang menandakan ada orang dalam pantri. Air sinki pula semakin lebat berbuka. Waktu tu dia tak fikir apa pun katanya. Jadi dia pun bangun dari tempat duduk dia dan pergi ke pantri.

Bila sampai di pantri air singki masih berbuka lebat, tak fikir panjang dia kata dia tutup saja air paip tu dan kemudian keluar menuju ke meja kami di luar. Waktu itu memang aku sendiri pun ada waktu dia bertanya siapa yang lupa tutup air sinki tadi waktu ke pantri. Aku dan kawan aku ne cakap memang kita ada ke pantri tapi paip memang dah tutup awal sebab ikut logik memang akan perasan lah kan kalau kepala paip tu tak tutup.

Aku masatu hairan juga kenapa dia tanya tapi aku tak nak cakap atau tanya dekat dia. Selepas tu dia pun masuk balik ke dalam dan kami pun sambung lah buat kerja balik. Selang beberapa minit lepas tu kan, kamu terkejut bila tengok pegawai kami ne tadi meluru laju ke meja kami dengan muka dia yang pucat. Tergamam pun ada. Risau dengan keadaan dia kami pun tanya dengan dia kenapa dengan dia. Dia kata air singki terbuka lagi dan kali ne dia sendiri cek dan lihat yang air singki tu berbuka sendiri dari perlahan sampai lebat.

Dia pun tanpa fikir panjang terus lari keluar. Dia kata tak berani nak tutup air singki tu lagi dan minta kawan aku yang lelaki untuk temankan dia dan akhirnya kawan aku ne lah yang tutup air singki tu. Secara logiknya fikiran kita mungkin ada sesetengah kita berfikir ada kebocoran atau paip singki itu mengalami kerosakan tapi yang peliknya selepas kejadian tu paip air sinki tu boleh pakai macam biasa dan tidak ada mengalami tanda kerosakan.

Selain itu ada juga kejadian lain yang kami alami seperti barang hilang dan juga beralih tempat. Ada juga yang terkena badannya dipegang atau ada angin sejuk yang datang secara tiba tiba walaupun masatu aircond tidak berbuka. Seperti biasa cerita ini adalah untuk perkongsian kepada semua pembaca kisah misteri dan teepulang kepada pembaca untuk percaya atau tidak dan kongsian ini adalah bacaan bagi semua rakan yang ada disini. Sampai jumpa lagi.

Perkongsian daripada Fyzah.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jalan Bukit Fraser

Taman Botani