in

Pancaindera Ke 6 Mula Kelihatan

Hai semua masih ingat aku tak. heheh dalam tajuk siapa yang mengganggu aku. Kisah kali ini antara pengalaman hidup baru yang terpaksa aku jalani semenjak ‘sesuatu’ seperti cuba mendekati aku sehingga sekarang.

Semenjak aku sakit & keguguran anak pertama, aku dapat merasakan yang deria rasa aku tentang makhluk ghaib ni lebih tajam. Tengah aku tidur malam, aku dapat merasakan ada ‘seseorang’ berada disebalik tingkap disebelah katil aku seperti sedang bernafas yang keletihan dan tercungap (orang tua yg semput) .. Bila aku beranikan diri untuk selang langsir, tak ada siapa!!

Ada satu saat aku seperti tak sedar, aku ulang² mainkan lagu ulik mayang sambil menggunakan earphone dengan volume paling tinggi! suami aku kejutkan aku yang dalam separa sedar tu dan beritahu aku yg aku nampak seperti sedang terleka dalam dunia lain. dia risau kejadian macam dulu terjadi lagi sampai aku toreh toreh tangan sendiri .. Tengah² aku solat, aku terkadang terasa seperti ada seseorang menari² dibelakang aku. ada yang berdehem..

Aku terlelap lepas maghrib aku mimpi ada perempun tua beri aku sebungkus tahi dan dia suruh aku makan. aku tolak sebab aku tahu ini bukan petanda yg baik.. aku mimpi ditolak dari tempat tinggi .. Barang peninggalan arwah mak aku beralih tempat! aku masih ingat dengan tepat dekat mana aku simpan. tapi bila cari², tak ada!! rupanya tersimpan bawah ruangan tangga .. siapa yg letak??

Dari awal kahwin aku dah beritahu suami yang keluarga aku dan kejadian yg menimpa keluarga aku agak rumit. dia yang dari awal kahwin takut dengan keadaan aku macamni sampai sekarang dia pun mula terbiasa kalau aku mula bersikap pelik tu “something is wrong lah tu” .. aku berubat tapi masih sama saka keturunan dan sihir.

Aku kerap mimpi dibawa balik kezaman dahulu. Ada sekali aku mimpi aku dibawa balik zaman nenek nenek kita yang berbaju kurung dan berkain batik serta kain batik tutup kepala tu, ada seorang lelaki yang berseluar tak berbaju tapi di pinggang seluar diikat dengan kain hitam & dikepala memakai topi lama yang bercorak batik .. dia menunjukkan sebilah keris & beritahu pada aku “ini adalah peninggalan keturunan kau. cari dia!” ..

Terus aku terbangun dalam ketakutan. bila aku selidiki dengan saudara belah arwah mak aku, memang betul! dulu atuk kepada makcik aku (beradik mak aku) which is moyang aku pernah cakap yang kita ni berasal dari jawa dan ada penjaga. tapi sarungnya hilang iaitu keris… persis dalam mimpi aku!! keris yang hilang sarung nya.. bila aku cerita dekat suami aku, dia pun mula takut dibuatnya sebab aku dibayangi, didatangi & diberi petunjuk semua melalui mimpi ..

Aku pasang radio mengaji dalam bilik tiba² sampai surah albaqarah bacaan jadi stuck. ulang² perkataan yg sama. ada masa pulak tiba tiba mati sedangkan plug masih on.. Nak tidur malam kadang dengar bunyi seperti ‘sesuatu’ tengah menyeret / mengesot dekat atas atap bilik ni. kadang bunyi guli 3 ke 4 kali “tick! tick! tick! tick!” .. lepastu senyap …

Aku dari takut, sampai sekarang dah jadi emosional tiap kali dia ganggu aku. aku selalu memang marah sampai cakap “kau kalau setakat nak takutkan aku bertahun ni tapi taknak muncul depan aku, takpayah!! sakit otak aku!!” … nanti keadaan akan jadi senyap sunyi balik .. hehe. Aku berubat pun tetap dia akan datang balik. dah dekat 8 ustaz/pengamal perubatan islam aku pergi. baiknya sebulan dua. hmm lepastu nanti terjadi akan jadi lagi.

Perkongsian daripada Athirah.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Siapa kat tangga tadi?

Nak Main UNO tak?